tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

panduan dan pedoman untuk semua

tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

Postby sitisopan » Wed Apr 29, 2009 2:51 pm

salam..saya mempunyai seorang anak perempuan dari perkahwinan yg lalu, bercerai dan kini sedang mengandung setelah berkahwin baru. soalannya :

1.apa hubungan anak saya dan anak yg bakal dilahirkan?

2. jika bayi ini lelaki adakah muhrim dengan anak saya (perempuan) terdahulu?
Last edited by sitisopan on Wed Apr 29, 2009 8:34 pm, edited 1 time in total.
sitisopan
Ahli Junior
 
Posts: 80
Joined: Fri Feb 22, 2008 2:32 pm

Postby NAR » Wed Apr 29, 2009 3:44 pm

satu kandungan dari satu mak kan? dan satu susu kan? so Mahram la dalam kes puan tu...
kalau anak angkat kasik minum susu dada sampai kenyang masa budak tu berumur bawah 2 tahun pon jadi Mahram.... :)
Suami puan dengan Anak pompuan puan sekarang ni pon mahram buat masa sekarang..

kalau puan belek2 buku agama tentang aurat pon ada bab ni..
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10221
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re:

Postby moshi » Mon May 25, 2009 9:27 pm

NAR wrote:satu kandungan dari satu mak kan? dan satu susu kan? so Mahram la dalam kes puan tu...
kalau anak angkat kasik minum susu dada sampai kenyang masa budak tu berumur bawah 2 tahun pon jadi Mahram.... :)
Suami puan dengan Anak pompuan puan sekarang ni pon mahram buat masa sekarang..

kalau puan belek2 buku agama tentang aurat pon ada bab ni..


ALHAMDULILLAH.
InsyaAllah,
jawapan rengkas yang benar. WA.
moshi
Ahli Junior
 
Posts: 1567
Joined: Mon Feb 13, 2006 4:10 pm
Location: Malaysia

Re: tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

Postby harum » Tue May 26, 2009 8:04 am

en mohsi,

so maknanya si anak dahulu dengan suami baru ni tak batal air sembahyang mcm tu ke....
saya pun bingung tentang masaalah ni sebab dulu saya pernah tengok rancangan tv bersama seorang pakar ugama tu dia kata tak batal sebab dlm islam amat pratikal untuk kebahagiaan dlm rumahtangga itu sendiri so dia tidak membatalkan air sembahyang kan susah katanya kalau ada yg tak bole tersentuh...

tapi bila tanya pada orang lain dia tetap kata batal antara hubungan anak tiri dengan bapa tiri....


wallahu'alam... tolong jawab pada yang arif... sebab saya pun masih bingung...
harum
Ahli Junior
 
Posts: 32
Joined: Wed Apr 19, 2006 3:40 pm
Location: Johor Bahru

Re: tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

Postby j_hashim » Tue May 26, 2009 6:53 pm

Assalamualaikum,

Bila seorg lelaki berkahwin dgn seorang janda yang mempunyai anak perempuan drp perkahwinannya yg terdahulu atau budak perempuan yg pernah disusuinya : apabila berlaku persetubuhan dgn isterinya itu, maka anak tiri perempuannya itu menjadi haram ke atasnya sampai bila2 (haram mu'abbad). Ini berdasarkan kpd firman Allah swt :

وَرَبَائِبُكُمُ اللاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللاتِي دَخَلْتُمْ بِهِن
Maksudnya :
Anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri (Surah al-Nisa' : 23)

Maka lelaki tersebut tidak boleh berkahwin dgn anak tirinya itu sampai bila2 mcm anak kandung sendiri atau anak org lain yg pernah disusui oleh isterinya.

Begitu juga tidak batal wuduk antara bapa tiri dgn anak tiri perempuan tersebut bila berlaku sentuhan kulit antara mereka berdua sebagaimana tak batal wuduknya bila berlaku sentuhan kulit dgn anak kandungnya atau anak susunya.

Anak tiri merupakan org yg diharamkan berkahwin melalui hubungan persemendaan. Selain anak tiri, terdapat beberapa golongan lagi yg termasuk dlm kategori ini iaitu :
i- ibu mertua
ii- ibu tiri
iii- menantu

Menurut Mazhab Syafie, tidak batal wuduk menyentuh perempuan yg diharamkan berkahwin melalui hubungan nasab (darah), susuan atau persemendaan walaupun dengan bersyahwat.

والله أعلم
j_hashim
Ahli Junior
 
Posts: 20
Joined: Tue Apr 18, 2006 8:02 am
Location: kuala terengganu

Re: tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

Postby pn_wan » Fri May 29, 2009 4:35 pm

bab nie ada skit kekeliruan pada pihak saya....ada kisah yg begini kat kg saya....seorang janda yg beranak satu(anak lelaki)...berkahwin dgn seorang teruna....kemudian mengandung dan dapat seorang anak pompuan....bila dah besar si abang nie berkahwin dgn si adk yg berlainan bapa tapi satu ibu....macam mana tue...pening plak bila pikir-pikirkan..... :shock: :shock:
pn_wan
Ahli Junior
 
Posts: 257
Joined: Fri Feb 17, 2006 5:17 am

Re: tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

Postby moshi » Fri May 29, 2009 4:56 pm

pn_wan wrote:bab nie ada skit kekeliruan pada pihak saya....ada kisah yg begini kat kg saya....seorang janda yg beranak satu(anak lelaki)...berkahwin dgn seorang teruna....kemudian mengandung dan dapat seorang anak pompuan....bila dah besar si abang nie berkahwin dgn si adk yg berlainan bapa tapi satu ibu....macam mana tue...pening plak bila pikir-pikirkan..... :shock: :shock:


abang itu adalah abang kepada gadis itu 'sepusat sepusing' dari 'rahim' yang satu !!! lagi 'menetek' dari 'tetek' yang sama !!!

inikah yang sdr pn_wan dan sdr harum maksudkan ?
rasanya j_hashim telah jawabkan melalui 'nasab susuan'.
WA.
InsyaAllah.
moshi
Ahli Junior
 
Posts: 1567
Joined: Mon Feb 13, 2006 4:10 pm
Location: Malaysia

Re: tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

Postby norha » Fri Jun 05, 2009 1:30 pm

pn_wan wrote:bab nie ada skit kekeliruan pada pihak saya....ada kisah yg begini kat kg saya....seorang janda yg beranak satu(anak lelaki)...berkahwin dgn seorang teruna....kemudian mengandung dan dapat seorang anak pompuan....bila dah besar si abang nie berkahwin dgn si adk yg berlainan bapa tapi satu ibu....macam mana tue...pening plak bila pikir-pikirkan..... :shock: :shock:


Macam mana boleh jadi macam tu..... Adik-beradik seibu tu... tak sah pun nikah. Kadi yang menikahkan mereka tak tau ke adik-beradik seibu? pn_wan sepatutnya kena lapor pada Jabatan Agama Islam.
norha
Ahli Junior
 
Posts: 24
Joined: Wed Apr 12, 2006 5:04 pm
Location: Kuala Lumpur

Re: tiri-kandung-muhrim..tolong bantu

Postby norha » Fri Jun 05, 2009 2:00 pm

Sitisopan,

Jawapan yang diberi oleh j_hashim memang betul mahram sampai bila-bila bukan untuk masa sekarang sahaja sebab dah berlaku persetubuhan puan dengan suami baru.
norha
Ahli Junior
 
Posts: 24
Joined: Wed Apr 12, 2006 5:04 pm
Location: Kuala Lumpur


Return to Sembang Agama & Cara Hidup

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests