Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Diskusi >> Kisah Sebenar : Norzi Ayu
(Pengendali : abe )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Kisah Sebenar : Norzi Ayu
Mann70

1 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 10.45:39 pagi   [Edit]
Berdasarkan fakta yang sebenar....Pegawai Penyelidik Norzi Ayu,
27 tahun Pemuda berusia 23 tahun merupakan bekas tunangan kepada arwah AYU.
Ketika kejadian, arwah tidak pergi ke pejabat kerana diserang demam.
Tidak ada sama sekali CINTA 3 SEGI di sini. Jadi, apakah fakta yang sebenarnya??
Sebagai seorang tunangan, beliau melayan arwah dengan kasar sekali...
sepak terajang merupakan agenda utama sepanjang perhubungan mereka...Disebabkan tidak tahan dengan keganasan yang telah dilakukan,arwah
memutuskan pertunangannya dengan pemuda berusia 23 tahun tersebut dan baru2 ini beliau berkawan dengan pegawai dari IMR. Setelah pemuda tersebut
mengetahui tentang perhubungan arwah dan pegawai tersebut beliau naik berang lalu cuba untuk menghalang perhubungan tersebut.
Isnin lepas, 26 Julai 2004 arwah Ayu tidak pergi ke pejabat kerana demam.
Mengetahui tentang keadaan beliau, pemuda berusia 23 tahun tersebut bertindak pergi ke apartment beliau di bangi. Menggunakan GERGAJI, dia telah
memotong mangga pintu grill di partment beliau. Ketika kejadian, arwah Ayu menjerit meminta pertolongan dari jiran2 tapi tidak dipedulikan
oleh orang yang pekak telinga.
Semasa kejadian, arwah sempat menefelon POLIS memberitahu bahawa ada penyerang sedang cuba untuk memasuki rumah beliau menggunakan gergaji
namun polis memberikan alasan yang tidak wajar iaitu LELAKI TERSEBUT HANYA NAK BERKENALAN DENGAN KAMU SAHAJA TU......
Lantas beliau menelefon guru silat nya. Namun, ajal sememangnya di tangan pemuda tersebut. Ketika guru silat beliau sampai(saksi utama kes
pembunuhan ini), beliau nampak pemuda tersebut mengacukan gergaji di leher arwah.
Memandangkan guru silat tersebut merupakan guru arwah dan pemuda 23 tersebut, maka guru silat tersebut berusaha sedaya upaya berunding dengan
anak muridnya, pemuda 23 tahun itu menyelesaikan perkara tersebut tanpa pertumpahan darah, tapi dek kerana dirasuk syaitan maka dengan marahnya
dia mengheret arwah ke dalam bilik lalu menguncinya.
Di dalam bilik tersebut hanya Allah yang menyaksikan perkara sebenar
apa yang berlaku, kerana setelah pemuda berusia 23 tahun itu keluar dari bilik tersebut arwah sudah ditikam sebanyak 3 kali dan bukan 2 kali
seperti apa yang dilaporkan oleh media. Tatkala pemuda 23 tahun itu keluar dari bilik tersebut dia sendiri tergamam dengan tindakan yang telah
dilakukannya. Buat pengetahun semua, dengan sisa baki hayatnya arwah Ayu sempat mengejar kembali bekas tunangannya namun setelah beberapa langkah, arwah jatuh.
Ketika itu, dengan sedikit harapan arwah menceritakan apa yang telah berlaku kepada saksi utama kes pembunuhan ini iaitu guru silat tersebut

DETIK-DETIK sebelum saat beliau ditikam oleh lelaki yang pernah dicintainya sebelum ini.
Dan segala fakta mengenai alasan polis, mengenai bekas tunangannya menggergaji pintu grill dan jeritan meminta pertolongan adalah dari mulut
arwah sendiri... Dan ketika dalam keadaan lemah, beliau telah dibawa ke hospital.
Oleh kerana kehilangan darah yang banyak ekoran dari tikaman menggunakan gergaji, arwah meninggal di hospital kajang. Jenazah arwah hanya dibenarkan keluar dari bilik mayat semalam kerana melalui proses bedah siasat.
Inilah rangkuman cerita sebenar dari apa yang berlaku.

Media sewajarnya bertanyakan kepada saksi cerita sebenar kejadian ini dan bukan menutup kesalahan orang lain dengan menulis kononnya cinta 3 segi dan sebagainya..

Dan persoalannya di sini, dimanakah POLIS ketika mangsa betul2 memerlukan pertolongan dan adakah jiran sekeliling pekak ketika beliau menjerit
meminta pertolongan?? Wallahhualam..

Al-fatihah

Sebab tu aku jarang percaya berita kat media...main nak senang je depa nih..

IP : 192.228.129.114

adikcomelx

2 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.07:48 pagi   [Edit]
Ingi tahu kesahihan cerita nie.

IP : 161.142.112.8

mrs.yus

3 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.09:13 pagi   [Edit]
ye ke...???

jadi selama yang kita baca kisah depa kat dlm suratkhabar tu... TAK BETUL le cerita dia...

itule kalau cerita yang sepatutnya ditokok-tambah... yang kita ni tak tau apa-apa... percaya le 100%... maklumlah kita ayng tak tau ni ingat cerita dlm media tu semuanya betul...

hemmm...

IP : 219.93.1.83

ady1661

4 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.17:25 pagi   [Edit]
Mann70
awak pulak dapat dari mana cerita ni? apakah kesahihan cerita dan sumber?

IP : 203.115.217.130

eynda

5 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.17:42 pagi   [Edit]
Kalau betul la ini cerita sebenar disebalik pembunuhan arwah...

quote:
Ketika kejadian, arwah Ayu menjerit meminta pertolongan dari jiran2 tapi tidak dipedulikan
oleh orang yang pekak telinga.

quote:
Semasa kejadian, arwah sempat menefelon POLIS memberitahu bahawa ada penyerang sedang cuba untuk memasuki rumah beliau menggunakan gergaji
namun polis memberikan alasan yang tidak wajar iaitu LELAKI TERSEBUT HANYA NAK BERKENALAN DENGAN KAMU SAHAJA TU......

Selepas mengetahui kes pembunuhan tu....

Apa perasaan jiran-jiran arwah yg terdengar jeritannya tetapi berlagak seperti orang yg pekak telinga?

Apa perasaan polis yg menjawab panggilan telefon si arwah tanpa mengambil serius dgn panggilan itu, malah mempersendakan arwah?


Eynda - geleng kepala .

* Mesej ini telah diedit oleh eynda pada 30hb Jul 2004 11.18:46 pagi

IP : 219.95.92.244

zabat69

6 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.20:52 pagi   [Edit]
Mann 70 Ketika kejadian itu berlaku kamu sendiri berada dimana?

IP : 219.92.228.187

adikcomelx

7 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.24:45 pagi   [Edit]
Mann70
Hati-hati bila terima surat/email berangkai niee...

Ketika kejadian berlaku, kebetulan aku ada kat umah saja amik cuti (Isnin dan Selasa).
Lokasi kejadian, kira jenguk kat luar umah boleh nampak aaahh flet hijau tu. Tapi heran gakks, tak der kelainan. Suasana macam biasa jer. Polis ker..ambulan kerr.. tarak ada. Masa beli nasi bungkus kat gerai tepi jalan pun tak der owang citer apa-apa. Hehehee..
Al-Fatihah buat arwah.

* Mesej ini telah diedit oleh adikcomelx pada 30hb Jul 2004 11.26:58 pagi

IP : 161.142.112.8

kalai

8 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.35:43 pagi   [Edit]
flat kaler hijau??

ish selama aku duduk bangi tak penah pulak perasan ada flat kaler hijau. kat mana tempat tu ekk? aku penah duk kat fasa 2 & 4.......... leh tau??

IP : 202.188.212.9

Mann70

9 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.46:12 pagi   [Edit]
Dapat emel ni dari staff TV3..
tghari ni budak opis saya (classmate Ayu) nak gi ziarah keluarga arwah di klang...
saya tunggu apa dia punya citer sebenar dari kawan saya ni..

Dan menurut kawan opis saya lagi (jiran mak sedara ayu), mamat ni hanya adik angkat je...bukan ex-tunang...

IP : 192.228.129.114

adikcomelx

10 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.46:21 pagi   [Edit]
quote:
Harian Metro
Norzi Ayu mati ditikam bekas teman lelakinya di Pangsapuri Seri Tanjung, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 3.30 petang, Isnin lalu.

IP : 161.142.112.8

Baiduri79

11 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.46:52 pagi   [Edit]
korang ni biar betul

IP : 210.19.204.102

katakhuduh

12 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.51:58 pagi   [Edit]
nak membaca suratkhabar ni, ambik intipatinya sahaja. tak payah nak baca semua. contohnya macam kes ni, pemuda tu bunuh arwah. itu je yg boleh pakai. cinta tiga segi la, cinta tak layan la, semua tu tak boleh pakai. hanya Allah dan arwah yg tahu.

aku : dah 2 kali lalui pengalaman sebenar yg dikelepet dek suratkhabar.

IP : 210.187.105.137

citanuryati

13 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 11.52:39 pagi   [Edit]


astaghfirullahal a'zim..

takutnya dengar kalau betul..dunia dunia...

alfatihah wat arwah...

IP : 203.106.119.161

Lynnda

14 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 12.09:56 tghari   [Edit]


surat khabar pon takleh percaya... apatah lagi emel berangkai, sms berangkai.... baca boleh, percaya jangan... benda2 havoc ni seronok baca...

lynnda pun penah kena fitnah dgn satu surat khabar yg diharamkan pengeluarannya kat Malaysia nih.... tu lagi takleh percaya... ehheheheh tapi ramai yg suka dan percaya bulat2 dgn suratkhabar tu...

* Mesej ini telah diedit oleh Lynnda pada 30hb Jul 2004 12.10:27 tghari

IP : 218.208.18.131

mamatjb

15 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 12.23:29 tghari   [Edit]
ni citer yg aku dengar dr auntie aku lak..

budak lelaki ni staff tempat dia kerja
kerja sambilan kt JPA
memang dia ni ex bf Norzi
tapi tak direstui olah keluarga

tapi menurut auntie aku
budak lelaki ni memang baik,pendiam,lembut je budak eh
taktau camne boleh jadi camtu

p/s takziah buat keluarga Norzi Ayu

IP : 219.93.8.15

mangkukhayun

16 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 12.28:00 tghari   [Edit]
...yakin sgt budak lelaki tu 'terlalu sayang' sgt kat ayu. apa yg dibuat mesti bersebab sampai dia sanggup bertindak diluar dugaan..

IP : 161.139.100.22

syauqina

17 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 12.30:05 tghari   [Edit]
biar apa pun sebabnya, apakah kita berhak mencabut nyawa manusia sewenang-wenangnya ?

IP : 219.93.8.15

whitecabai

18 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 12.32:27 tghari   [Edit]
sot khabar tambah2 cito nih biaso lar.. kalo korang diinterview Pong Ingat intipati kata2 tuh dimasukkan sumer ker? cuma gambo jek diamik... pendapat pembaca suka2 depa lar nak letak apa... ahaksss...

IP : 202.184.114.253

Lynnda

19 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 12.37:03 tghari   [Edit]


tul tu Qina... walau apa pun sebabnya, takde hak utk ambil nyawa orang lain

la ni takut dgr citer2 camtu... tawakkal jer la...

mostly bila manusia dah 'gelap mata' dikaburi perasaan (marah, sakit hati, cinta, sayang etc), benda2 tak elok tu la yg syaitan duk cucuk....

sebab itu kita dinasihatkan utk bersederhana dlm apa jua yg kita lakukan..

semalam tengok orang tak siuman kat stesen minyak... terfikir apa punca dia... kenapa... bagaimana... insaf... semoga diri sendiri terjaga dari segala yg tidak baik... InsyaAllah

IP : 218.208.18.131

srikundang

20 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 12.44:56 tghari   [Edit]
astagfirullah hal'azim...

Takutnyer aku dengar kes cenggini....

Manusia sekarang dah melampau-lampau...

Ini ler petandanya....

al-fatihah.....

IP : 202.188.127.61

tepungjagung

21 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 1.36:30 tghari   [Edit]


Mann70

TJ pun dengar sama cam cerita yg u tulis tu. Kawan TJ member sekolah Ayu..Dia kata suspek pernah tumbuk muka Ayu sampai lebam. Sebab tu ayah dia tak bagi ayu berkawan dgn dia..Masa kena serang..dia ada tulis nota bagi pada satu kakak suruh call polis dgn guru silat dia..tapi polis tak layan dia kata panggilan palsu..Tak tahu sejauh mana kebenarannya..Mereka kata ayu ni baik budaknya tapi suspek panas baran..Ayah ayu selalu dtg jengok sbb bimbang dgn keselamatan ayu. Suspek juga setelah menikam Ayu lari pulang ke rumah dan beritahu abgnya yg dia dah bunuh org.. Abg dia heret suspek ke balai bukan polis tahan suspek kat hospital seperti dalam paper..Guru silat tu pun ada masa suspek tikam mangsa. Kata kawan TJla..
Setakat tu ajer..yg diberitahu..


IP : 219.93.8.15

zabat69

22 . Dihantar pada 30hb Jul 2004 5.37:56 ptg   [Edit]
Untuk nak tambah sensasi lagi cerita,tambah sikit ayat bahawa pihak berkuasa telah pun mengambil sample air... daripada...untuk ujian DNA suspect.

* Mesej ini telah diedit oleh zabat69 pada 30hb Jul 2004 5.39:02 ptg

IP : 219.92.231.145

eternal_beau

23 . Dihantar pada 31hb Jul 2004 02.03:36 pagi   [Edit]
pada pandangan nko orang la..adakah tertuduh spt. ini;

quote:
Ahli psikiatri kaji kaitan otak, putus cinta

KUALA LUMPUR: Pakar psikiatri sedang mengkaji kemungkinan tindakan keganasan akibat putus cinta atau perasaan cemburu mempunyai kaitan dengan gangguan pada mekanisma otak.

Pakar Perunding Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof Dr Hussain Habil, berkata kajian saintifik itu kini dijalankan saintis di Amerika Syarikat.

“Saintis Barat masih mengkaji secara menyeluruh bahagian otak yang mengawal emosi yang mungkin menjadi punca mendorong tindakan keganasan ini, selain faktor latar belakang dan personaliti mereka.

“Menerusi kajian itu juga, mereka yang berkeinginan atau melakukan tindakan sehingga mencederakan atau membunuh mempunyai ‘impulsive personality’ atau personaliti yang terlalu dipengaruhi emosi.

“Mereka yang berpersonaliti sedemikian didapati mengalami kekurangan bahan kimia yang dipanggil serotonin dalam otak dan kemungkinan mempunyai kerosakan minimum pada bahagian itu terutama yang mengawal emosi.

“Mereka ini amat memerlukan bantuan kaunseling kerana sukar menangani masalah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas beberapa kes pembunuhan sejak kebelakangan ini yang bermotifkan cemburu atau disebabkan cinta ditolak.

Dalam kejadian terbaru Isnin lalu, seorang Pegawai Penyelidik di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Norzi Ayu Mohd Noor, 27, mati selepas dipercayai ditikam bekas teman lelakinya.

Norzi Ayu yang bakal menerima Ijazah Sarjana Biologi Genetik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), meninggal dunia di Hospital Kajang pada jam 8.15 malam akibat ditikam dua kali di perutnya oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di rumah sewanya di Flet Sri Tanjung, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 3 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustaffa, berkata polis tidak menolak kemungkinan cemburu antara motif pembunuhan itu.

Sehubungan itu, Hussain yang juga Presiden Persatuan Psikiatrik Malaysia, menasihatkan orang ramai yang mengesyaki ahli keluarga atau rakan mereka yang mengalami tanda-tanda kesukaran mengawal emosi keterlaluan supaya segera mendapatkan bantuan psikiatri atau psikologi.

Katanya, PPUM mengendalikan banyak kaunseling setiap hari mem*sensored*tkan kes kecewa akibat putus cinta atau cinta ditolak sehingga ke tahap ingin membunuh diri dan mencederakan.

“Cara mengatasi kekecewaan dan tekanan ini bergantung kepada individu itu sendiri atau bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan, cuma kita menasihatkan bawalah mereka untuk berubat bagi mengatasi masalah ini,” katanya.


IP : 82.41.68.58

mangkukhayun

24 . Dihantar pada 31hb Jul 2004 08.45:12 pagi   [Edit]
..pada saya budak lelaki tu terlalu mengikut perasaan sgt kot dan masa dia membunuh tu pun antara sedar dengan tidak dah dikuasai syaitan.

IP : 161.139.100.22

izahaz

25 . Dihantar pada 31hb Jul 2004 08.58:02 pagi   [Edit]
semua macam dah lupa ngan khutbah nabi s.a.w yg last sekali.. dia cakap dia tinggalkan dua perkara, kalo manusia tak lupa pada dua2 nih, aman bahagialah sekelian kehidupan, pasal semua references ada dlm tuh dah..

tapi ada jugak manusia berok yg cakap tak releven la... a'huh tak releven, kalo pandai sgt! sosio makin hancus! pandai sgt lah tuh!

IP : 202.185.111.122

sufiku

26 . Dihantar pada 31hb Jul 2004 1.49:48 tghari   [Edit]
quote:
Pakar psikiatri sedang mengkaji kemungkinan tindakan keganasan akibat putus cinta atau perasaan cemburu mempunyai kaitan dengan gangguan pada mekanisma otak.


Sepengalaman aku, dek krn cinta mmg ada org yg akan bertindak di luar batas rasional dek rasa cemburu yg terlampau. Apatah lagi bila ditambah ngan sakit hati, kecewa maka jadilah dendam. Sometimes, tindakan tuh akan mengorbankan org lain walhal yg dicemburuinya adalah org lain. Konon2 nak balas dendam @ nak tayang "kehebatan" diri la tuu ...

IP : 219.95.160.107

airmas_sz

27 . Dihantar pada 31hb Jul 2004 2.59:59 ptg   [Edit]
aku rasa budak tu tinggi egonya hinggakan bekas dia pun orang tak boleh ambik ... lagi satu aku tak fikir dia tidak sedar apa yang dilakukannya ... sebab ada motif cemburu... orang yang tidak sedar apa yang dilakukan tidak ada motif main bunuh ajer tapi ini dia cemburu dan tidak dapat mengawal cemburunya ... hei kalau dah orang tak suka apa yang tersorong-sorong apalah kebanggaannya memiliki tubuh terkulai layu sedangkan hati tidak bersama

IP : 219.95.25.136

azlalchedin

28 . Dihantar pada 31hb Jul 2004 10.37:44 mlm   [Edit]
sebab tu lah orang kata....cinta itu buta

IP : 210.187.156.222

Es00

29 . Dihantar pada 31hb Jul 2004 11.59:34 mlm   [Edit]
kes apa ni ye? tak sempat baca paper these few days.
tapi bila ada forumers yg komen pasal ketepatan laporan akhbar ni dan kecenderungan kita untuk mempercayai bulat-bulat laporan akhbar, ni yang rasa nak share experience sikit ni.

beberapa tahun lepas satu kejadian kemalangan yang besar telah menimpa syarikat tempat saya bekerja ini dan mendapat liputan meluas juga di televisyen dan didada-dada akhbar, kelam kelibut juga di office untuk jangkamasa hampir sebulan.

Yg amat mengejutkan saya ialah bilamana terjadinya insiden tersebut, seingat saya kesemua rangkaian TV telah melaporkan berita tersebut dengan cepat sekali tak sampai 24jam selepas dibuat laporan polis akan insiden itu. yang hairan dan ajaibnya TAK SEORANGPUN dari wakil media ini yang datang ke syarikat berdaftar kami ini untuk mendapatkan berita waima mendapatkan pengesahan berita (clarification). jadi persoalannya, dari manakah sumber berita tersebut?

OHhhhh rupa2nya mereka telah mendapat sumber berita dari wakil agen yang beroperasi bagi pihak kami. hmmm... masih keliru saya ni..kerana berita yang disiarkan itu pula banyak pula salahnya. Nama company pula salah dan gambar ter*sensored*t yang disiarkan pun tidak tepat menyebabkan pihak pergurusan di holding company melenting dgn TV3 dan juga kalau tak silap saya NST ke..

selang beberapa hari atau seminggu selepas itu barulah wakil media dari 2 buah akhbar tempatan datang menemuramah pengurus di office ini. keh keh.. nak tergelak saya bila manager dok baca statement depan kamera salah sebuah akhbar tu. tapi lepas tu saya dok baca akhbar tersebut, takda satu pun yang melaporkan mengenai press stmt yg boss saya buat.

and the news report went and went on being reported with the same old story....

sejak tu memang saya makin kurang.. dan kurang dan kurang nak percaya berita di dada2 akhbar esp yg melibatkan politik sebab, dlm kes yg berlaku di syarikat ini,bukan hal politik.... yg fakta pun boleh salah, inikan pulak hal politik... ermmm lagile kabur agaknye.
hmmmmmm...

IP : 61.6.29.201

luarpagar

30 . Dihantar pada 01hb Ogo 2004 00.10:10   [Edit]
sdr/i Es00 itulah harga dunia.

IP : 219.95.211.178

Hantar Topik Baru | Topik Telah Dikunci | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "