pagar atau pendinding rumah

panduan dan pedoman untuk semua

pagar atau pendinding rumah

Postby farisha_aeman » Thu Jul 09, 2009 3:16 pm

assalammualaikum..saya nak pindah rumah..dan sebelum bawak anak-anak masuk kerumah tu saya nak buat la pagar rumah atau pendinding rumahkan.
farisha_aeman
Ahli Junior
 
Posts: 313
Joined: Wed Jan 17, 2007 10:25 am

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby hasin » Thu Jul 09, 2009 4:21 pm

tokku paloh memagari kawasannya dengan satu kalimah je, iaitu LA, maknanya TIADA. entahlah apa rahsia kalimah ini. batu yang tertulis kalimah ni sekarang ada di dalam muzium terengganu.
hasin
Ahli Junior
 
Posts: 1563
Joined: Mon Oct 01, 2007 11:35 am
Location: KTRG

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby xjukie » Thu Jul 09, 2009 6:27 pm

Petua pindah ke pejabat/umah baru
aku dpt info yg berguna ne semasa aku nk pindah umah baru.....just take a look... :wink.gif:

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;
"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;
"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.
walahualam.
xjukie
Ahli Junior
 
Posts: 47
Joined: Tue Jun 16, 2009 3:48 pm
Location: Kelate Darul Pas - KL

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby dragon_putra » Mon Jul 13, 2009 3:27 pm

elakkan diri dari lalai jer....
:lol:
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1270
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby abede » Mon Jul 13, 2009 4:07 pm

elakkan dari perkara khurafat seperti mempercayai kuasa pada tangkal, batu, kalimah dan sebagainya...semua tu makhluk semata.

Tidak ada pagar-pagar mistik ni..yang ada hanyalah kekuasaan Allah s.w.t yang mengatur setiap sesuatu.
Berdoa dan bertawakal sahaja...sekiranya dah ditetapkan bukan rezki kita ianya tetap bukan rezki kita, buat pi lah macamana pon..sekiranya ianya rezki kita akan tetap menjadi rezki kita. Mudah dan senang bukan?

rumah saya kalau orang nak masuk ikut dinding pun boleh sebab dinding dah roboh(tak caya mai tengok)..tapi alhamdulillah kekuasaan Allah taala yang masih menentukan kami selamat didlm rumah walaupun tanpa pagar mistik ataupun pagar yang tak mistik.. :mrgreen:
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby NAR » Mon Jul 13, 2009 6:45 pm

kalau daku cakap Yakin pada Allah, jangan lalai dan jangan percaya pada kurafat, sure akan cakap 'alaa benda sama jer yg org nasihat.... pandai cakap tapi tak leh nak buat' Tapi sebenarnya itulah hakikatnya... Allah yang maha berkuasa, tak ada makhluk lain yang boleh memudaratkan manusia.

Sebelum masuk rumah, Azan kat semua ruang di rumah tu,
Solat hajat sebelum menduduki rumah itu
Adakan sedikit jamuan untuk memperkenalkan diri kepada jiran setempat dan doa selamat untuk anda sekeluarga.
(cara-cara nak buat tu, solat, doa, bacaan yasin atau surah-surah lain, terpulang pada individu)

Lepas tu.....
Jangan lalai mengerjakan suruhan Agama dalam Rumah tu....
Jangan jauhkan Al-Quran dari rumah tu.... (baca tau, jangan simpan jer)
Jangan ada benda / perkara yg 'maksiat' atau syubahah dalam rumah tu....
Perbanyyakan amalan wajib dan sunat dalam rumah tu....

Adakan kehidupan yang harmoni antara semua kaum keluarga dalam rumah tu.... ceria sepanjang masa. biar 'sinar' kebahagiaan ada dalam segenap kawasan rumah,...

Last sekali - Tawakkal Pada Allah, Redha atas apa yang terjadi setelah kita berusaha selagi tidak menjerumuskan kepada perkara yang kurafat atau syubhah....
Ingat selalu.. Hanya Allah yang berkuasa untuk menentukan segalanya..... tidak ada mahluk lain, tidak ada cara lain dan tidak ada faktor lain yg boleh mempengaruhi ketentuanNya..

InsyaAllah selamat...

Wallahualam
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby dragon_putra » Tue Jul 14, 2009 11:20 am

smalam aku baru g mlawat member aku yang nak masuk umah baru juga

katanya dia buat pendinding ngan darusyifa'
katanya anak buah harun din juga...
dia guna lada hitam ngan garam...pastu tabur kat rumah tu kliling ha
tu je yang dia citer...
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1270
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby abede » Tue Jul 14, 2009 2:05 pm

NAR, aku sokong 7juta% pendapat hang. Memang payah nak jumpa dlm dunia sekarang ini manusia yang ahanya berpegang pada tali Allah semata..yang menyerah pada ketentuan Allah semata.
Syabas sekiranya anda sebahagian dari mukmin yang hanya meletakkan dan bulat-bulat bersandar pada ketentuan Allah semata..bukan pada lada hitam, batu, garam, kalimah, tangkal, alif..ba..ta dan sebagainya.

Seterusnya tawakal dan redha apa yang berlaku...dan menerima apa sahaja ketentuanNya disamping mengakui setiap sesuatu yang berlaku ada hikmah yang besar disebalik kejadian
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby debym » Tue Jul 14, 2009 2:18 pm

Assalamualaikum, :) :) :)

Selain dari pendinding, walau pun rumah tu semua sudah maklum berdinding, jgn lupa lak, buang benda2 yg malaikat tak suka masuk, spt, patung2 dan botol arak. Hidupkanlah rumah tu sekali sekala, dengan membaca Quran atau surah yassin. Pastikan rumah tu cuma ada benda2 halal jer...Sesudah ikhtiar (pendinding), keberkatan dari ALLAH pun penting gak.....Wallahualam.

p/s..kebersihan rumah zahir dan batin, tersurat dan tersirat juga penting untuk mendapat keberkatan ALLAH. Wallahualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby abede » Tue Jul 14, 2009 2:25 pm

jauhi sihir....yang kekadang orang kita pun panggil pendinding. :cry:
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby dragon_putra » Tue Jul 14, 2009 2:33 pm

kalau pakai khadam macamana plak.....
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1270
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby NAR » Tue Jul 14, 2009 4:57 pm

uiks.... abede banyak sangat.. tu.. kawe cuma menyedarkan diri kawe jer ni.. sesama kita tegur menegur diri sendiri jugak supaya tak lari topik dalam kehidupan ni.........

tapi walau apa pon caranya selagi tak menyimpang dari konsep sebenar, yang tak terkeluar dari ajaran Islam tak salah..... tapi kena laa selalu ingatkan diri sendiri.. semua perbuatan kita tu hanyalah sebagai usaha.. tapi ketentuan hanya daripada Allah...... Allah yang berkuasa atas segala apa pon........

susah nak menten rasional.. ramai yang emo jer..
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby hasin » Tue Jul 14, 2009 5:43 pm

keluarga saya amat menitik beratkan TARIKH untuk masuk rumah baru.
kalau nak masuk, kena pilih hari yang BULAN sedang naik. tak boleh ambil hari yang BULAN sedang turun.
hasin
Ahli Junior
 
Posts: 1563
Joined: Mon Oct 01, 2007 11:35 am
Location: KTRG

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby batukayu » Tue Jul 14, 2009 9:11 pm

tidak ada sial majal pada burung..
tidak ada sial majal pada bulan
tidak ada sial majal pada bintang dan matahari..
dan tidak ada sial majal pada manusia....

jauhi lah dari 7 dosa besar.....

p/s:

ini yang terlintas di fikiran ku setakat ini...
nak pindah rumah baru, maka berpindah lah dengan IMAN yang sentiasa di perbaharui...
INSYA ALLAH... selamat DONIA AKHIRAT...

tapi.. mana nak campak antara ADAT dan AGAMA ni ya...
kita kan di besar kan suasana yang lebih kepada RITUAL tanpa di teliti akan aspek ACTUAL...
jadi lah sebagai mana yang pernah/sedang dan akan terus terjadi...
selagi tak ada hajat nak memperbaharui IMAN...

IMAN tak dapat di jual beli..
dan ia tiada di tepian pantai...
IMAN tak dapat di warisi ...
dari seorang BAPA yang bertaqwa...

selagi tidak kembali pada ALLAH...

MUTIARA IMAN - RAIHAN.
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby abede » Tue Jul 14, 2009 10:58 pm

keluarga saya amat menitik beratkan TARIKH untuk masuk rumah baru.
kalau nak masuk, kena pilih hari yang BULAN sedang naik. tak boleh ambil hari yang BULAN sedang turun.


hasin, kalau pindah waktu bulan turun apa akan jadi?.... :D
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby NAR » Tue Jul 14, 2009 11:50 pm

teringat masa sekolah dulu dulu...ada masa SRP ker SPM yg ada sentuh bab Hadis - Jangan percaya pada sial majal... cam yag batu kayu cakap atas tu....

walaupon nak ikot pandangan ahli sufi ka, pandangan 'alim ulama' ka, atau pon tilikan sesiapa yang pakar dalam agama Islam sekali pon. sebaik-sebaiknya, kita kena laaa ingat - semuanya kena berserah pada Allah.........

Setiap masa kita bernafas sekai pon, setiap masa kita melangkah, ingatlah segalanya kerana Allah, berserah pada Allah setiap masa.... jangan tiba masa terkena sesuatu musibah barulah ingat pada Allah.........

p/s kawe mengingati diri sendiri jugak.. tiap masa sebut benda ni sambil ingatkan diri sendiri..... susah nak buat!!! kadang-kadang lagha jugak.......

Astaghfirullahaladzim..........
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby abede » Wed Jul 15, 2009 12:34 am

baru jumaat lepas kat masjid yang saya pergi solat jumaat khatib memberikan peringatan tentang dosa syirik yang selalu kita ambil mudah..

Bagi saya, saya tak kisah walaupun harta benda saya dicuri sipencuri asalkan saya tidak terlibat dlm dosa-dosa syirik yang diklasifikasikan oleh Allah s.w.t sebagai dosa yang tidak diampun..nauzubillah.

pendinding rumah??? berhati-hatilah kerana amalan sihir ni sememangnya telah ujud sejak dari zaman dulu lagi hata sejak sebelum utusan junjungan lagi bahkan dinyatakan melalui firman Allah sihir iani ujud sejak zaman nabi musa lagi...

Kekadang kita sering dengar orang sebut pendinding ruamh maka sesiapa yang masuk mencuri pasti tidak akaan dapat keluar,...ada juga tu sipencuri akan berenang dihalaman rumah sehingga ke pagi....

Soalan saya pada anda semua adakah amalan sebegini yang anda semua inginkan???? Adakah anda akan berasa puas dan senang hati sekiranya anda mengamalkan amalan-amalan mistik sebegini??? untuk apa? utk melindungi harta benda anda?
Adakah anda sanggup menggadaikan iman dan islam anda dan kepatuhan dlm memegang pada tali-tali Allah hanya kerana melindungi harta benda yang tak kekal mana???

nasihat sekupang saya adalah..buangkanlah....berpeganglah dan bertawakallah hanya pada Allah yang maha esa....hanya Dialah pengatur dan pentadbir alam..

wallahualam
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Re: pagar atau pendinding rumah

Postby batukayu » Wed Jul 15, 2009 7:56 pm

NAR wrote:teringat masa sekolah dulu dulu...ada masa SRP ker SPM yg ada sentuh bab Hadis - Jangan percaya pada sial majal... cam yag batu kayu cakap atas tu....

walaupon nak ikot pandangan ahli sufi ka, pandangan 'alim ulama' ka, atau pon tilikan sesiapa yang pakar dalam agama Islam sekali pon. sebaik-sebaiknya, kita kena laaa ingat - semuanya kena berserah pada Allah.........

Setiap masa kita bernafas sekai pon, setiap masa kita melangkah, ingatlah segalanya kerana Allah, berserah pada Allah setiap masa.... jangan tiba masa terkena sesuatu musibah barulah ingat pada Allah.........

p/s kawe mengingati diri sendiri jugak.. tiap masa sebut benda ni sambil ingatkan diri sendiri..... susah nak buat!!! kadang-kadang lagha jugak.......

Astaghfirullahaladzim..........


lagha tu apa NAR?
he he he.. nak kena bukak topik baru pulak ke nak agar supaya batu yang tak reti istilah milah ni boleh berkongsi faham....
cerita kan lah kepada batu2 dan kayu2 ni...
apa kah lagha yang TU AN NAR Maksud kan....

berserah diri biar sepenih nya...
serah diri kemudian ambil balik..
itu dah "buruk siku" nama nya..
kalau dah siku pun buruk.. yang lelain pun "harus" terkut nak jadi "buruk"...

WA ALLAH HU'Alam...

p/s:

mintak maaf TU AN NAR,,,
aku pun lagha......
teringat pulak lagu M.Nasir..
LARA...
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm


Return to Sembang Agama & Cara Hidup

Who is online

Users browsing this forum: Google [Bot] and 1 guest