Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Diskusi >> FAKTA SEJARAH : tahukah anda...melayu.... (PART II)
(Pengendali : abe )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : FAKTA SEJARAH : tahukah anda...melayu.... (PART II)
zumaza

1 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 2.58:14 ptg   [Edit]


syok plak zumaza baca fakta sejarah:tahukah anda..melayu..

mcm² info yg zumaza dapat dr situ...nabi adam org melayu la sbb namanya ADAM..ader plak kata nabi syis tuh lahir secara berseorangan dan dikahwinkan dgn bidadari lalu wujudlah bunian..etc.

agak menarik perbincangan tuh..sampai ader dah get ready utk di blacklist..

anyway..zumaza buka 2nd topic..xperkan..sbb nak tau lagi fakta sejarah tuh..

erm..zumaza gak nak tahu..asal usul nama MELAYU nih....

so...plz continue...okes.

IP : 211.24.5.74

Jacque

2 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 3.14:17 ptg   [Edit]
Excellent idea Zumaza....

Tapi kita semua nak tahu fakta. Perkara sebenarnya. Kalu kita kupas dari segi sejarah, hopefully kita boleh sertakan kesan kesan sejarah yang boleh substantiate dokument yang dibincangan. Macam terjumpanya batu bersurat, atau Perak- Man atau bahan bahan archeology lain yang boleh menunjokan fakta itu benar.

Kalu otak kita di sajikan dengan dongeng...like 'manusia boleh tumboh ekor dan terbang ke langit' etc...unsur unsur yang tidak boleh di terima akal, then it will not be very useful because it will become a short story. I got rather confused when l read the previous board....most of them are arguments where some have deviated from the original topic. Although it is healthy to have a debate about an issue...but if we can stick to the point..it will be more beneficial for readers.

Readers?..what are you waiting for....

IP : 81.104.240.123

izahaz

3 . Dihantar pada 08hb Jul 2004 3.40:18 ptg   [Edit]
one more thing... please, please and please dun try to give an outlandish posting such as "super mystical secrecy only selected entity who could be able to learn and know about” shit kinda talk...

betol2 nak ilmiah nyer perbincangan nih...

* Mesej ini telah diedit oleh izahaz pada 08hb Jul 2004 3.40:36 ptg

IP : 202.185.111.123

budaksiam

4 . Dihantar pada 09hb Jul 2004 3.40:44 ptg   [Edit]
hemm...kalau kita menyelidik tentang melayu tak lengkap rasanya kalau kita tidak mengambil sejarah pattani bersama. pattani adalah sebahagian dari tanah melayu dahulu. cumanya kebodohan pimpinan tanah melayu sebabkan ia berpoisah dari kita. ramai ulamak, wali dan ahli sufi yg berasal dari daerah ini. contohnya sheikh abd samad al falambali(kurang ingat namanya) dan lelain. kisah perjuangan sebahagian mereka menentang orang siam patut kita ketahui.

IP : 219.95.38.188

zabat69

5 . Dihantar pada 09hb Jul 2004 3.51:33 ptg   [Edit]
Budaksiam

Oleh kerana kamu budaksiam (aku harap kau betul2 budak Siam)
dan kau juga menyentuh hal Pattani, tahukah kamu asal usul nama Pattani tu? Dan siapa yang menamakanya Pattani? Ini pun
boleh memeningkan kepala juga nak fikir sebagaimana bila dikatakan Nabi Adam tu orang Melayu.Tak masuk akalkan? Saya cadangkan "just forget it" tumpulah kepada fakta fakta lain
yg berlambak dimana mana yang disediakan oleh bermacam keturunan manusia yang disediakan begitu rupa,mudah difaham,senang dibaca,boleh meyakinkan dan tak
perlu memeningkan kepala.

IP : 219.92.228.169

budaksiam

6 . Dihantar pada 09hb Jul 2004 4.08:09 ptg   [Edit]

hemm...kepada persoalan saya melayu+siam. keturunan saya berasal dari wilayah kok poh pattani. boleh berbahasi siam(slang selatan)tapi tidak boleh menulis kerana dari kecil dibesarkan di sini.

hem...tak nah saya jumpa dalam buku sejarah yg menceritakan pasal pattani nih kerana saya belajar dari sini. nantinya saya akn cari ila pulang ke sana nanti. cumanya bila saya bertanya kepada bapa saya dia cakap sebab kat sana banyak petani. itu ajer

sebab saya cakap kita perlu bincangkan pasal pattani sekali kerana ia melibatkan bangsa melayu jugak walaupun ia sudah menjadi wilayah daulat lain sekarang.

hmm...saya bersetuju sangat berkaitan hal yg melibatkan alam ghaib dan sebagainya tidak diceritakan di sini. alam ghaib memang wujud tetapi adakah kita sebagai makhluk ini begitu kuat utk hadapinya. takutnya kita tertipu dengan bicara2 tepi sahaja.

memang yg esa boleh menjadikan apa sahaja termasuk memanjangkan usia makhluk dan dan menjadikan makhluk itu berada di alam lain. tapi kita harus ingat di alam halusinasi kita akan banyak berhadapan dengan iblis, jin2, qarin dan faktor tangkapan waktu.

mungkin tidakramai dari kita tahu bahawa alam semulajadi mempunyai kebolehan merakamkan detik waktu dan menyimpannya serta memaparkannya bila sampai masanya. ini fakta sains bukan omongan ngan halusinasi saya kengkawan.

lebih baik kalau kita menceritakan mengenai fakta sejarah yg terdapat sahaja walaupun ada unsur dongeng dan hindu di dalamnya kerana fakta itu ada unsur2 budaya dan adat yg boleh kita selami.

IP : 219.95.38.188

izahaz

7 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 10.05:50 pagi   [Edit]
quote:
hmm...saya bersetuju sangat berkaitan hal yg melibatkan alam ghaib dan sebagainya tidak diceritakan di sini. alam ghaib memang wujud tetapi adakah kita sebagai makhluk ini begitu kuat utk hadapinya. takutnya kita tertipu dengan bicara2 tepi sahaja.

memang yg esa boleh menjadikan apa sahaja termasuk memanjangkan usia makhluk dan dan menjadikan makhluk itu berada di alam lain. tapi kita harus ingat di alam halusinasi kita akan banyak berhadapan dengan iblis, jin2, qarin dan faktor tangkapan waktu.

ni la baru cakap2 org yg tau!! ni aku tgk poyo2 jer cerita ghaib tu la ini la, wali tu la ini la, sampai boleh cakap hang tuah tgh marah2 pasai tanya dia skang kat mana.. apara la punya hindu...
quote:
mungkin tidakramai dari kita tahu bahawa alam semulajadi mempunyai kebolehan merakamkan detik waktu dan menyimpannya serta memaparkannya bila sampai masanya. ini fakta sains bukan omongan ngan halusinasi saya kengkawan.

penah dengar gek nih.. selalunya tembikar porcelin la boleh rekod bunyik2an..

anyway, aku ada sikit nak share ngan korang, ni aku paste jer, pasal aku baca macam senang paham jer tulisan nih... so jimat masa tempek jer, bolehkan?
quote:
Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun.
2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.
3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

Jika tiga fosil tersebut dibandingkan dengan fosil Manusia Peking atau Sinanthropus Pekinensis (China) yang hanya berusia kira-kira 550,000 tahun terlihat bahawa manusia purba lebih selesa hidup dan beranak-pinak berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.
Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu?

* Mesej ini telah diedit oleh izahaz pada 10hb Jul 2004 10.28:42 pagi

IP : 202.185.111.123

shaliana

8 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 11.24:40 pagi   [Edit]



eemmmm....perbincangan yang menarik...



IP : 219.95.8.3

fadzreen

9 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 12.35:04 tghari   [Edit]
cerita la lagi.. tapi taknak lah cerita poyo poyo jer

IP : 202.185.243.150

azlalchedin

10 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 1.03:18 tghari   [Edit]
bagus...."xLn"....perbincangan yg menarik

tak rugi aku jadi penghuni MDC nih...

IP : 210.187.156.212

ustazizzat

11 . Dihantar pada 10hb Jul 2004 1.06:20 tghari   [Edit]
apa makna me la yu?

me = memutus
la = larikan diri
yu = hubungan

maknanya: bangsa yang melarikan diri dan memutuskan hubungan dari orang yang zalim.

seumpama Bani Israil yang melarikan diri dari kezaliman Firaun.

IP : 219.93.200.237

azlalchedin

12 . Dihantar pada 11hb Jul 2004 4.06:11 ptg   [Edit]
quote:
apa makna me la yu?

me = memutus
la = larikan diri
yu = hubungan

maknanya: bangsa yang melarikan diri dan memutuskan hubungan dari orang yang zalim.

seumpama Bani Israil yang melarikan diri dari kezaliman Firaun.

aku penah dengar pasal niiih.....tapi di mana ek....

IP : 210.187.156.187

Sekafu

13 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 1.54:19 tghari   [Edit]
Min
Lam
Ya
Wau.

Ustaz tolong sambungkan maknanya satu persatu.


IP : 219.95.72.234

budaksiam

14 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 4.12:52 ptg   [Edit]
quote:
Min
Lam
alif
Ya
Wau.


mengikut kaedah tulisan jawi yg baru

* Mesej ini telah diedit oleh budaksiam pada 12hb Jul 2004 4.15:35 ptg

IP : 219.95.39.204

izahaz

15 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 4.16:01 ptg   [Edit]

* Mesej ini telah diedit oleh izahaz pada 12hb Jul 2004 4.16:31 ptg

IP : 202.185.98.122

adikcomelx

16 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 4.22:37 ptg   [Edit]

IP : 161.142.112.8

ustazizzat

17 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 4.47:36 ptg   [Edit]
bahasa muncul terlebih dulu dari tulisan. sebutan melayu terlebih dulu keluar dari tulisan sanskrit, jawi dan rumi.

IP : 219.93.200.237

budaksiam

18 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 4.57:15 ptg   [Edit]
mengikut sesetengah buku yg ditulis oleh orang barat sebelum abad yg 14 iaitu sebelum barat menjajah sini, orang inggeris di india memanggil rumpun di sini sebagai rumpun jawi.

sekarang kalo kita ke makkah jika kita berjumpa orang melayu di sana(indonesia, pattani, malaysia) mereka menggelarkan diri mereka sebgagai rumpun melayu

p/s:bacaan ini saya tidak ingat rujukannya. maaf

IP : 218.111.25.18

AlWali

19 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 5.05:48 ptg   [Edit]
Ada sedikit fakta sejarah untuk negeri Patani. Silakan membacanya seperti di bawah:

Patani yang dimaksud dalam tulisan ini bukanlah Changwad atau wilayah Patani sebagaimana terdapat dalam peta negara Thailand sekarang, tetapi lebih kepada sebuah negeri yang sempadannya lebih luas (Negeri Patani Besar) yang meliputi wilayah-wilayah Narathiwat (Teluban), Yala (Jalor) dan sebagian Senggora (Songkla, daerah-daerah Sebayor dan Tibor) bahkan Kelantan, Kuala Trengganu dan Pethalung (Petaling).

Patani itu Langkasuka

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Malaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahwa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh ahli sejarawan lainnya seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahwa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Trengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebutkan bahwa negeri Langkasuka terbagi dua: Sebagian terletak di negeri Kedah yaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebagian lainnya terletak di sebelah timur Kedah, yaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahwa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan temuan kepingan batu-batu purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Konon, menurut buku Negarakertagama, Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka.

Sedangkan asal muasal orang Patani menurut para antropolog berasal dari suku Javanese-Malay. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum masehi. Seorang pengembara China menyebutkan bahwa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 masehi, ia mendapati negeri itu telah lama dibuka.

Pengaruh Sriwijaya

Sebelum menjadi negeri Islam, Patani (baca: Langkasuka) dikenal sebagai kerajaan Hindu Brahma. Rajanya yang terkenal adalah Bhaga Datta (515 M) yang berarti "pembawa kuasa". Ketika kerajaan Sriwijaya di nusantara berhasil menaklukkan Nakorn Sri Thamarat (sekarang Ligor di Thailand) pada 775 M dan kemudian mengembangkan kekuasaannya ke selatan (Patani), mulailah penduduk Patani meninggalkan agama Hindu dan memeluk Budha. Sebuah berhala Budha zaman Sriwijaya yang ditemui dalam gua Wad Tham di daerah Yala membuktikan pertukaran agama di atas.

Di bawah pemerintahan Sriwijaya inilah Patani mulai menapaki kemajuan, ramai dan terkenal. Hasil negeri Patani pada waktu itu banyak berupa pertanian dan perniagaan. Beberapa pengetahuan bernilai seperti teknik membajak dan berdagang diterima oleh orang Patani dari orang Jawa. Diyakini juga bahwa kerajaan Sriwijaya inilah yang membawa dan mengembangkan bahasa Melayu ke Patani.

Besarnya upeti yang diberikan setiap tahun ke kerajaan Sriwijaya menunjukkan bahwa Patani ketika itu kaya dan makmur.

Memeluk Islam

Tak diketahui pasti kapan Patani memeluk Islam, namun kalau dilihat kebanyakan karya sastra sejarah dan merujuk kepada Teeuw dan Wyatt, juga W.K Che Man maka dapat diperkirakan bahwa Patani menjadi negeri Islam pada 1457 (Martinus Nijhoff, 1970).

Masuknya Patani kedalam Islam ibarat sebuah "dongeng", namun itulah adanya, seperti tertulis dalam buku-buku sejarah. Dikisahkan pada waktu itu Patani (Langkasuka) diperintah oleh raja Phya Tu Nakpa. Raja dikabarkan menderita sakit yang tak kunjung sembuh. Beliau mendengar ada seorang tabib, syeikh Said, seorang Muslim, yang mampu menyembuhkan sakitnya. Tabib tersebut sanggup mengobati penyakit sang Raja asal dengan syarat jika sembuh dari sakitnya maka Raja harus memeluk Islam. Namun Raja Phya Tu Nakpa ingkar janji setelah sembuh. Akhirnya Raja sakit kembali. Kejadian ini terulang sampai tiga kali. Pada kali ketiga inilah Raja bertaubat, ia tidak akan memungkiri janjinya lagi.

Setelah Raja sembuh dari sakitnya, beliau bersama keluarga dan pembesar istana memeluk Islam. Raja Phya Tu Nakpa berganti nama menjadi Sultan Ismail Shah. Sejak saat itu mulailah Islam berkembang dan pengaruh Hindu-Budha mulai berkurang, lemah dan akhirnya hilang dari Patani.

Raja Phya Tu Nakpa (Sultan Ismail Shah) diketahui juga sebagai pengasas negeri Patani. Beliaulah yang mengganti nama kerajaan lama menjadi Patani yang berarti "Pantai Ini". Karena beliau secara kebetulan menemukan suatu tempat yang indah dan ideal untuk dijadikan negeri di tepi pantai. Riwayat lain mengatakan Patani berasal dari kata "Pak Tani". Yaitu pemilik pondok (seorang petani garam) ditepi pantai yang ditemui oleh Raja ketika beliau bepergian mencari lokasi negeri baru. (Ibrahim Shukri, tanpa tahun)

Setelah berpindah ke Patani, Patani menjadi lebih ramai dan oleh karena lokasinya yang baik, tempat baru ini menjadi makmur dan mewah. Patani menjadi pusat daya tarik saudagar-saudagar dari timur seperti Jepang, China, Siam dan Eropa. Tercatat pada 1516 kapal dagang Portugis singgah pertama kalinya di pelabuhan Patani. Pinto, seorang saudagar dan penjelajah asal Portugis menyatakan: "Pada masa saya datang ke Patani dalam tahun itu saya telah berjumpa hampir-hampir 300 orang Portugis yang tinggal di dalam pelabuhan Patani. Selain dari Portugis didapati juga bangsa-bangsa timur seperti Siam, China dan Jepun. Orang-orang Jepun besar juga perniagaannya di pelabuhan ini."

IP : 61.6.39.138

budaksiam

20 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 5.15:35 ptg   [Edit]
bagus alwali. hehehehe...aku sibuk sikit sehari 2 nih. tak sempat nak buat research. hmm..ada sesiapa yg terbaca buku mengenai sejarah ulama di tanah melayu tak. aku ada koleksi tuh tapi tertinggal di kampung. kalau siapa ada bolehlah masukkan info mengenai ulama tersebut dan peranan mereka terhadap kerajaan pada masa tersebut

IP : 218.111.25.214

AlWali

21 . Dihantar pada 12hb Jul 2004 5.25:28 ptg   [Edit]

MELAYU

Para pengkaji barat mempercayai orang Melayu tergolong dalam gagasan puak Malayo-Polinesia. Gagasan ini termasuk mereka yang menghuni kawasan geografis yang dikenali kini sebagai Burma, Kambodia, Indonesia, Fillipina dan kepulauan polinesia sehingga ke pulauan Hawaii. Orang Melayu yang pertama menghuni kawasan nusantara Melayu ini dipercayai kira-kira 50 000 s.m. Menjelang abad ke sebelas sebelum masehi "Melayu baru" atau "Melayu" yang bertutur "bahasa Melayu kuno" mula menduduki semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Borneo, Fillipina, dan Indonesia. "Bahasa Melayu" tersebut tergolong dalam rumpun bahasa-bahasa Malayo-Polinesia. Gagasan bahasa itu merupakan bahasa ibuda rantau Asia Tenggara dan kepulauan Pasifik. Disebelah timur cabang bahasa tersebut ialah manifestasi bahasa-bahasa yang kini dikenali sebagai bahasa Samoa, Tahiti dan Tongan. Dicabang sebelah barat pula yang juga dikenali sebagai "cabang Malaysia" ialah bahasa Melayu, bahasa-bahasa Indonesia (misalnya Java, Minang dan sebagainya) Patani, dan Tagalog. Ditengah-tengah pula ialah bahasa orang-orang asli semenanjung dan juga kepulauan Borneo.

Di semenanjung, kaum orang asli merupakan yang paling rapat dengan orang Melayu. Tetapi mengapa pula orang asli tersebut dianggap rapat dengan orang Melayu? Antara sebabnya ialah dipercayai bahawa orang asli ialah kaum asal Melayu atau salah satu puak primitif bangsa Melayu yang tertinggal daripada menjalani proses evolusi sosial seperti saudara maju mereka yang lain. Pandangan tersebut sebenarnya adalah popular dikalangan para anthropologis kolonial dan barat. Sebab itulah mereka telah memberi nama kepada kaum-kaum asli dengan gelaran seperti Melayu-proto, Melayu-deutero, Senoi dan pelbagai lagi, terlalu banyak untuk disenaraikan kesemuanya.

IP : 61.6.39.138

Sekafu

22 . Dihantar pada 13hb Jul 2004 7.03:08 ptg   [Edit]
terima kasih kerana betulkan heheheheh

IP : 219.95.91.237

EvaJaque

23 . Dihantar pada 13hb Jul 2004 8.47:00 mlm   [Edit]
quote:
hemm...kalau kita menyelidik tentang melayu tak lengkap rasanya kalau kita tidak mengambil sejarah pattani bersama. pattani adalah sebahagian dari tanah melayu dahulu. cumanya kebodohan pimpinan tanah melayu sebabkan ia berpoisah dari kita. ramai ulamak, wali dan ahli sufi yg berasal dari daerah ini. contohnya sheikh abd samad al falambali(kurang ingat namanya) dan lelain. kisah perjuangan sebahagian mereka menentang orang siam patut kita ketahui.


btol tu sbb Patani pon rumpun melayu... sama seperti org melayu di Tanah Melayu...

i came across dgn melayu patani bila kena suruh review about perjuangan Haji Sulong.. awesome topic ..

IP : 81.104.240.123

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "