' 786 ' ni no apa ????????

panduan dan pedoman untuk semua

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby Ndet » Tue Jul 14, 2009 12:46 am

abede wrote:ndet, seperti pertanyaan saya sebelum ni namun masih belum ada penerangan dari saudara lagi macamana mendapat nilai-nilai huruf begitu...
ie: kenapa Ba = 2, kaf = 20, raa' =200 ???

harap dpt tunjukkan sekiranya tahu

Apa khabar Abede? Maaf terlewat menjawab persoalan yang Abede kemukakan kerana ada ijtimak berlangsung untuk beberapa hari yag lepas. Dan saya bukanlah pakar dalam huruful jumal (i.e. sistem pemberian nilai ke atas huruful hijaiyah) tetapi sekedar ada sedikit maklumat mengenainya yang boleh dimanfaatkan bersama. Dulu seorang abang yang menjadi Imam surau di kampong pernah bercerita mengenainya tetapi tidaklah saya ingat keseluruhan cerita beliau melainkan sedikit sekedar cukup makan 8)

Susunan alif ba' jim dal ha' wau zai dst adalah sistem huruful hijaiyah susunan asal manakala susunan alif ba' ta' tha' jim ha kha' dst sebenarnya adalah sistem huruful hijaiyah susunan baru secara relatif. Jadinya dalam kaedah huruful jumal, 28 huruful hijaiyah itu dipecahkan kepada empat tahap menggunakan sistem huruful hijaiyah susunan asal:

Tahap satu: 9 huruf: posisi 1 hingga 9: alif ba' jim dal ha' wau zai ha' to'
Tahap dua: 9 huruf: posisi 10 hingga 18: ya' kaf lam mim nun sin 'ain fa' shod
Tahap tiga: 9 huruf: posisi 19 hingga 27: qof ra' syin ta' tha' kha' zal dhot zho'
Tahap empat: 1 huruf: posisi 28: ghin

Dalam tahap satu setiap huruf diberi nilai sama dengan posisi huruf. Maksudnya huruf alif adalah posisi 1 dan diberi nilai 1. Huruf ha' adalah posisi 5 dan diberi nilai 5. Manakala huruf to' yang berada di posisi 9 diberi nilai 9.

Dalam tahap dua nombor posisi dijumlahkan sehingga menjadi satu angka dan ditambah dengan 0 di hujung. Maksudnya huruf ya' adalah dalam posisi 10 maka nilainya adalah 1+0=1 ditambah 0 di hujung menjadi 10. Huruf nun adalah dalam posisi 14 maka nilainya adalah 1+4=5 ditambah 0 di hujung menjadi 50. Huruf shod adalah pada posisi 18 maka nilainya adalah 1+8=9 ditambah 0 di hujung menjadi 90.

Dalam tahap tiga nombor posisi dijumlahkan sehingga menjadi satu angka dan ditambah dengan 00 di hujung. Maksudnya huruf qof adalah dalam posisi 19 maka nilainya adalah 1+9=10 seterusnya 1+0=1 ditambah 00 dihujung menjadi 100. Huruf tha' adalah dalam posisi 23 maka nilainya adalah 2+3=5 ditambah 00 di hujung menjadi 500. Huruf zho' adalah pada posisi 27 maka nilainya adalah 2+7=9 ditambah 00 di hujung menjadi 900.

Dalam tahap empat nombor posisi dijumlahkan sehingga menjadi satu angka dan ditambah dengan 000 dihujungnya. Maksudnya ghin adalah dalam posisi 28 maka nilainya adalah 2+8=10 seterusnya 1+0=1 ditambah 000 dihujung menjadi 1000.

abede wrote:ie: kenapa Ba = 2, kaf = 20, raa' =200 ???

Huruf ba' berada pada tahap satu posisi 2 maka nilainya adalah 2. Huruf kaf berada pada tahap dua posisi 11 maka nilainya adalah 1+1=2 ditambah 0 di hujung menjadi 20. Huruf ra' berada pada tahap tiga posisi 20 maka nilainya adalah 2+0=2 ditambah 00 di hujung menjadi 200.

Semoga Allah SWT mengurniakan tambahan kefahaman merngenai huruful jumal ke atas kita semua melalui penjelasan di atas.

waAllahu a'lam.

Ndet.
Ndet
Ahli Junior
 
Posts: 292
Joined: Fri Nov 16, 2007 12:00 am

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby usoPkuChai » Tue Jul 14, 2009 5:03 am

abede wrote:maaf, bagi saya ilmu yang haq dlm islam ini tidak ada yang rahsia....bukanlah ilmu yang haq jika amat berahsia. Kenapa perlu berahsia? aku tak faham la...
Jika tak tahu hujung pangkal asal nilai-nilai huruf tu cakap saja la..kan mudah.
Jangan pula duk kata orang yang bertanya pula tak ada adab dan sebagainya...jika dilihat kembali rasanya tidak ada soalan yang ingin mengeji atau menguji...
Lagi sekali ..aku tak faham la hampa ni...tanya pun salah ka? paih tu mula la duk berfalsafah tak ketahwan hala..konon orang lain semua salah. apparaaaa...

aku puji tuan moshi..berterus-terang..senang.


maaf jua terlebih dahulu..
akan perkataan rahsia itu..
bukanlah tiada langsung diberitahu..
melainkan tidak terburu-buru..
selaras dgn pahaman ilmu..
supaya tidak jadi keliru..

bukan kata tak boleh tanya..
tapi adab kenalah jaga..
itu sahaja.. ;)
usoPkuChai
Ahli Junior
 
Posts: 1869
Joined: Tue Feb 07, 2006 12:55 pm
Location: Isketambola

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby batukayu » Tue Jul 14, 2009 12:55 pm

saja saja....

p/s:

786....sengaja aku............
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby yun » Wed Jul 15, 2009 2:20 am

Batuk K:

kompius sket kat sini,

" .. Lam Alif Alif Lam Ro Ha Mim Nun.. "

mmg jadik = 8
cemane leh jadik camtu lak ejaan nya?
pesal aku eja : Alif Lam Ra Ha Mim Nun jerr....
mana datang nyer... ' Lam Alif' di awal ejaan tu....?



tak kisah lah korang nak kata apa pun....
yg penting, aku dah semakin nak dapat dah nihhh....
terima kasih kerana ada pihak yg membantu...
yun
Ahli Setia
 
Posts: 3118
Joined: Thu Feb 16, 2006 12:47 pm
Location: kepong mali...

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby abede » Wed Jul 15, 2009 2:30 am

terima kasih ndet
abede
Ahli Junior
 
Posts: 2322
Joined: Mon Feb 13, 2006 3:38 pm

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby babycute_nye » Wed Jul 15, 2009 10:34 am

baby faham 786 org kata bismillah tu je..
babycute_nye
Ahli Junior
 
Posts: 2656
Joined: Mon Feb 13, 2006 9:13 am
Location: KuaLaLumpuR

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby batukayu » Wed Jul 15, 2009 7:19 pm

yun wrote:Batuk K:

kompius sket kat sini,

" .. Lam Alif Alif Lam Ro Ha Mim Nun.. "

mmg jadik = 8
cemane leh jadik camtu lak ejaan nya?
pesal aku eja : Alif Lam Ra Ha Mim Nun jerr....
mana datang nyer... ' Lam Alif' di awal ejaan tu....?



tak kisah lah korang nak kata apa pun....
yg penting, aku dah semakin nak dapat dah nihhh....
terima kasih kerana ada pihak yg membantu...


itu sipir aku pun tatau macam mana nak eksplain,
sebab setahu aku, selepas ALLAH ada lam jala lah...
lam jala lah = Lam Alif....

nak tahu lebih lanjut, bak kata "orang" ...
kena cari guru yang boleh mengajar secara "real"...
setakat sembang..lama2 kan jadi sumbang...
lepas dah sumbang mambang...macam2 boleh jadi..
kan yun?

:)
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby yun » Thu Jul 16, 2009 1:45 am

ya...ya..... aku tahu... ' Lam Jallalah.......' iaitu
Lam Alif kecil kat ataih kepala Ha...

so, kesimpulan dari 786 tu...
adalah bacaan dan kiraan huruf bismillah....

Ba sim mim Alif lam lam ha : 7
Lam alif alif lam ro ha mim nun : 8 ?(ada Lam Jallah diawal perkataan)
Alif lam ro ha ya mim : 6


Terima kasih bebanyak ler Batuk K....
aku rasa topic nih dah setel ngan sedikit penjelasan dari Batuk K tu....

Alhamdullillahhh..............
yun
Ahli Setia
 
Posts: 3118
Joined: Thu Feb 16, 2006 12:47 pm
Location: kepong mali...

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby batukayu » Thu Jul 16, 2009 8:08 am

kalau nak tau lebih lanjut...
cari aku yaa...
leh sembang lebih dari itu....

:lol:
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby Ndet » Sat Jul 18, 2009 7:58 pm

yun wrote:so, kesimpulan dari 786 tu...
adalah bacaan dan kiraan huruf bismillah....

Ta'rif 786 sudah disimpulkan dalam ayat pertama posting saya:

Ndet wrote:Lebih tepat 786 adalah simbol atau angka penunjuk kepada Basmalah tetapi ianya sendiri bukanlah ayat Basmalah sehingga mana penggunaannya tidak menyebabkan ayat Basmalah itu tercemar.

Manakala:

yun wrote:Ba sim mim Alif lam lam ha : 7
Lam alif alif lam ro ha mim nun : 8 ?(ada Lam Jallah diawal perkataan)
Alif lam ro ha ya mim : 6

Sila semak jumlah huruf dalam ayat Basmalah seperti di bawah dan diikuti dengan dua kaedah pengiraan jumlah huruf yang sah digunapakai:

Image

Kaedah Pertama: Kiraan Huruf Zahir
bismi terdiri dari 3 huruf: ba' sin mim.
Allah terdiri dari 4 huruf: alif lam lam ha'.
Arrohman terdiri dari 6 huruf: alif lam ra' ha' mim nun.
Arrohim terdiri dari 6 huruf: alif lam ra' ha' ya' mim
Jumlah huruf dalam Basmalah menurut kiraan huruf zahir = 3 + 4 + 6 + 6 = 19 huruf

Kaedah Kedua: Kiraan Huruf Dalam Kalimah Asal
bismi berasal dari gabungan huruf ba' dan kalimah ismun menjadikannya berjumlah 4 huruf: ba' alif sin mim
Allah (i.e. lafzuljalalah) berasal dari huruf alif lam ma'rifah dan kalimah ilaha menjadikannya berjumlah 5 huruf: alif lam alif lam ha'
Arrohman berasal dari gabungan huruf alim lam ma'rifah dan kalimah rohman dengan syaddah pada ra' (i.e. maksudnya huruf ra' berganda) dan alif maqshuroh di atas mim (i.e. maksudnya ada huruf alif yang ghaib dalam tulisan) menjadikannya berjumlah 8 huruf: alif lam ra' ra' ha' mim alif nun
Arrohim berasal dari gabungan huruf alif lam ma'rifah dan kalimah rohim dengan syaddah pada ra' (i.e. maksudnya huruf ra' berganda) menjadikannya 7 huruf: alif lam ra' ra' ha' ya' mim
Jumlah huruf dalam Basmalah menurut kiraan huruf dalam kalimah asal = 4 + 5 + 8 + 7 = 24 huruf

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman agama yang terus bertambah ke atas kita semua.

waAllahu a'lam.

Ndet.
Ndet
Ahli Junior
 
Posts: 292
Joined: Fri Nov 16, 2007 12:00 am

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby batukayu » Sat Jul 18, 2009 8:44 pm

had Ndet tu yang betul..
ada skema dan bahan rujuk...
had batukayu punya tu had pembohong, di reka ikut selera...
jangan percaya...
dengan boleh..
percaya jangan...

:lol:

hang faham ka yun?

:lol:
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby yun » Wed Jul 22, 2009 10:23 pm

ko nihh... batuukayu tol laahhh......
aku pon terpikir, kalu ade alif lam ataih kepala 'Ha'..
dah tentulah ' ba sin mim alif lam lam ha lam alif ' : tak jadik 7 ia akan jadik 9 pulak
payoh deme nihhh.... terima ajaran sesat aku ...!


kalu ikut kiraan NDet plak,
campur tersembunyi dan yg tersembul...
dia jadik : 787 pulak.....

adehhh tak tepaT jugakkkkk..... mana lah 786 nihhhh......
beli calculator jenih digital canon pon blom tentu selesai kira2 aku nihhh...
adehhh...
yun
Ahli Setia
 
Posts: 3118
Joined: Thu Feb 16, 2006 12:47 pm
Location: kepong mali...

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby Ndet » Wed Jul 22, 2009 11:46 pm

yun wrote:kalu ikut kiraan NDet plak,
campur tersembunyi dan yg tersembul...
dia jadik : 787 pulak.....

adehhh tak tepaT jugakkkkk..... mana lah 786 nihhhh......
beli calculator jenih digital canon pon blom tentu selesai kira2 aku nihhh...
adehhh...

Sila Yun semak semula dan fahamkan dengan betul dan teliti setiap satu postings saya yang lepas.

786 adalah jumlah nilai ke atas 19 huruf yang zahir dalam Basmalah.

Usah Yun berfikir dengan cara yang bercelaru; sekejap mencari asal usul 786; sekejap kemudian mencari jumlah huruf dalam Basmalah. Ianya 2 perkara yang berbeza walau pun ada perkaitan. Yun kena ikut tertib. Dapatkan asas yang betul baru maju ke hadapan. Jika tidak ikut tertib dan tidak ada ketentuan asas maka niscaya pola fikiran Yun akan berpusing-pusing dan berputarbelit tanpa sampai kepada apa yang dicari. Atau adakah Yun sengaja menyesatkan diri dengan berfikir menggunakan pola fikir yang bercelaru tak tentu punca dan tak tentu hala? Ini tanya sahaja, jangan marah!

Pertama Yun kena cari jumlah huruf dalam Basmalah dulu. OK. Pilih mana yang hendak dijadikan asas. Pilih 19 huruf atau pilih 24 huruf? OK. Jika pilih 19 huruf maka dapatlah jumlah nilai 786 seperti mana yang telah saya nyatakan dalam postings saya yang lepas-lepas. Jika pilih 24 huruf maka kenalah Yun jumlahkan semula satu persatu nilai setiap huruf yang terlibat.

Faham tak? Perkiraan ini bukan kronik sangat pun. Abang yang kat kampung tu yang terangkan tentang huruful hijaiyah dan huruful jumal ni semua, bukan pernah jejak kaki kat tangga University pun. Abang tu sekolah setakat Darjah 6 sahaja, kemudian masuk madrasah, itu pun mengaji madrasah bukannya sampai tamat tahun akhir! Jika abang tu boleh faham dan boleh terangkan kepada saya; tak kan lah kita ni semua susah sangat untuk memahami perkara yang sama!

waAllahu a'lam, wa 'ilmul khatam.

Ndet.
Ndet
Ahli Junior
 
Posts: 292
Joined: Fri Nov 16, 2007 12:00 am

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby NAR » Thu Jul 23, 2009 9:36 pm

Yun,......

Demo gak eh nombor tu teori jah.. buke buleh terimo pakai bebetul pon. biar laaa...........
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby batukayu » Thu Jul 23, 2009 10:14 pm

ya lah yun.. teori... bukan nya praktikal...
tak penting.. tak ada masuk dalam syarat SAH nak jadi ISLAM pun...

ABAI kan...
ada lah lebih baik hang bukak topik lain...

SYARAT WAJIB NAK JADI ISLAM...
itu lebih afdal...
aku rasa laa...

he he he.. dari nak sembang mengarut yang boleh bawak jalan sangkut...
baik sembang2 yang boleh ubah persepsi...
bukak minda..
kan?

p/s:

ni semua nak nombor2 nak tunjuk kuat..
kata kawan aku.. ini ILMU mau jadi KUAT...
KUAT yang hanya menghabis kan beras je laa ... :lol:
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby ruhani » Fri Jul 31, 2009 7:08 am

setahu saya 786 ni memang di ambil dari ayat Bismillahirrahmaanirrahiim.lupa pulak artikel dari mana,yg saya ingat memang ayat nya 19 huruf bersamaan dgn Malaikat Allah yg menjaga di akhirat 19 kesemua nya...fadhilat nya jika kita membaca Al fateha 19 kali setiap hari dan tujukan pada Malaikat yg 19 ini akan di mudahkan urusan akhirat,wallahua'lam,saya pon tak tahu kebenaran nya.... :roll:
ruhani
Ahli Junior
 
Posts: 41
Joined: Sun Jul 12, 2009 8:06 am

Re: ' 786 ' ni no apa ????????

Postby batukayu » Fri Jul 31, 2009 11:41 am

mintak maaf ya TU AN... nak mintak IZIN nak mencelah....
dengan IZIN... dapat lah batu mencelah..
tanpa IZIN... batu kayu je lah.... ontok2 ...

WA ALLAH HU'Alam....
dengan IZIN.. masuk lah syurga...
tak dapat IZIN. masuk lah NERAKA...
cam tu lah cerita...

SEKIAN...
dengan IZIN...
mintak maaf zahir batin.

WASALAM.
batukayu
Ahli Junior
 
Posts: 637
Joined: Tue Jun 16, 2009 8:09 pm

Previous

Return to Sembang Agama & Cara Hidup

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests

cron