BERPUASA TAPI TAK SOLAT

panduan dan pedoman untuk semua

BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby aki_rima » Tue Aug 25, 2009 11:10 pm

Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.

Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin;

“Jika kamu berpuasa tanpa mengerakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).

Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun perlu dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah. Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetapi tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”. Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud);

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.
aki_rima
Ahli Junior
 
Posts: 19
Joined: Fri Jan 02, 2009 10:30 pm
Location: Selangor 4ever..

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby gadisbiskut » Tue Sep 15, 2009 11:05 am

aku confius lak bila dh baca...

so, puasa aje x solat mmg x diterima yek?
sape2 yang mmg x solat better x yah pose. camtu?
gadisbiskut
Ahli Junior
 
Posts: 274
Joined: Thu May 25, 2006 10:15 am

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby angah690 » Tue Sep 15, 2009 2:22 pm

salam, tak payahlah nak pening2.. gini senanag ..kalau tak ppernah solat ..baik tak payah puasa buat lapar je....solat tu kan tiang agama!
apa yang ALLAH suruh tu kita patuh tak tahu pandu pada ALquran... ULama2 pun bukan boleh pakai sangat ...kebanyakan ulama palsu,ikut hukum yang manusia buat ..HUkum ALLAH taknak ikut...
angah690
Ahli Baru
 
Posts: 3
Joined: Tue Sep 15, 2009 2:15 am

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby gadisbiskut » Wed Sep 16, 2009 8:43 am

kebanyakkan ulama palsu? ehh..napa cakap camtu?
gadisbiskut
Ahli Junior
 
Posts: 274
Joined: Thu May 25, 2006 10:15 am

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby NAR » Wed Sep 16, 2009 10:47 am

Bila jadi Ulamak sebab dah tak ada benda lain yg boleh buat....

Bila tak bleh nak belajar benda lain.. semua tak mampu, bleh belajar dalam line agama jer... so hentam sajalah......

Bila semua ilmu tu dipakai untuk mencari isi perut dan kemewahan dunia semata-mata.......

Bila cakap tak serupa bikin.... cakap lain.. ikot semua pengetahuan dan ilmu.. tapi bikin ikot suka hati.....

dan lain lain bila....

Astaghfirullahaladzim...............
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby debym » Wed Sep 16, 2009 6:06 pm

Assalamualaikum, :) :) :)

Sedikit org tahu, org yg tak posa selalunya tak solat, (sedikit, sebab ramai yg tak solat) dan tak ramai yg tahu, disamping posa, solat pun wajib, dan, yang pastinya dan yang anehnya semua org tahu, wajib sambut raya, walaupun tak buat semua tu. :mrgreen:

p/s tak leh posa, alasan sebab gastrik, tak leh raya kalau kuih raya tak sempat siap. dan tak berapa nak leh raya sebab kencing manis, sebab terlebih makan kuih raya. .kesimpulannya tak posa sebab berpenyakit, tak leh raya sebab cari penyakit Wallahuaalam :mrgreen:
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby hakafyamim » Wed Sep 16, 2009 7:58 pm

neway slmt bertarawih kwan2. :D
hakafyamim
Ahli Baru
 
Posts: 2
Joined: Wed Sep 16, 2009 6:50 pm
Location: Kelantan

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby chakciboo » Wed Oct 14, 2009 10:40 am

adakah bersolat itu jadi salah satu syarat sah puasa?... tidak bukan?... jadi, secara lahiriahnya, orang yang tak solat sah puasanya selagi dia tidak melanggar perkara yg membatalkan puasa... bab pahala puasa itu cerita lain, bab sah puasa, ya puasa dia sah...
chakciboo
Ahli Junior
 
Posts: 302
Joined: Mon Feb 13, 2006 8:57 am
Location: negeri selatan

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby NAR » Wed Oct 14, 2009 10:47 am

Memang sah puasa, tak kena ganti...

tapi pahala? hasilnya? hmmm dah sah sah tinggalkan tiang agama, solat tak buat, camna nak dapat pahala yg lain.....
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby hakafyamim » Wed Oct 28, 2009 5:28 pm

anak2 sekarang perlu diterapkan dengan ilmu agama sejak dari kecil lagi, agar pegangan hidup terhadap islam kukuh. Bak kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya".

p/s: klo ad anak/adik, hantarlah ke sekolah agama/arab atau sekolah2 yg seangkatan dgnnya. :)
hakafyamim
Ahli Baru
 
Posts: 2
Joined: Wed Sep 16, 2009 6:50 pm
Location: Kelantan

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby usoPkuChai » Thu Oct 29, 2009 7:40 pm

angah690 wrote:salam, tak payahlah nak pening2.. gini senanag ..kalau tak ppernah solat ..baik tak payah puasa buat lapar je....solat tu kan tiang agama!
apa yang ALLAH suruh tu kita patuh tak tahu pandu pada ALquran... ULama2 pun bukan boleh pakai sangat ...kebanyakan ulama palsu,ikut hukum yang manusia buat ..HUkum ALLAH taknak ikut...


bahaya sebenarnya quote camnih.. tapi mungkin berkesan utk setengah2 individu..

bila kita kata kalo tak solat tak payah puasa.. maka ramailah org tak puasa, kerna realitinya ramai yg tinggal solat.. bila ramai yg tinggal puasa, maka dia akan rasa kurang berdosa sebab dosa solat lagi besar katanya.. kalo dah alang2 tak solat, tak puasa, tak payah laa bayar zakat, tak payah laa tutup aurat, tak payah nikah, tak payah buat pahala, sebab tak dikira semuanya sebab tak solat.. walaupun ada kebenaran di dalamnya, namun apa kesudahannya?

sama juga bila kita kata ulama takleh pakai.. aku paham bila kita maksudkan ulama tertentu, tetapi label ulama nih bahaya kalo kita kotorkan.. sama dengan label Islam itu terroris, padahal bukan semua org Islam berani mati syahid.. citra yang bernuansa Islam ini jangan kita dakyahkan.. sebab nanti akan ada org kata kalo tak Islam pun masuk syurga juga.. semuanya akan jadi hanya sekadar label..

kalau boleh kita ambil jalan tengah.. kalo susah sangat nak solat, jangan sampai tinggalkan puasa pula.. dah laa tak solat tak puasa pulak.. solat tuh hutang dgn Tuhan, puasa tuh hutang dgn fakir miskin.. atas bawah kita berhutang.. puasa jer, takpa.. tapi bila time2 puasa tuh kita tarbiyah laa pelan2.. bila perut lapar, badan tak kuat, nafsu pun lemah, kita ajak solat.. kalo dia nak terawih jer pun takpa.. kalo datang terawih psal nak makan pun takpa.. yg penting dia buat dulu..

masalahnya kita selalu berasumsi, bila org tuh Islam jer mesti tahu semua.. mesti tingkat iman sama.. sebab tuh jangan terkejut bila ada org timur tengah cemuh kita yg mengaku Islam nih tak pandai cakap arab.. dia kata takkan beragama islam tapi tak pandai cakap arab, camna kita baca Quran? bahasa arab tuh bahasa syurga.. berpeluh2 kita pusing sana sini bagi jawapan..

apalagi generasi kita nih lahir2 jer dah Islam.. jadi Islam keturunan.. tak payah laa kita salahkan ibu bapa dia pulak, sedangkan kita yang dekat dgn dia pun tak buat dakwah.. dakwah tuh wajib.. bukan dengan kafir sahaja.. amal maaruf nahi mungkar tuh dakwah.. jangan terkejut ramai melayu yg tua bangka masih tak pandai baca Quran, takkan kita nak cemuh saja padahal bila dah tau jadi tanggungjawab kita..

hidup di zaman keliru nih jangan terlalu banyak prejudis.. kita kena lebih berlapang dada.. setiap dari kita punya dosa.. tapi bukan hak kita nak hukum org berdosa, kecuali dosa dgn kita.. kita cemuh org tak solat tapi kita yg solat tonggang-tonggek nih pun belum tentu solat diterima.. maka bagaimana kita nak kata puasa org lain tak diterima..

jahil org bukan utk kita cemuh tapi petunjuk buat kita.. Tuhan tunjuk kat kita supaya kita perbaiki diri.. bukan jadikan petunjuk tuh utk merosakkan lagi hati kita dengan mencaci maki dosa org lain.. blum tentu kita yg solat nih masuk syurga lebih dulu dari org yg kita rasa lebih byk dosa dari kita.. hati2.. itu ujub namanya.. lihat keadaan org lain dan renungilah diri kita sendiri..

tapi jangan pulak bila aku cakap camnih korang tak solat pulak.. kan dah tau solat tuh tiang.. jadi bila ada sesuatu yg tak kena pada diri kita, kita kena check balik solat kita.. bila hati kita mudah dihinggap penyakit, maka tengok balik solat kita.. bila boss marah2 kita, kita check balik solat kita.. bila tak naik pangkat, check balik solat kita.. bila tak dapat bonus, check balik solat kita.. bila anak2 nakal, check balik solat kita.. bila jemaah ini longgar, maka check balik syaf kita dalam solat jemaah.. itu maksud tiang.. bila rumah bergegar kita tak check dinding atau lantai, kita check tiang.. kalo tiang kukuh, insya-Allah selamat dari gempabumi, dalam hati kita..

wallahualam..
usoPkuChai
Ahli Junior
 
Posts: 1869
Joined: Tue Feb 07, 2006 12:55 pm
Location: Isketambola

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby debym » Mon Nov 02, 2009 11:35 am

usoPkuChai wrote:hidup di zaman keliru nih jangan terlalu banyak prejudis.. kita kena lebih berlapang dada.. setiap dari kita punya dosa.. tapi bukan hak kita nak hukum org berdosa, kecuali dosa dgn kita.. kita cemuh org tak solat tapi kita yg solat tonggang-tonggek nih pun belum tentu solat diterima.. maka bagaimana kita nak kata puasa org lain tak diterima..


Assalamualaikum, :) :) :)

Berat juga persoalan ini sebenarnya antara "bersolat" dan "puasa". Hmm pada pendapat saya, persoalan antara puasa dan tidak bersolat ini wujud kerana kita membeza-bezakan antara solat dan puasa. Kita mengutamakan atau meninggikan sesuatu dan merendahkan sesuatu yg lain. Iaitu kita meletakkan 'solat' lebih utama dari 'puasa'.
Sebelum kita memegang atau menggunakan, atau berhujah dengan pendapat alim ulama mengenai perbezaan ini, kita terlebih dahulu harus kembali atau merenung semula kepada rukun ISLAM dan berpegang teguh dan yakin kepadanya. Iaitu, kita harus tahu bahawa semua kelima-lima rukun Islam itu wajib diamalkan oleh setiap umat Islam. Di sini, tidak timbul perbezaan atau keutamaan dalam kewajipan kita untuk menunaikan kelima-lima rukun tersebut. Sebagai umat Islam yg 'taklik' atau mengikut garis panduan yg telah ditentukan oleh ulama kepada kita, kita harus sedar bahawa alim ulama tidak sekali2 mengabaikan atau menafikan kelima-lima rukun tersebut wajib diamalkan. Pendapat bahawa "berpuasa tanpa solat, tidak diterima" sebenarnya bertujuan untuk mengingatkan pada yg menunaikan rukun "berpuasa" tidak meninggalkan atau mengabaikan rukun "solat" kerana disamping wajib puasa, kita juga wajib bersolat. Disini alim ulama menegaskan bahawa puasa dan solat adalah wajib seperti mana Rukun Islam yg lain. Alim ulama tidak sekali-kali hendak membezakan antara keutamaan solat dan puasa, sebaliknya hendak menegaskan kepada kita supaya ibadat solat dan ibadat berpuasa hendaklah dilakukan secara seiring, kerana kedua-duanya adalah wajib.

p/s hmm semua pendapat ulama tidak menyalahi rukun, dan sebelum berhujah menggunakan pendapat alim ulama, rujuklah dahulu kepada rukun dan asas-asas islam yg berkaitan dengannya sebelum mengutarakan hujah2. Saya takut dengan maklumat yg tidak lengkap akan menimbulkan salahfaham yg mungkin menjejaskan iman kita. Wallahualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re: BERPUASA TAPI TAK SOLAT

Postby Ndet » Thu Nov 05, 2009 11:08 pm

angah690 wrote:salam, tak payahlah nak pening2.. gini senanag ..kalau tak ppernah solat ..baik tak payah puasa buat lapar je....solat tu kan tiang agama!

Siapa yang pening? Kamu yang pening kan?

Penyelesaian kepada persoalan itu memang senang sahaja .. kalau tak pernah solat .. solat lah! Mulakan sekarang! Tak tahu solat .. belajar lah solat! Puasa .. teruskan! Puasa fardhu .. solat pun fardhu! Senang sahaja .. mana-mana amalan Agama yang fardhu .. buat .. jangan sekali-kali tak buat!

angah690 wrote:apa yang ALLAH suruh tu kita patuh tak tahu pandu pada ALquran...

Tak betul tu! Yang taqwa yang berpandukan Alquran! Yang taqwa .. tentulah yang tahu! Jika tak tahu .. macam mana dia nak taqwa? Oleh itu .. yang tahu yang berpandukan Alquran! Manakala yang tak tahu .. macam mana nak berpandukan Alquran?

Taat Allah SWT dan taat Rasulullah SAW .. taat dengan apa yang termaktub dalam Alquran .. caranya ikut kaedah Sunnah .. perinciannya dalam Hadith dan Athar .. tafsirannya disepakati secara ijmak oleh Ulama' mu'tabar!

angah690 wrote:ULama2 pun bukan boleh pakai sangat ...kebanyakan ulama palsu,ikut hukum yang manusia buat ..HUkum ALLAH taknak ikut...

Orang macam kamu yang tak boleh pakai! Cakap main sedap mulut!

Alulama' warathatul ambia' .. ulama' adalah pewaris nabi-nabi .. oleh itu kenalah pakai Ulama' .. bila mana kita ikut hukum yang diambil dari Alquran dan Hadith juga Athar sebagaimana yang sepakati dan disampaikan oleh Ulama' .. maka bermakna kita ikut hukum Allah! Jika tak nak pakai Ulama .. nak pakai apa? Tak kan lah saja-saja nak pakai akal sendiri .. fahaman sendiri .. tafsiran sendiri .. itu yang jadi songsang tu! So .. kena pakai Ulama'! Faham?

Ndet.
Ndet
Ahli Junior
 
Posts: 292
Joined: Fri Nov 16, 2007 12:00 am


Return to Sembang Agama & Cara Hidup

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron