Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Diskusi >> Minta Pendapat : Personal Loan Bank Rakyat
(Pengendali : abe )
 
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : Minta Pendapat : Personal Loan Bank Rakyat
yusnida

1 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 11.10:06 pagi   [Edit]
semua,

Adik saya ada ambil personal loan kat Bank Rakyat beberapa tahun yg lepas . Penjaminnya ialah abg saya bg penjamin kerajaan .

Adik & abg menerima surat mahkamah yg meminta mereka hadir utk dibicarakan pd 17/6 ini. Ini kerana pihak Bank Rakyat menuntut tunggakan sebanyak rm 6000.Adik saya tak dpt bayar selama beberapa tahun sbb ada masalah kewangan.

Adik call pihak bank dan minta bayar secara ansuran tp mereka refuse dan minta adik bayar semua sekali seblm tarikh perbicaraan .

Boleh tak kalau dia abaikan surat itu dan tak pegi utk dibicarakan pd hari yg sepatutnya .Dan apakah kesannya pd abg saya sebagai pegawai kerajaan. Abg saya kata kalau ada kes mahkamah dia kena buang kerja . Betul ke?

IP : 210.19.249.203

rembak

2 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 1.36:33 tghari   [Edit]
mesti pergi dan jgn abaikan perintah mahkamah. kesannya akan lebih buruk lagi. boleh pohon rayuan cara pembayaran dimahkamah.

IP : 202.188.157.98

star_ducks

3 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 1.39:31 tghari   [Edit]
sepatutnya adik anda perlu
memberi surat pemberitahuan tidak dpt membayar utk tempoh beberapa bulan.. jgn biar sampai bertahun kemudian tidak bayar. nak buat mcm mane, jika ade duit bayar jika tidak pergi ke mahkamah, mungkin disana boleh request utk bayar secara beransur, tapi perlu diingatkan, kos mahkamah ditanggung pihak anda.. pls check this.

IP : 219.93.186.170

siapa

4 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 1.47:30 tghari   [Edit]
ikut yg cam rembak cakap...
..gi jerr dulu kat mahkamah...pastu mintak rayuan tempoh atau cara pembayaran...terangkan jumlah yg kita mampu baya bulan2..
..kebanyakkan institusi kewangan nih kalo boleh mmg takmo gi mahkamah..sebab depa mmg sure takleh dpt balik duit tu selonggok..

jgn risau laa...



oh apammm...

* Mesej ini telah diedit oleh siapa pada 02hb Jun 2004 1.48:17 tghari

IP : 219.95.240.125

mama_aina

5 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 1.49:28 tghari   [Edit]
Betul kata rembak tu. Buat surat rayuan. Nyatakan sebab apa sebelum ni tak boleh bayar. Mahkamah tetap kena hadir. Staf kerajaan terikat kepada perintah am. Rasanya abg awak maklum. Jika ada staf melanggar perintah am tu, boleh dikenakan tindakan tatatertib/kenaikan pangkat ditahan/digantung atau dibuang kerja. Hukuman bergantung pada tahap keseriusan kes tu. Dan ada panel khas.
Kesian la pada abang awak tu. Abang awak dah TOLONG jamin dah..tapi tak harap balasan.Cuma abg tu berharap adik awak buat bayaran tu. Lagi pun duit tu adik awak yg guna.
Kalu x silap saya...3..4 bulan lepas ada pegawai kerajaan di Melaka diarahkan letak jawatan sebab diisytiharkan muflis sebab dia jadi penjamin kepada kawan dia dan kawan dia menghilang diri tanpa membuat bayaran for that loan.

IP : 219.93.8.15

satu23

6 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 1.50:11 tghari   [Edit]
mahkamah gena pergi. setahu saya bank mesti call kita kalau payment tak buat (3 bulan overdue). lepas tu datang surat kat penjamin utk dimaklumkan potongan gaji penjamin. mmg ade pengalaman cam tu lepas terima surat terus le cari peminjam dan suruh dia effect bayaran. kenapa lain je cara adik yus tu? setahu saya mmg bank rakyat amat bertolak-ansur.

IP : 61.6.39.138

Alisyaira

7 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 2.42:39 ptg   [Edit]
Alis baru jer nak bukak topik pasal nih..

Actually Alis pun facing d same problem. Ari tu pepandai jer jdk penjamin member office. Dia pinjam dlm RM12000, so tertunggak dlm RM1000 jer. So, Bank rakyat dah issued surat kat lawyer dan salinan sampai kat Alis.

Yang jdk masalahnya, member dah berenti keja kat opis skang. So, nak carik dia susah. Yang jdk persoalannya, kalau sampai pd tindakan mahkamah, penjamin akan effect sama ker.. sedangkan peminjam masih dpt dihubungi & ada kerja tetap..

Macam kes Alis nih, kalau peminjam dpt dihubungi, tindakan mahkamah tu pd peminjam saje atau penjamin jugak? Risau la..
Kita punya hutang keta, hutang rumah belum abih, takut gak kena tanggung hutang org nanti....

IP : 192.228.129.114

yusnida

8 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 5.29:13 ptg   [Edit]


quote:
satu23
mahkamah gena pergi. setahu saya bank mesti call kita kalau payment tak buat (3 bulan overdue). lepas tu datang surat kat penjamin utk dimaklumkan potongan gaji penjamin. mmg ade pengalaman cam tu lepas terima surat terus le cari peminjam dan suruh dia effect bayaran. kenapa lain je cara adik yus tu? setahu saya mmg bank rakyat amat bertolak-ansur

Semua yg u sebut kat atas memang betul dan adik saya terima . Cuma dia abaikan semua surat2 tu dan minta tangguh ngan bank. Tapi dia tetap tak bayar juga . Katanya tak mampu .

Bila dah dapat surat lawyer ni ..dia rasa kesal sangat sbb kesian kat abg kami tu .Gaji peg. kerajaan tak besar mana dan kakak ipar pula tak kerja .Klu dia kena buang kerja ..hmm kesian kat abg .

Betul ke kena naik mahkamah juga ? Tak boleh ke pihak bank terima rayuan kita utk bayar secara beransur2.

IP : 210.19.249.203

yazreina

9 . Dihantar pada 02hb Jun 2004 5.43:18 ptg   [Edit]

yaz pun ada gak loan bank rakyat.. ignore aje dorangnyer surat soh bayar yg dari lawyer... sekarnag nie blom sampai surat dr mahkamah lagi.. yaz dulu mmg keje govt.. dekat setaun tak keje.. tu yg tak mampu bayar.. sekarnag nie keje private plak... blom mampu bayar lagi...

IP : 61.6.67.98

mama_aina

10 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 11.34:42 pagi   [Edit]
Kak ipar saya pun kes macam ni jugak. Dia pegi merayu kat bank rakyat tu. Jumpa pegawai tu face to face. Merayu agar x naik mahkamah dan janji nak start bayar. At last Bank Rakyat bagi chance...tak yah naik mahkamah tapi kena bayar RM700 sebulan, dulu janji nak bayar sebulan RM200..tapi tak bayar...skang ni tertunggak RM6000. Pegawai tu kata lepas abis tertunggak ni baru leh bayar cam dlm aggreement(RM200).

MAMA RINDU AINA

IP : 219.93.8.15

yazreina

11 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 12.23:38 tghari   [Edit]

mama_aina

the thing is kite kena monthly plus tunggakan.. kite merayu sebab tak mampu nak bayar.. patutnya dia kenala consider utk bagi kite bayar less than monthly tapi prolong kan tempoh masa pembayaran... yaz pun dah gi merayu.. dia soh bayar tunggakan on top of monthly... last2 yaz tak bayar pun.. mana mampu..

IP : 61.6.67.98

mama_aina

12 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 12.39:09 tghari   [Edit]
eem..yang tu kena tanya kak ipar la pulak
sebab kak ipar cite camtu aje. Agaknya kak ipar kena bayar RM500 bagi tertunggak..and RM200 tu monthly..total RM700. Maybe la...

IP : 219.93.8.15

yusnida

13 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 3.06:00 ptg   [Edit]


mama_aina

Kalau macam tu masih ada harapan lagi ...cuba dulu ye tak ... sebelum ni adik tanya melalui telefon aje dan staff mereka kata tak boleh .

Nanti nak suruh adik pegi jumpa pegawai kat sana dan buat rayuan . Yg penting abg saya tidak terseret sama dlm masalah ni .

Tq

IP : 210.19.249.203

mama_aina

14 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 3.39:59 ptg   [Edit]
yus,

Kak ipar saya memang pegi jumpa dengan pegawai bank rakyat tu. Kekadang, staf kata x boleh (sebab bos dah pesan jgn bg). Tapi bila kita jumpa bos...lepas rayu2 tu...boleh diberi kelonggaran...
Pesan adik awak, byk2 baca selawat sbelom jumpa pegawai bank tu. Doa minta dilembutkan hatinya supaya dapat memahami masalah awak.

IP : 219.93.8.15

ikhlasonline

15 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 4.05:53 ptg   [Edit]
setahu saya la... bank rakyat tertakluk kepada undang2 koperasi sebab dia bukan bank perdagangan... jika kedua2nya menjadi ahli koperasi bank rakyat... tak silap saya dia akan pergi ke tribunal bank rakyat (kira macam mahkamah). tetapi sekiranya penjamin tidak menjadi ahli koperasi, bank rakyat terpaksa mengambil cara undang2 ie. melalui mahkamah untuk mendapatkan penghakiman persetujuan untuk penjamin bersetuju membayar hutang2 orang yang dijamin.

ini berdasarkan pengalaman saya la sebagai penjamin bank rakyat.

IP : 210.186.222.207

OoooD

16 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 5.32:03 ptg   [Edit]
pengalaman OD lak, ni kes jamin kawan gak tapi kat mayban ...amount loan 5k jer..monthly rm100..2 thn kawan tu tak bayor instakment..n semua surat correspondence dari mayban dia ignore...
alih kena gi court..OD hadir le ngan kawan tu...dan kawan tu berjanji depan hakim nak bayor...tapiiiiii takkk jugak di bayor..liat benorrr....
sammmmapiii la ni OD takleh tahan, apa idaknya semua kehendak kite tersekat, bila apply loan semua kantoiiii..nama black list....
ni kawan baik, slalu jumpa n tipon..desak punya desak akhirnya dia setuju nak bayor...
gi jumpa opicer mayban, kos +- semua skali dah cecah 8k..
atas nasihat peg bank tu, kawan ni diminta buat proposal unt pengurangan dari 8k ke 6k...so bal 2k bank akan waive..
ni tengah tunggu approval....

IP : 192.228.129.114

Alisyaira

17 . Dihantar pada 03hb Jun 2004 5.58:07 ptg   [Edit]
Alamak.. takutnya dengar citer OD. Ari tu Alis ada gak apply credit card. Sepatutnya lepas la coz purata gaji bersih RM2k permnths dan belum penah apply mana2 krdt card. Loan keta pun bersih.. tetiap bulan x penah miss bayar.

Tapi, bila refer pd kredit card centre tu tanya apesal x approved, diorg kata ada stuck kat i punyer loan yg x berbayar.. Aih.. terpikir gak.. agak2nya nih loan bank rakyat member la tu... menyesal nyer jadik penjamin dia...

Sebelum sampai surat mahkamah nih kena gi carik balik member nih...

IP : 192.228.129.114

Liz_Dee

18 . Dihantar pada 10hb Jun 2004 2.15:57 ptg   [Edit]
kawan liz ada sorang di office lama. Monthly cuma byr Rm400. Tapi selepas 4 tahun byr dia tak mampu byr full, cuma boleh byr setengah. Call bank, pastu org bank boleh kata " Isteri encik tak kerja tolong ke?" Pastu dia tanya lagi, kalau kereta encik bayar separuh boleh ke? Pastu tanya lagi.. " gaji encik RM1700 banyak apa..

ada ke patut dia ckp mcm tu.. Errr... terukk..

rasanya dizzy tau cerita ni..

IP : 202.75.160.223

raslank

19 . Dihantar pada 10hb Jun 2004 5.02:48 ptg   [Edit]
haaa...ni 1 trick aku ajar kalau taknak gi court dan tak nak bayar...peminjam dgn penjamin sekali mesti buat. Jangan terima atau tandatangan surat berdaftar dari mahkamah. So mahkamah atau bank takleh nak panggil sebab kita kata tak terima apa2 dari court untuk hadir. Ini ada sorang makhluk Allah ajar aku le. Dia guna cara ni...hutang dia ada puluh ribu. Dah lebih 5 tahun masih macam tu gak. Orang court datang rumah suruh terima surat dia kata tak mau... wallahualam.

IP : 61.6.39.138

yazreina

20 . Dihantar pada 10hb Jun 2004 5.26:39 ptg   [Edit]

raslank

boleh ker..??
abis tu dia tak bayar lah hutang dia..???
iskk.. bior benor

IP : 61.6.67.98

rokoksalem

21 . Dihantar pada 11hb Jun 2004 01.23:59 pagi   [Edit]
tak pegi makamah...jangan sampai waran tangkap keluar udah lah.....

IP : 210.186.152.140

Alisyaira

22 . Dihantar pada 11hb Jun 2004 11.16:01 pagi   [Edit]
Alisnyer kes rasanya cam dah settle.. dah berjaya carik member yg jdk peminjam.. dia pun dah janji nak settlekan utang tertunggak dia secara ansuran. Tu pun lepas dia merayu ngan org Bank Rakyat.

Seelok2nya, kalau kita berhutang, baik kita langsaikan. Sampai bila kita nak lari dr hutang tu semua? Hidup pun x senang... Last2 mesti terkena gak kan...

So, Alis sebagai penjamin jer pun takut... takut dengan masa depan kalau peminjam yg kita jamin tu tak settlekan payment dia. So, buat para peminjam.. jgnla nak aniaya penjamin anda... Tak berkat hidup nanti..

IP : 192.228.129.114

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
 

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "