| Dimasukkan oleh |
Tajuk Topik :
Diskusi : MATA KIRI BERGERAK2 SENDIRI APA MAKSUDNYA
|
Sue5064
|
1
. Dihantar pada
27hb Apr 2004 11.02:41 pagi
[Edit]
Saya nak tau kenapa mata kiri saya asyik bergerak2 sendiri. Hampir seminggu saya berada dalam keadaan yg tidak selesa. Atau itu cuma perasaan saya sahaja.
Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Adakah ini penyakit serius dan kenapa perkara ini boleh berlaku? Bukan selalu, kadang-kadang sahaja.
Saya harap sesiapa yang pernah mengalami perkara yang sama seperti saya. Tolong bantu saya. Saya harap kemusykilan ini akan berakhir dengan bantuan dari kawan-kawan semua. Terima kasih kepada yang sudi memberi pendapat.
IP :
219.93.8.15
|
pain_hater
|
2
. Dihantar pada
27hb Apr 2004 5.54:15 ptg
[Edit]
kata org tua-tui,tu tanda org jauh nak datang..
org jauh mane,tak tau la..
org bulan kot?
IP :
219.94.42.245
|
jemboo80
|
3
. Dihantar pada
27hb Apr 2004 5.59:40 ptg
[Edit]
rasa2nya mcm org rindu kat kita jer....
IP :
219.94.63.98
|
ustazizzat
|
4
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 2.04:51 ptg
[Edit]

saya tak nak percaya kata orang dulu-dulu. selalunya saya akan mengalami keadaan ini apabila kepala saya runsing. oleh itu bawalah bertenang.
IP :
219.93.200.237
|
sitizulieani
|
5
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 2.51:31 ptg
[Edit]
nak menangis kot
IP :
219.95.65.115
|
ahrd
|
6
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.07:39 ptg
[Edit]
itu tandanya jantung anda bermasalah org jauh yg dimaksudkan malaikat maut
IP :
219.93.8.15
|
OrangMinyak
|
7
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.14:00 ptg
[Edit]
ahrd:
keh keh keh
IP :
61.6.67.22
|
exit
|
8
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.17:26 ptg
[Edit]
hmm...pernah kena..
pastu beberapa hari..menangis tak ingatttttttttttt
org kata kalau belah kanan yg nak jumpe org jauh..
IP :
202.188.63.215
|
sitizulieani
|
9
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.21:02 ptg
[Edit]
exit
setuju
kalo kiri nak nangis
kalo kanan nak tgk org jauh
harap2 jgnla org jauh yg ahrd cakap tuh
belom cukop amal nih
IP :
219.95.65.115
|
alira
|
10
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.22:29 ptg
[Edit]

oh kalau mata kiri gerak nak nangis, kalau kanan nak jumpa org jauh.....tapi mata saya gerak kanan / kiri nangis jer taklak jumpa org jauh
IP :
202.184.17.249
|
sitizulieani
|
11
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.25:13 ptg
[Edit]
alira
agaknya org jauh yg ahrd cakap tu nak datang kot
IP :
219.95.65.115
|
alitopan
|
12
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.26:25 ptg
[Edit]
hai siti
dah masak ker belum
IP :
219.95.39.95
|
sitizulieani
|
13
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.28:52 ptg
[Edit]
hi ali

masak...eerr...errr...
belom, nanti aku balik masak
ko nak makan apa ari ni
IP :
219.95.65.115
|
alitopan
|
14
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.32:33 ptg
[Edit]
hmm...ikan siakap masak stim la
IP :
219.95.39.95
|
sitizulieani
|
15
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.34:40 ptg
[Edit]
laaa...ikan siakap takde la...
tapi masak stim tu aku pandai tau..biasa buat dgn ikan apa ntah, tak tau nama dia..besar...warna merah, bukan ikan merah
IP :
219.95.65.115
|
alitopan
|
16
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.36:12 ptg
[Edit]
hmm...nak menengok lagi tak hari nih
IP :
219.95.39.95
|
ardinawate03
|
17
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.38:54 ptg
[Edit]
kalau mata kiri bergerak..tanda kita akan nangis
kalau mata kanan bergerak..tanda nak jumpa saudara atau sahabat yg jauh atau lama tak jumpa...
kalau dua2 bergerak..gabungkan jelah dua2 tanda tuu...
IP :
203.106.3.164
|
sitizulieani
|
18
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.43:14 ptg
[Edit]
ali
ko ni serius ke pandai tgk org ni, apa lagi yg ko tau pasal aku...
pasal tak suka marah org tu, betul jugak tapi aku slalu marah anak murid aku..dan aku ni panas baran w/pun x suka marah org
ardina
nak jumpa org jauh pas tu menangis nangis jumpa dia..tapi x tau lagi nangis gembira ke sedih
IP :
219.95.65.115
|
angel_carl
|
19
. Dihantar pada
28hb Apr 2004 3.46:08 ptg
[Edit]
kalo aku mata kiri gerak2 ni sah le nak nangis..bila dia berenti gerak je..tak lama tu nangis la..dah boleh agak dah situasi tu   
kadang2 aku tepok kat mata tu jgn kasi gerak
IP :
219.93.8.15
|
langsuir80
|
20
. Dihantar pada
29hb Apr 2004 00.52:28
[Edit]
aku masa thn lepas..3 bulan mata kiri aku gerakČ...runsing tahap cipan aku...rasa cam nak cabut buang jer..
last skali...member aku yg pegi jauh...pastu mata aku dah tak gerak lagi...w`allahualam....kebetulan je agaknya
Doa je kat Tuhan mintak jauh dari mende yg bukanČ...amin
IP :
218.208.239.216
|
Sue5064
|
21
. Dihantar pada
29hb Apr 2004 12.40:47 tghari
[Edit]

memang sah mata kira gerak2 kerana nak nangis. Lepas nangis dah dah ada gerak2 lagi  * Mesej ini telah diedit oleh Sue5064 pada
29hb Apr 2004 12.41:21 tghari
IP :
219.93.8.15
|
orang_melayu
|
22
. Dihantar pada
30hb Apr 2004 11.29:16 pagi
[Edit]
Cuba baca nih!mungkin ada kene mengene dengan stress.
PENGURUSAN STRES MENGIKUT CARA ISLAM
Oleh: DATO' AIDIT BIN GHAZALI, PERUNDING UTAMA, AKADEMI AIDIT
---------------------------------------------------------------------
APAKAH ITU STRES?
Respons seseorang terhadap sesuatu tekanan yang wujud.
Tekanan ini mungkin sesuatu yang:
- wujud tanpa dicari.
- wujud sebab kita mencari.
- wujud sebab kita lemah.
DI MANA TERLETAK KELEMAHAN KITA SEHINGGA KITA BOLEH BERTINDAK
NEGATIF TERHADAP STRES?
- Kelemahan rohani.
- Kelemahan jasmani.
- Kelemahan akli.
- Kelemahan emosi.
APAKAH UKURAN-UKURAN UMUM KELEMAHAN 4 DIMENSI MANUSIA INI?
KELEMAHAN ROHANI
- Hubungan dengan Allah SWT rapuh.
- Akhlak kita buruk.
KELEMAHAN JASMANI
- Sering uzur dan lemah.
- Daif ekonomi.
KELEMAHAN AKLI
- Lembab fikiran.
- Jahil segi ilmu bermanfa'at.
KELEMAHAN EMOSI
- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat.
- Mudah melayan sifat-sifat keji dalam diri sendiri.
APA YANG BERLAKU PADA JASAD KITA?
1. Kadar degupan jantung meningkat.
2. Teka
nan darah meningkat.
3. Otot-otot mengeras dan tension.
4. Proses penghadaman lebih perlahan.
5. Perut mengeluarkan lebih banyak asid.
6. Kolestrol dan lemak lebih menyerap dalam saluran darah.
7. Penafasan semakin cepat sebab paru-paru cuba menerima lebih
banyak oksigen.
APAKAH KESAN ATAS ROH KITA?
1. Lebih lemah.
2. Lebih mudah ditembusi dengan unsur-unsur jahat termasuk iblis dan
makhluk halus.
3. Lebih terdedah untuk melakukan mudarat ke atas pihak-pihak lain
dan diri sendiri.
4. Lebih kerap melakukan perbuatan yang menunjukkan sikap
memberontak kita terhadap Allah SWT.
TANDA-TANDA AMARAN STRES
1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN
-Kerap gigit bibir.
-Mulut dan tekak mudah kering.
-Kerap jilat bibir.
-Sering ketap gigi dan geraham.
-Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau
sengal.
-Menarik nafas lebih dari yang perlu, hingga membawa pada banyak
sendawa atau perut kembung.
-Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
-Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.
-Tekanan darah meningkat.
-Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
-Nadi laju.
-Susah lelap untuk tidur.
-Mudah letih.
-Suka mengetuk-ngetuk meja dengan jari.
-Percakapan laju.
-Menggigit kuku.
-Kerap mengkebil mata.
-Mata atau kening mata sering bergerak.
-Ketawa tidak menentu.
-Suka menghentak lantai dengan kaki.
-Buang air besar tidak menentu.
-Kerap buang air kecil.
-Pusingan haid yang tidak menentu.
2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN
-Kuat makan.
-Selera untuk gula-gula meningkat.
-Mudah hendak mendekati arak.
-Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.
3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
-Mudah membenci.
-Sukar hendak mempercayai orang lain.
-Hilang minat dalam hubungan kelamin.
-Sukar meni'mati keakraban.
-Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
-Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah
jawatan berbanding kita.
-Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.
4. KESAN A
TAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI
-Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
-Bunyi telefon berdering.
-Bunyi wang syiling.
-Bunyi kunci.
-Suara orang lain mengeluh.
-Bunyi kertas bergesel.
5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP
-Bersikap negatif dan pesimis.
-Mudah sedih dan gusar.
-Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
-Hilang arah hidup.
-Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
-Merasa bakhil.
-Tidak kasihan terhadap orang lain.
-Mudah tersinggung.
-Mudah bimbang.
-Sukar memberi tumpuan.
-Mudah merasa malu.
-Mudah merasa salah.
-Mudah merasa tercabar.
-Kurang sabar.
-Hilang maruah dan martabat diri.
-Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.
PENCERMINAN DALAM BAHASA TUBUH SEGI TANDA-TANDA STRES
-Bahu meninggi dari biasa.
-Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
-Tangan mudah menggigil.
-Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.
-Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
-Mengerut kening.
-Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap
dari biasa.
-Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
-Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
-Menggenggam tangan sambil bercakap.
-Lengan menyilang perut.
-Tangan tidak boleh berdiam.
-Buat kerja dengan gerakan bising.
-Kelipan mata yang lebih laju.
-Kurang senyum.
APA PENDIRIAN ISLAM DALAM MENGHADAPI MASALAH?
Mencegah adalah lebih baik dari menangani. Kata ulama': "Menutup
segala pintu yang membawa pada kerosakan."
Jika perlu pada menangani apabila masalah telah wujud, usaha
mencegah tetap berjalan serentak.
FORMULA 1O T
1. TADABBUR
Erti: Mendalami pemikiran tentang tajuk tertentu sampai pada tahap
menjadi lupa pada perkara yang lain.
Maksud yang diinginkan: Tadabbur Al-Qur'an yakni memahami, mendalami
dan menghayati isi kandungannya - dapat melahirkan ketenangan jiwa.
2. TAFAKKUR
Erti: latihan dalaman yang menghasilkan perkembangan pemikiran dan
ia adalah pengetahuan yang mendalam/ renungan/ memikirkan sesuatu.
Maksud yang diinginkan
: Tafakkur alam yakni merenung, memikirkan
tentang penciptaan alam - menghasilkan ketenangan jiwa.
3. TAWADDHU'
Erti: membasuh anggota-anggota khusus dengan tertib berserta niat.
Maksud yang diinginkan: mengambil wudhu' apabila berada dalam
keadaan stres - menghasilkan ketenangan jiwa.
4. TAQARRUB
Erti: mendekatkan diri.
Maksud yang diinginkan: mendekatkan diri kepada Allah SWT sehingga
dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan
cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.
5. TAHAJJUD
Erti: bangun untuk solat malam.
Maksud yang diinginkan: mengorbankan ni'mat duniawi demi merai niat
menyembah Allah SWT.
6. TAKALLAM
Erti: berbicara/berkata-kata.
Maksud yang diinginkan: berbicara atau berkata-kata perkataan yang
baik dan diredhai Allah SWT.
7. TADZKIR
Erti: ingat.
Maksud yang diinginkan: mengingati Allah SWT dengan cara berzikir.
8. TAWAKKAL
Erti: berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan.
Maksud yang diinginkan: memp
ercayakan diri kepada Allah SWT dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan, berserah diri di bawah
perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran.
9. TADBIR
Erti: menguruskan sesuatu.
Maksud yang diinginkan: menguruskan kehidupan.
10. TASYKUR
Erti: berterima kasih.
Maksud yang diinginkan: berterima kasih kepada Allah SWT.
**Sumber: Diterima melalui kiriman e-mail daripada seorang sahabat.
IP :
192.169.41.42
|
aramai_tii
|
23
. Dihantar pada
05hb Mei 2004 4.01:42 ptg
[Edit]
Hai ,
Tak tau lah kalau betul...
Kata orang-orang tua, mata kanan atau mata kiri bergerak2 ada maksudnya.....
Maksudnya:-
Mata Kiri bergerak : Petanda sesuatu yang tidak baik akan berlaku, contoh: kesedihan, tangisan, pergaduhan/pertengkaran, kekecewaan....etc..
Mata Kanan bergerak : Petanda sesuatu yang baik/ tak dijangka akan berlaku, contoh: ada orang rindu, akan bertemu dengan seseorang, rezeki datang
Thanks
IP :
61.6.149.245
|
maira70
|
24
. Dihantar pada
05hb Mei 2004 4.13:54 ptg
[Edit]
,
Mata ngan kening aku selalu bergerak2 bila nak gaji...
IP :
161.142.112.8
|
tulepasal
|
25
. Dihantar pada
05hb Mei 2004 10.10:58 mlm
[Edit]
topan ... siti
ooo.. ada skandal ek... mentang-2 aku cuti seminggu.. korang skandal belakang aku ek..
IP :
219.93.117.12
|
cikni
|
26
. Dihantar pada
06hb Mei 2004 1.55:12 tghari
[Edit]
saya pernah terbaca dalam siri kisah-kisah nabi pasal mata bergerak2 nih... kalau berlaku bacalah ada satu doa tu sambil jari tunjuk pada mata tu...
sori ar, kita tak perasan doa apa.... boleh tak member sembang yang mengetahui doa apa perlu dibaca tu - tolong beritahu kat sini yea.. biar lah kita kongsi.
Tapi kalau berlaku kat kita- tak kira mata kiri ke kanan- kita baca aje 'Aghuzubillah...........'
IP :
202.190.27.254
|
tummymouse
|
27
. Dihantar pada
07hb Mei 2004 4.06:49 ptg
[Edit]
penah gaks kene..sblh kanan pas 2, jumpe orang jauh....
penah gaks sebelah kiri gerak2.... then call rumah...ghupenye ayah tengah sakit...
emm.. sejauhmanakan kebenarannya... wallahualam...
IP :
161.142.87.2
|
laylyza
|
28
. Dihantar pada
10hb Mei 2004 2.20:35 ptg
[Edit]
maira
kelakarlah kau nih.
aku dulu pun ada gak, mata kanan,kiri dan mulut bergerak2 serentak selama beberapa hari. kemudian satu hari org jauh (member lama), dtg jumpa..pastu aku gaduh sebab ada sesuatu perkara dan kemudian menangis. lepas tu terus tak bergerak. emm kekadang rasa cam nak percaya.. kekadang rasa cam malas nak percaya. tapi kalau hati tak sedap rasa, memang aku ngelabah giler sebab memang selalu terjadi perkara yg tak best.
IP :
210.187.119.27
|