Ketum Mudarat atau Ubat?

perbincangan ilmiah

Ketum Mudarat atau Ubat?

Postby NAR » Tue May 05, 2009 11:07 pm

Sekadar nak kongsi dan perbincangkan...... tentang KETUM..... (kawe cari kat sembang sini tak ada lagi bab ketum)

Mengikut dalam berita.... (berita lama yang agak dipinggirkan dah, tapi rasanya tak adil)
Menjual Daun Ketum Sama Seperti Mengedar Dadah

JITRA, 12 Jan (Bernama) -- Kerajaan telahpun menyerahkan kertas cadangan kepada Pejabat Peguam Negara bagi meminda akta agar daun ketum disenaraikan sebagai dadah berbahaya dan kesalahan menjual daun ketum ataupun airnya sama seperti mengedar dadah.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom berkata selama ini kesalahan berkaitan daun ketum diletakkan di bawah akta racun yang memperuntukkan hukuman ringan.

"Kerajaan bersedia meminda akta yang sedia ada terhadap kesalahan memiliki daun ketum daripada akta racun kepada akta dadah berbahaya," katanya semasa berucap merasmikan program Belia Benci Dadah di Kampung Keda Wang Tepus dekat sini hari ini.

Beliau berkata masyarakat kini bimbang dengan penyalahgunaan bahan yang mempunyai kesan sama dengan dadah seperti menghidu gam dan meminum air daun ketum di kalangan remaja serta belia.

Mohd Johari berkata air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

"Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah," katanya lagi.

Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.

Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.

Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

-- BERNAMA



http://jknterengganu.moh.gov.my/modules ... storyid=13

dan

http://web10.bernama.com/kpdnhep/newsBm.php?id=240924&

dan

http://adkperlis.gov.my/content/view/24/
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby abede » Tue May 05, 2009 11:20 pm

Setahu saya setakat menanam pokok ketum terutamanya ketum daun urat merah adalah tak salah..memproses daun ketum yang salah disisi undang-undang., tapi kalau setakat menanam pokok ketum tidak ada lagi peruntukan undang-undang yang boleh di ambil tindakan mahupun utk di hapuskan pokok tu...setakat yangs aya tahu ni tanam la dengan senang hati tak dak orang bleh mai marah.. :lol:
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Postby NAR » Tue May 05, 2009 11:30 pm

bagus jugak ada rum sendiri bincangkan pasal ketum ni....

tapi (siaran ulangan)
Di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952, mereka yang memiliki air dan daun ketum boleh dihukum mengikut Seksyen 30 (5) akta yang sama dengan denda tidak lebih RM10,000 atau tidak melebihi empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
tak sama ker kalau memiliki dengan tanam?
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby NAR » Tue May 05, 2009 11:32 pm

Adakah Ketum jauh lebih Bahaya dari Arak?

adakah Ketum berbeza dengan Guarana atau Koka yang ramai org import dari Amerika Selatan? yang ramai orang pakai untuk menambahkan kesihatan? atau menguatkan badan?
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby abede » Tue May 05, 2009 11:52 pm

entah la tapi apa yang saya diberitahu menanam tu tak salah la...yang salah jika proses kalau ada daun kat rumah tu pun kira duk proses jugak la kut...kalau tanam salah abis la orang yang buat projek herba yang melibatkan pokok ketum ni tapi aku tengok ok ja tak dak rush pun.
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Postby NAR » Tue May 05, 2009 11:57 pm

kawe tak tau plak ada org tanam pokok ketum.. tapi kawe memang terkilan kenapa Ketum tu jadi Haram? sedangkan kita Import pulak bahan Guarana dan KOKA tu..... lebih kurang jer....

abede, mana ada org tanam ketum tu?

p/s kawe pernah tanam pokok Poppy sebagai penyeri taman kat rumah kawe....
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby NAR » Wed May 06, 2009 1:54 am

abede wrote:entah la tapi apa yang saya diberitahu menanam tu tak salah la...yang salah jika proses kalau ada daun kat rumah tu pun kira duk proses jugak la kut...kalau tanam salah abis la orang yang buat projek herba yang melibatkan pokok ketum ni tapi aku tengok ok ja tak dak rush pun.

ada perihal dabel stended dalam perkara ni?

p/s apa nak kesahkan dabel stended.. memang dunia ini penuh dengan dabel stended kalau undang-undang manusia yang buat. Nak ikot tak per, tak nak ikot wat alasan lain.. so terpulang laaaa ishk ishk ishk... :? :?
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby loga » Thu May 07, 2009 10:26 am

minum arak melelong kat jalan raya ..dah ramai yg jd mangsa
rempuhan si mabuk....

tetiba Ketum lak di haramkan ...
Cipan tul dorang..!!

minum air ketum jd kuat ..??? baik lah tu ...
org kampung leh rajin keje ...
loga
Ahli Junior
 
Posts: 124
Joined: Fri Apr 13, 2007 2:31 pm
Location: alam nyata

Postby NAR » Thu May 07, 2009 2:14 pm

loga wrote:minum air ketum jd kuat ..??? baik lah tu ...
org kampung leh rajin keje ...

tak der lah jadi kuat, cuma mempercepatkan perdaran darah so metabolisma badan jadi baik. boleh elakkan dari terkena darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung.
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby loga » Thu May 07, 2009 3:10 pm

Menarik juga ..ada unsur2 perubatannya ..
aku dengar belah2 Utara sana ada ramai yg guna..
cuma aku sedih seketika dulu dlm rancangan TV3 ..999 kut
ada sorang makcik tua terkialKial kena tangkap sebab proses daun tu wat ayaq minum.
aku tak tau sangat benda ni ..sebab aku org selangor ...
pokok dia pun tak kenai .. akar TUBA aku kenai lah
nak racun org pun boleh... :lol:
loga
Ahli Junior
 
Posts: 124
Joined: Fri Apr 13, 2007 2:31 pm
Location: alam nyata

Postby NAR » Thu May 07, 2009 3:36 pm

Air ketum semata-mata tak menjadi mudarat, yang menjadi masalah budak budak penagih tu, minum air ketum rebus daus dengan lingkaran ubat nyamuk.... tak pasal-pasal semua kena dipersalahkan.

Dalam kajian saintis, mereka mendapati dalam Ketum tu ada sejenis mitragynine (sama dengan kafien) Memang benar benda tu tak berapa elok dalam kuantiti yang banyak... tapi dalam kuantiti yang sikit dia tak menjadi masalh, bahkan ia membantu dalam memperkuatkan metabolisma dalam badan manusia.

Kalau nak salahkan mitragynine tu, kena Guarana dibenarkan? Koka digunakan secara berleluasa dalam pembuatan COCACOLA, Rokok yang penuh dengan bahan kimia yang berbahaya tu masih dijual berleluasa? kenapa? sebab mendatangkan keuntungan?

Arak juga di jual dan di proses dengan jayanya kat 2 kilang Arak yang besar, yang menjadi mercu tanda lagik..

Tak pon haramkan sahaja Panadol ataupon semua jenis ubat batuk sebab boleh memudaratkan (kalau berlebihan)

Adanya dabel stended...!!!
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby NAR » Thu May 07, 2009 3:39 pm

Image

gambar daun ketum
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby gojira » Sat May 09, 2009 6:12 am

ni namanya, menyalahkan kegunaan yang diberikan olehNYA...

macam ler orang hidu gam tu... sampai ketagih... gam tu gunanya buat melekatkan sesuatu... tapi disalah gunakan untuk benda lain yang memudaratkan...

macam ler motor EX5.. kalau digunakan untuk pi kerja.. kan ke besar faedahnya.. bukan dok diubahsuai untuk dibuat berlumba atau dok rembat / ragut beg tangan orang...

macam daun ketum ni gak...

dan macam daun ganja... kalau kaji2.. ada benda yang boleh digunakannya selain dok buat gian...

dan macam dadah.. kalau guna ikut dos.. tak ketagih.. dan boleh jadi ubat
kalau lebih lebih.. ketagih dadah le gamaknya...
Abah Irah, Mamat dan Iskandar...
gojira
Pembantai
Pembantai
 
Posts: 2157
Joined: Mon Feb 06, 2006 9:49 am
Location: Melaka

Postby gojira » Sat May 09, 2009 6:23 am

sikit maklumat

masa kecik2 dulu.. kalau main kombat (buat senapang pakai kayu)
aku guna daun ketum ni dok licinkan senapang tu...
gojira
Pembantai
Pembantai
 
Posts: 2157
Joined: Mon Feb 06, 2006 9:49 am
Location: Melaka

Postby NAR » Sat May 09, 2009 10:09 am

Betol tu Gojira.. tapi terus wat keputusan mendadak tebang semua ketum yang dijumpai di Hutan tanpa mengambil kira implikasinya....

pastu Import buah guarana dan daun koka dari amerika selatan untuk memenuhi permintaan penggunaan yang seakan sama dengan daun ketum.
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby gojira » Sun May 10, 2009 12:15 am

itu namanya politik orang kite... kurang bijak...

yang belajar tinggi2 pun takot ngan orang politik... :?
Abah Irah, Mamat dan Iskandar...
gojira
Pembantai
Pembantai
 
Posts: 2157
Joined: Mon Feb 06, 2006 9:49 am
Location: Melaka

Postby NAR » Sun May 10, 2009 10:46 pm

Korang boleh ker nyatakan bahan 'DADAH' apa yang teruk sangat, yang boleh mennyebabkan manusia mati yang diproses dari KETUM? yang semua habis pokok ketum ditebang dan 'dipupus'kan dari tanah MALAYA ni.....

Poppy lagi banyak bahayanya.. Dari Poppy boleh dijadikan Candu, Morfin, Heroin, Kodein, tu lagi bahaya tau.. Tapi pokok Poppy orang kat Eropah buat sebagai pokok tanaman kat laman rumah lagi..... Bunga dia cantik....

:roll: :roll:
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby gojira » Tue May 12, 2009 12:44 am

ape kenyataan Pejabat Kesihatan tentang pokok betik??

dah hilang ke penyakit tu?
Abah Irah, Mamat dan Iskandar...
gojira
Pembantai
Pembantai
 
Posts: 2157
Joined: Mon Feb 06, 2006 9:49 am
Location: Melaka

Postby NAR » Tue May 12, 2009 1:15 am

gojira wrote:ape kenyataan Pejabat Kesihatan tentang pokok betik??

dah hilang ke penyakit tu?

kenapa dengan betik tu? ketagih gak ker?
nanti nak kena tebang semua pokok betik kat malaya?
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby cda82 » Tue May 12, 2009 9:28 am

kat kampung aku...
daun ketum dari zaman dulu2 lagi dah wujud..
org tua2 selalu rebus minum airnya untuk buat ubat... kalau cirit birit.. mmg bagus... menghentikan cirit birit.
dan...ada jugak penagih2 dadah... yg tak de duit nak beli dadah.. gi amik daun ni bawak balik umh. katanya utk dibuat ubat.. erm.. prosesnya tak tau la mcmmana... buat ubat atau utk hilangkan gian aku pun tatau..

tp yg paling aku tak puas hati....
dah jadi mcm satu tradisi pulak.. bila time kenduri.. pakat rebus air tu minum ramai2...mcm pesta la kot.. tp selalunya geng yg masak2 kat dapur terutamanya lelaki.
sepupu aku dari langkawi... baru je sampai diorang suh minum air tu... lepas tu pekena plak daging kambing.. hurm.. dia kata dia rasa mcm pinggan tu mcm dok menari2 je...(pening la tu)

jadi...sapa2 yg tak besa minum jgn la minum...

NAR.. aku tgk kat kampung2 tanam byk ooo.. keliling rumah... polis mana ambik tindakan pun.. tp tu bukan kampung aku la... kampung org lain.
aku tetap aku...
cda82
Ahli Veteran
 
Posts: 6473
Joined: Wed Nov 21, 2007 10:44 am
Location: northern

Postby NAR » Tue May 12, 2009 9:35 am

bebudak yg buat dadah tu campur rebusan air ni dengan lingkaran ubat nyamuk... kawe pernah beberapa kali (tempat dan situasi berbeza) merebut daun pokok ketum dengan lingkaran ubat nyamuk kaler ijau tu... tu yg menjadikan air ketum lagi bermasalah... Kalau tanya peminum biasa, derang akan cakap Tidak, sebab derang tak nampak camna nak proses... cuma pengilangnya tau... dan air yang tak ori tu kurang pahit berbanding air ori yg mmg pahit amat sangat... Derang buat dengan lingkaran ubat nyamuk tu untuk mendapatkan rasa khayal yang maksima....

kalau air biasa, minum dengan kadar biasa, mmg tak jadi masalah, tak jadi mudarat. Tak pening pon... sama jugak dengan panadol / ubat batuk kalau sikit menjadi ubat, banyak racun.....

yg kawe rasa terkilan, ketum ni dok tebang, tapi import pulak COCA (extrak pokok koka ni derang buat Kokain) dan Guarana dari Amerika Selatan, dua-dua spesis pokok tu menghasilkan resin / bahan kimia yang seakan apa yang dihasilkan oleh pokok ketum.... Itu menyebabkan pengaliran keluar duit kita..... tak elok utk pertumbuhan ekonomi zaman melarat ni....
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Postby alissa_sofea » Thu May 14, 2009 9:14 am

mak saya pernah bgtahu, daun ketum masa dulu2 dorang buat ubat kudis...cepat sembuh...org dulu mana nak gi klinik kalau sakit2...mak saya kata tak tahu pulak sekarang ni penagih pun cari daun tu...
alissa
alissa_sofea
Ahli Junior
 
Posts: 470
Joined: Wed Dec 06, 2006 8:40 am
Location: atas bumi allah

Re: Ketum Mudarat atau Ubat?

Postby NAR » Tue May 26, 2009 4:47 pm

kawe nak tunggu Kerajaan Haramkan terus ROKOK dan ARAK yang nyata dan sah sah tak ada pon khasiat dan kegunaan..... bila agaknya? nak hapuskan ARAK dan ROKOK dalam bumi Malaysia ni...... Ketum yg mmg sah sah banyak mendatangkan Kebaikan tu habis dibuang sebab ada org salah guna..... ishk ishk ishk ishk....
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Ketum Mudarat atau Ubat?

Postby debym » Wed May 27, 2009 11:01 am

Assalamualaikum, :) :) :)

alissa_sofea wrote:mak saya kata tak tahu pulak sekarang ni penagih pun cari daun tu...


Zaman dan Berubah, Dunia dah Maju. 8) Tapi kemanusiaan makin mundur huhuhuhuhu :(
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re:

Postby NAR » Wed Jun 03, 2009 7:01 am

alissa_sofea wrote:...mak saya kata tak tahu pulak sekarang ni penagih pun cari daun tu...

kalau sebab penagih cari daun tu untuk ilangkan ketagihan.. pastu sebab tu nak kena haramkan terus ketum?

penagih ni ada yang pakai gam, yang pakai petrol, pakai spray aerosol penahan sakit, pakai panadol, ubat batuk, ada jugak hidu tahi lembu sebab nak ilangkan ketagihan.... ishk ishk ishk... mana bleh nak kira perangai derang tu.... sampai kiamat pon tak akan selesai 'kreatif'nya minda derang....

Tapi arak, rokok, dijual berleluasa... banyak mudarat dari ubat... tak pernah pon dua-dua benda tu dijadikan ubat...

ketum abis kena tebang dan kalau sesiapa ada pokok ketum / simpan daun ketum / air ketum boleh didenda dan dipenjara.....

Malaysia mengimport daun KOKA dan Buah Guarana dari AMerika Selatan sedangkan semua tu boleh diganti dengan daun Ketum sebaa komposisinya seakan sama.... Jimat duit pengaliran matawang ke negara luar... Jimat duit dok bayar elaun PBT nak tebang pokok tu..... kalau komersilkan dan benar-benar pandai market, boleh export lagi ekstrak ketum.....
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun


Return to Sembang Diskusi

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron