Salam sejahtera Ke Panel Login  

Sembang2 >> Sembang Diskusi >> manusia pendiam : macam mana nak ubah sikap pendiam
(Pengendali : abe )
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej
Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Dimasukkan oleh Tajuk Topik : manusia pendiam : macam mana nak ubah sikap pendiam
sazy

1 . Dihantar pada 29hb Dis 2003 2.16:27 ptg   [Edit]
aku ada lah sorang kawan kat office ni(perempuan)..dia ni terlalu pendiam dan tak ramai kawan.Dalam erti kata lain dia ni tak berapa suka bercampur dengan orang,...aku ada tanya dia,dia tak bosan ker hidup dalam keadaan begitu..dia kata dulu masa belajar okay saja sebab selalu sibok dengan assisgnment,study dsb tapi sejak bekerja ni dia rasa terlalu bosan dan ingin benar mengubah hidup.Tapi dia kata dia tak dapat mengatasi sikap pendiam dan pemalu yang dimilikinya walaupun dia dah cuba berkali-kali.Dia tetap seorang pendiam dan pemalu.Sebenarnya dia rasa sungguh tertekan dengan sikap dia yang pendiam dan pemalu dan nak sangat buang sikap tu tapi tak boleh .

Aku sebagai kawan yang bolehlah dikatakan rapat sikit dengan dia kat office kesian dengan dia..Sikap dia yang pendiam dan pemalu menyebabkan tak ramai orang yang suka sangat ber'geng' dengan dia sebab mungkin boring dia orang cakap.

So aku nak tanya skit macam mana nak atasi sikap pendiam dan pemalu yang ada dalam diri manusia.

Dan jugak macam mana nak atasi sikap kurang keyakinan diri(aku pun mengidap penyakit kurang keyakinan diri)

IP : 219.92.212.6

usoPkuChai

2 . Dihantar pada 29hb Dis 2003 2.32:08 ptg   [Edit]

boleh buang! maslah org pendiam dia tak percaya diri..
caranya satu.. bawa dia dok kedai kopi bersembang..
mula2 dia takyah cakap.. cuma duduk dengar saja..
from tie to time.. try mintak pendapat dia bila bersembang..
pastuh diskaskan pendapat dia tuh secara details..
mestilaa dia yg kena terangkan pendapat dia..
at the end.. dia yg lebih byk bercakap dari ko..

tapi ko hanya boleh ubah dia kalo dia nak berubah..
biasanya org saja cerita tapi takmo berubah..

IP : 202.47.196.68

nuralisya

3 . Dihantar pada 29hb Dis 2003 3.53:52 ptg   [Edit]
err... pendiam.
mula-mula, rendam kan dia dalam air bunga...semalaman.
balutkan dirinya pakaian sutera dan makeup secukup rasa.
letak dan pamerkan di majlis-majlis
di mana saja asal ada boyer-boyer MDC bertempek.
mesti dia tak bleh dok diam!

**patung-patung..

IP : 219.95.154.23

ibiasa

4 . Dihantar pada 29hb Dis 2003 3.59:28 ptg   [Edit]
Salam sejahtera.

Menjadi seorang yang pendiam itu tidak salah (tidak salah di sisi undang-undang...he..he..). Orang yang pendiam ni ada yang banyak berfikir dan ada yang hanya cakap apa yang perlu sahaja.

Tapi saya tengok sahabat tu sudah mula rasa tertekan - ini akan jadi masalah nanti kerana khutir cari penyelesaian negetif.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mulakan dengan keyakinan diri dulu. Suruh baca buku, artikel, atau surat khabar denngan bersuara sikit pun cukup le, asalkan tidak ganggu orang lain. Lepas tu baca kat rumah, depan cermin pula (boelh le kuatkan suara). Bina keyakinan bersuara.

Bila sudah banyak kali baca, mula le ilmupun bertambah. Selalukan ajak dia berbual dan beri pendapat. Contohnya sekarang banyak kemalangan - minta beri pendapat.

Keyakinan ada, idea ada - cari le rakan dan mula berbual aje le.

Selamar mencuba.

IP : 203.106.248.99

sazy

5 . Dihantar pada 29hb Dis 2003 5.28:52 ptg   [Edit]

aku ni memang dah banyak ajak dia berbual..tapi bila tanya sepatah jawab sepatah...tu yang susah tu...

Melalui pemerhatian aku le..tak ramai orang suka rapat sangat dengan orang pendiam...sebab kononnya boring dan tak der apa yang boleh dibualkan dengan orang macam ni...

Korang pulak macam mana???Pernah tak ada member yang ada masalah ni????

IP : 219.92.212.58

dean_tm

6 . Dihantar pada 29hb Dis 2003 6.05:16 ptg   [Edit]
Pendiam..
Aku ni pun ade jugak sifat tu..tapi dari segi nak bercampur dgn org2 tu aku takde masalah..kirenye ke mana2 je aku pegi, ade je membe/kenalan..cume kekadang tu perkara yg tak patut untuk aku bersuara, aku akan diam..
Pendiam ni ade 2 jenis.. pertama, pendiam yg mmg die ni jenis pendiam sgt, suke buat hal sendiri, tak suke campur dgn org atas kerelaan diri
Yang kedua plak, pendiam ikut pada masa dan keadaan..
Kekadang tu org2 akan anggap yg die ni pendiam tapi kalau kite knal rapat dgn die baru kite tau yg die ni periang atau bukannye sorang yg pendiam..org jenis camni ramai member walaupun pendiam..

IP : 210.186.77.98

azlalchedin

7 . Dihantar pada 29hb Dis 2003 6.08:14 ptg   [Edit]
isk......sajer jer tu....

kalau nak 1000 daya, kalau tidak, cukup 1 dalih

IP : 219.95.113.186

arkina78

8 . Dihantar pada 30hb Dis 2003 08.06:49 pagi   [Edit]
Alahai..pendiam pun susah..ramah pun susah....

IP : 210.187.40.131

mexico

9 . Dihantar pada 30hb Dis 2003 11.15:20 pagi   [Edit]


Masalah2 org pendiam:

Mcm Usop ckp, x caya diri. Nak campur, tp rasa x pandai ckp, tak pandai buat joke x pandai... mcm2 x pandai agi. So kena kwn dan earn trust dia. Dan jgn betray trust dia.

X caya org lain - bahayanya bila dah caya, dia akn terlalu percaya. Org2 yg ikhlas aje boleh tlg org camni. Jgn ambik kesempatan.

Ada masalah yg terpendam. Nak diluahkan xde org yg boleh paham dan percaya. So, klu dia luahkan perasaan, jgn perlekehkan masalah dia. Klu x leh bg solution, dengar aje. Jgn kondem.

Perahsia. So klu dia dah trust utk pecahkan silence dia, jgnlah disebarkan melainkan klu dia x kisah.

Itu aje analisa spontan aku.

IP : 202.184.17.249

ibiasa

10 . Dihantar pada 30hb Dis 2003 11.31:47 pagi   [Edit]
Salam sejahtera.

Tak ape. Memandangkan hanya jawab sepatah bila ditanya, biar kita tanya banyak sikit. Lama-lama banyak patah le dia boleh jawab. kita kena bersabar kalau betul-betul nak tolong.

Satu lagi, suruh dia selalu senyum. Nampak kawan, terus senyum. Bila kita mula senyum, selain dari memberi sedekah, orang akan menyapa kita. Then, mula le jawab sepatah. Bila dah selalu disapa dan jawab sepatah, lama-lama boleh le jawab beberapa patah lagi.

Selamat mencuba.

IP : 203.106.248.99

nuralisya

11 . Dihantar pada 30hb Dis 2003 12.46:36 tghari   [Edit]
Alahai..pendiam pun susah..ramah pun susah...
ARKINA
hikhik...

SAZY
kawan ko tu kan.. kalau dia sendiri nak berubah, dia akan berubah!

gue nie pun kalau nak ikut asal pun.. pendiam gak.
ya lah... orang pekak, mana dengar apa... tu yg bisu jadinya.
tapi sendiri lawan sendiri laa...

suruh kawan ko tu join public speaking atau teater atau apa saja minat dan kegemarannya.
bercampur dengan orang-orang yg sama minat.. topik sembang pun sama. sembang MDC nie pun bagus jugak, setengah org tak gheti nak cakap, tapi cukup expert menulis atau menaip. apa saja .. luahan rasa dia bleh curah kat sini.

ko ingat senang ke kawan ko tu nak luahkan .. walau pun sepatah.. susah tau! hehe.. suruh dia jangan simpan dalam hati sangat, penuh karang ... melimpah!

ada kala terlalu pendiam sangat pun boleh jadi sebab.. penyakit jiwa. cuba bawa pada pakar psikologi. sambil-sambil tu suruh ler berdoa...

hehehe, kalau payah sangat nak praktis bercakap..
baca ayat suci al-quran..
suara mesti keluar jelas.. pahala pun dapat!

IP : 219.95.154.23

siti_lain

12 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 3.58:11 ptg   [Edit]
he he he menarik topik ni sbb siti salah seorang makhluk yang pendiam tu..siti ni jenis pendiam,tapi siti ramai gak kawan,at least siti say hai pada member2 siti kalau tak tau nak cakap apa,paling koman pun senyum jela..tapi masalah siti yang utama,siti akan jadi pendiam sependiamnya kalau takde sorang kawan rapat siti ni,selama ni siti banyak cakap pun kalau bersama dia,kalau dia takde,dull!maknanya siti perlu 'pemangkin' ...that's my problem,tapi kadang2 terkawal gakla..kalau dah takde member sgt dlm kelas,tegur jela sapa2...but point utama,orang yang pendiam ni kena cari jalan push diri dia,atau ada orang lain push dia..macam sitila siti pernah masuk kelas lakonan dan dalam perancangan utk ke teater plak,siti dilantik sbg grup leader utk grup projek,memula rasa berat gak tapi utk kebaikan siti terima...so kpd mereka yg berkaitan,usahakanlah sesuatu utk mengubah hidup...

IP : 202.190.185.52

mleo

13 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 4.18:56 ptg   [Edit]
pendiam..
ahaks.. dulu pun pendiam sesangat..
sepuluh org cakap.. satu je jawap..
pastu lebih suka mendengar dari bercakap..

sekarang ni kurang sket..
dah jadi talkative plak..
tp dgn org yg rapat je le..

beza dulu dgn sekarang..
keyakinan diri..
dulu nak ckp ngan org pun macam takut2.. cuak je..
masa bergerak, bertambah pengalaman..
keyakinan terhdp diri sendiri pun bertambah..
ckp apa nak ckp.. asalkan kena pada masa dan tmpt..

IP : 202.185.107.209

jeponsepet

14 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 5.07:38 ptg   [Edit]
dulu aku pun pendiam.aku pun tak tau kenapa berat sangat mulut aku ni nak berkata-kata.Kalau malas aku nk menjawab aku senyum je.dan aku suka menyendirikan diri aku.

tapi skang idak lagi le.mcm mleo jugak dh jadi talkative. pengalaman hidup banyak membantu aku macamana nak mengaulkan diri dgn orang lain.

* Mesej ini telah diedit oleh jeponsepet pada 31hb Dis 2003 5.08:43 ptg

IP : 219.95.164.136

KuEddy

15 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 5.49:57 ptg   [Edit]


sazy,

anda boleh, untuk permulaan, cuba ajak bercakap tentang perkara˛ yang dia suka....


(kesimpulannya, orang yang pendiam ialah orang yang kurang terdedah dengan kehidupan sekeliling)....

* Mesej ini telah diedit oleh KuEddy pada 31hb Dis 2003 5.51:06 ptg

IP : 61.6.50.74

sazy

16 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 8.20:53 mlm   [Edit]
So aku nak tanya korang semua,,korang ada tak kawan yang tersangat pendiam..Macam mana penerimaan korang terhadap orang macam ni.Korang nak tak gi jalan-jalan,keluar makan sama-sama etc dengan orang macam ni.Sebab menurut kawan aku tak ramai orang yang nak gi jalan jalan,keluar makan sama-sama dgn dia semasa zaman persekolahan dia.Mungkin dia orang boring sebab nanti takde apa yg boleh dibualkan..

Apa pendapat korang??

IP : 219.92.212.18

nuralisya

17 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 8.47:10 mlm   [Edit]
kalu gue.. ngan budak tu.

kalau dia ayik diam jer. takmo cakap. gue hulur pen ngan kertas jer..
tak pun main bahasa isyarat.
boleh saja apa-apa.. asalkan dia tak rasa segan.

atau cubit dia ker.. sampai mengadoi. mesti dia tanya naper gue buat cenggitu. pas tu buat dia marah laa...

dua-dua situasi bleh membuatkan dia bercakap ngan sendiri. hehe, kalau dengan gue laa..

kalau ngan org lain... cara lain plak!

**diam.. orang pemarah

* Mesej ini telah diedit oleh nuralisya pada 31hb Dis 2003 8.47:48 mlm

IP : 210.187.110.174

hyppo

18 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 8.57:14 mlm   [Edit]


lisya..ko nie sume ada..pemarah pun ngko...pendiam pun ngko... apa spesis ngko nie? - mcm aku gak...

sazy, mmg bagus gak pendiam nie.. LEBIH2 lagi POMPUAN! tp esok kawin takkan dia nak diam! x bahagia la jawabnya kalau dia diam alih2 dpt laki pun pendiam - mcm aku gak..tp laki nie kalau pendiam bahaya gak..silap aribulan bila dia bersuara jer siap dgn tangan kaki naik amacam???!!

aku pun pendiam.....tp bukan bisu..dan pendiam aku nie cuma kat umah jerk..dgn family jarang aku borak.. x de topik nak borak..tp kalau kat opis..aku punya suara paling lantang!

IP : 161.142.112.8

dean_tm

19 . Dihantar pada 31hb Dis 2003 9.29:44 mlm   [Edit]
Hyppo
quote:
lisya..ko nie sume ada..pemarah pun ngko...pendiam pun ngko... apa spesis ngko nie?
Spesis terancam kot..

IP : 210.186.77.98

raefon

20 . Dihantar pada 01hb Jan 2004 07.01:01 pagi   [Edit]
pndiam la best..mysterious skit...
pot pet cam nuralysa adusss...
nk tido pon payah..

IP : 62.6.139.11

Senul

21 . Dihantar pada 01hb Jan 2004 07.10:27 pagi   [Edit]
Kalau bercakap mengalahkan kawanan murai yang teramat bising baiklah kekal sebagai pendiam ... mengenai watak pendiam kawan Sazy , pada saya eloklah dia tidak bercampur dengan orang yang bukan muhrim , tetapi pada kawan - kawan perempuan sepatutnya janganlah pulaukan dia , as a start ... bila launch ajaklah si pendiam itu makan sekali ... sambil makan sambil sembang ... orang putih kata breaking the ice

IP : 210.187.204.19

bluess

22 . Dihantar pada 01hb Jan 2004 5.24:17 ptg   [Edit]


layan bluess la..baru happening...

IP : 161.142.10.149

edinamaya

23 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 4.26:30 ptg   [Edit]
..nak buat camne kalo org tu pendiam. Ok apa dari bercakap yang tak mendarangkan pekdah..

IP : 161.139.100.22

yatideen

24 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 4.32:25 ptg   [Edit]


berdiam lebih baik dari berkata-kata..
seperti kata saper tu..???
ada mata.. pandang.. ada telinga..dengar..ada mulut..diammm
akak pun pendiam gak..
sebab tak der kawan nak lawan bercakap

IP : 219.95.185.174

nuralisya

25 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 4.35:21 ptg   [Edit]
HYPPO
lisya..ko nie sume ada..pemarah pun ngko...pendiam pun ngko... apa spesis ngko nie? - mcm aku gak...
spesies apa lagi.. manusia aa..!
apa macam ko plak?!
ko lelaki
gue perempuan.. beza tu ..

DEAN
spesies terancam... adalah badak hyppo!

RAEFON
eleh, besok gue ngan hasben.. memang takkan tido punya... hehehhehe... sebab banyak aktiviti!

**umpama mimpi dalam jaga

IP : 219.95.154.23

mleo

26 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 4.39:55 ptg   [Edit]
yatideen..
betul juga..
kalau tak ada kawan nak dilayan..
terdiam juga..

IP : 202.185.107.195

cikrosess_it

27 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 4.50:03 ptg   [Edit]
cikrosess pun memang jenis pendiam gak tapi ikut keadaan la. cikrosess akan bercakap benda2 yang perlu jek, kalo cakap benda yang merapu2 lepas tu ketawa terbahak2 cikrosess anggap tu tah hapa2 tah. Tapi kalo ada bahan nak dicerita, banyaklah mulut tapi tengok friend jugak. Kalo friend sama2 jenis pendiam, asyik kita jek bercakap pun boring. Apa2 pun terpulang pada diri sendiri.

Bila difikir kebaikan atau keburukannya lebih baik jadi pendiam daripada banyak cakap tapi jangan la sampai pendiam sangat sampai kengkawan naik boring dan tak happy bila bersama2 dengan kita.

IP : 202.189.48.232

zizann

28 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 5.14:27 ptg   [Edit]
PENDIAM....

Aku setuju pendapat dr dean_tm :

"Yang kedua plak, pendiam ikut pada masa dan keadaan..
Kekadang tu org2 akan anggap yg die ni pendiam tapi kalau kite knal rapat dgn die baru kite tau yg die ni periang atau bukannye sorang yg pendiam..org jenis camni ramai member walaupun pendiam.."

ini memang karektor aku...aku rasa manusia pendiam nie banyak berfikir dari bersuara....tapi kalau kena topik yg mnarik....becok gak jadinya

IP : 202.184.24.162

kentala

29 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 5.24:34 ptg   [Edit]
aku pun pendiam gak..tapi boleh gak ramai kawan...aku pendiam kalau tak de can nak mencelah atau pun tak diberi peluang nak mencelah!
~bangga jadi insan pendiam ni...

IP : 219.95.61.62

putraselatan

30 . Dihantar pada 02hb Jan 2004 6.19:44 ptg   [Edit]
assalamualaikum w.b.t

saya pendiam..
kalau bergaul dengan orang yang banyak cakap..

tetapi..

saya banyak cakap..
kalau saya bergaul dengan orang yang pendiam..

IP : 61.6.163.20

Hantar Topik Baru | Balas Mesej | Cetak Laman Ini
Muka 1 | Muka 2 | Tunjuk Semua Mesej

 

Pendaftaran | Syarat Penggunaan | Senarai Hitam | Enjin Carian | Soalan Lazim | Hubungi Kami

 

 

Sembang2 versi 7.0c
Hakcipta Terpelihara © Kometsoft (M) Sdn Bhd / Melayu.com 1998 - 2003
" Sesiapa yang meniru tanpa kebenaran adalah orang yang sangat jahat "