mengingati mati

panduan dan pedoman untuk semua

mengingati mati

Postby doraemon » Fri Feb 27, 2009 4:27 pm

aku kadang2 time ada masalah teruk smpi tension tahap gila dengan pelbagai kerenah manusia n kerja.... kadang2 terpikir rasa kalau aku mati habissla problem aku..

aku tau, kita memang digalakkan memikirkan ttg kematian.. mati mati mati.. itu la yang ada dlm pikiran aku lani...kerja tetap aku buat, tapi kematian jugak yg aku pikir... tapi takla sampai tepikir nak bunuh diri... tapi kan,, kdg2 setan sempat gak kacau aku,, "drive la laju2 smpai eksiden....mati"... astaghfirullah al'azim...

takpe ke cara aku berfikir ttg kmmatian? cara pemikiran yg mcm mana digalakkan, dan cara pikiran mcmana yg diharamkan???

solat n alquran salah satu usaha mengurangkan beban masalah, tapi disebebkan tembok keimanan yg amat nipis dan dah belubang2,, syaitan kadangkala datang menghasut...

problem mesti dihadapi, hidup mesti diteruskan jika diizinkan allah..

YA ALLAH BANTULAH HAMBA-MU INI DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP....... BERIKAN AKU KEKUATAN....
doraemon
Ahli Junior
 
Posts: 183
Joined: Wed May 24, 2006 1:34 pm

Postby debym » Fri Feb 27, 2009 7:44 pm

Assalamualaikum, :) :) :)

Sabar adalah sebahagian dari Iman. Mengingati mati bukan bermakna kita kecewa dengan hidup, dan bukan hendak mati...ttp ingat bahwa kita di dunia ini hanya pengembara, sekejap jer singgah kat dunia ni..kemudian kita akan jumpa dengan Tuhan selepas kita mati nanti. Kalau tak mati camner nak jumpa Tuhan. Salah satu tanda mengingati mati ialah seseorang tidak boleh mengambilnya (dunia) kecuali sekadar sbg bekal untuk sampai ke akhirat, dan tidak boleh kecewa dengan ketentuan Illahi terhadap kita. Dan ingat mati ialah pintu ke akhirat. Dan ingat disana nanti segala amalan baik dan buruk kita akan diadili oleh Tuhan, iaitu di hari Pengadilan. Kalau tak caya kita tak jumpa dengan ALLAH dan diadili iaitu hari Akhirat, maka kita tidak mengingati mati. Mungkin tergugur iman. Percaya kepada hari Akhirat. Wallahualam

p/s Kematian sesuatu yg mengerikan, namun seperti kata Saidina Abu Bakar, kata percaya pada mati dan hari akhirat, tetapi hidup seolah2 langsung tidak percaya akan akhirat. Samalah saya.... :oops:
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Postby hasin » Sat Feb 28, 2009 10:14 am

Apa kata Saidina Abu Bakar? tak fahamlah...
Allahumma Solli Wa Sallim 'Ala Saidina Muhammadin Kama La Nihayata li Kamalika 'Adadi Kamalihi
hasin
Ahli Junior
 
Posts: 1563
Joined: Mon Oct 01, 2007 11:35 am
Location: KTRG

Postby debym » Mon Mar 02, 2009 10:39 am

Assalamualaikum, :) :) :)

Hmm, percaya pada akhirat, bermaksud percaya pada Hari Pengadilan ALLAH, dimana amalan yg baik dibalas syurga dan amalan yg jahat dibalas neraka. Walaupun dia percaya bila dia buat dosa dia masuk neraka, tetapi dia buat juga. Walaupun dia percaya pada hari akhirat ttp amalan dia tidak mencerminkan bahwa dia seorang yg beriman atau percaya kpd Hari Akhirat. Kalau betul dia tau seksaan neraka sangat dahsyat, tentu dia tak sanggup buat. Tepuk dada tanya iman

Contoh yg paling senang..dia tau jika dia mencuri dia masuk penjara..tapi kenapa walaupun dia tau dia tetap mencuri. Pelik tetapi benar :lol:

p/s saya pun sama gak.... :oops:
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Postby doraemon » Thu Mar 05, 2009 10:41 pm

debim,,
aku pun camtu.. tau beza baik n buruk, dosa dan pahala.. tapi dengan iman yg x sekuat mana, benteng iman pun dah terobek belubang sana sini, senang2 la nafsu n setan menggoda..

Sabar adalah sebahagian dari Iman. Mengingati mati bukan bermakna kita kecewa dengan hidup, dan bukan hendak mati..


aku pun mcm tu kdg2 terpikir dengan bantuan hasutan syaitan: kalu mati tamatla masalah aku , baik aku mati daripada hidup yg bergelumang masalah, ...

tapi,, hishh ngeri betul bisikan syaitan nih.. terpikir balik dgn hidayah allah, kalau aku mati macm ni, btambah la dosa aku yg mmg dh bertimbun2 dosa.. x dan baetaubat la kalu mati muda ni.. sabar n redha la dgn ujian allah.. pd masa sama bertaubat n minta allah kuatkan hati, fizikal mental..

bak kata lagu herman tino: mati adalah pasti, hidup insyaallah..
doraemon
Ahli Junior
 
Posts: 183
Joined: Wed May 24, 2006 1:34 pm

Postby jibam78 » Tue Mar 10, 2009 1:02 am

sabar incik doraemon... banyakkan beristighfar... apa jua masalah di dunia ni ada penyelesaian dia, Insyaallah... jgn kita fikir bila mati selesai masalah... masalah kat dunia ni sementara je... perjalanan satu lagi yang tak mati-mati tu camner...

Alhamdulillah incik doraemon mengingati mati... akan tetapi biarlah dengan konsep yang betul... jgn le sampai pikir nak bunuh diri...

bila mengingati mati.. sekaligus ingat juga akan siksa kubur... ingatkan juga akan akhirat... ingatkan juga akan balasan syurga dan neraka...

semua itu pasti mendatangi setiap kita incik doraemon... apa sangatlah masalah atas dunia ni incik doraemon...

banyakkan berzikir... rajin-rajin le beribadat... itu semua sumber ketenangan jiwa... bila kita berlapang dada.. Insyaallah akan nampak le jalan penyelesaian untuk segala masalah...
-JanTAn TerMaCHo Di ABad iNI-
jibam78
Ahli Veteran
 
Posts: 6278
Joined: Wed Dec 26, 2007 2:53 am

Postby debym » Tue Mar 10, 2009 7:30 am

Assalamualaikum, :) :) :)

Debym tujukan lagu ni khas buat teman2 semua terutamanya yg selalu terkantoi buat dosa :lol: . Ustaz cakap takpa buat dosa kalau menyesal dan sedih dan selalu ikuti dengan taubat :wink: , tapi jgn sesekali rasa suka dan bangga bila berbuat dosa :evil: . Itu tandanya hati dah jauh dari Tuhan :( . sob sob sob

Mengemis Kasih ~ The Zikr

Tuhan, dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan, dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan, walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau datang padaku


p/s alamak picing debym lari la..hehehehe :oops:
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Postby Amadrizal » Wed Mar 11, 2009 1:14 pm

Assalammualaikum.... :D

bkn tu yg patut d takuti ....
tapi bila masa nafas blalu pergi...cuba bayangkan..betapa sakitnya nnt....

wallahu..... :twisted: :twisted: :twisted:
Amadrizal
Ahli Junior
 
Posts: 42
Joined: Sat Sep 08, 2007 4:22 pm
Location: Johor

Postby dragon_putra » Thu Mar 12, 2009 3:33 pm

tak perlu takut pada mati

sebaliknya sentiasa bersiap sedia bila mati datang menjeguk...hehehh
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1271
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Postby debym » Fri Mar 20, 2009 8:12 am

Assalamualaikum, :) :) :)

Saturday, March 8, 2008
Bila malaikat mencabut nyawa

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang berimanitu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar r.a :"Roh itu menuju ketujuh tempat :- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :- 1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Posted by Asiah Yusra Mustaqhim Al - Qordhowi at 12:48 AM


p/s Ya ALLAH matikanlah aku dalam HUSNUL KHATIMAH..Amiin. :(
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Postby Amadrizal » Tue Mar 24, 2009 3:38 pm

Salam.....

> Sorong papan tarik papan....
> buah keranji dlm perahu......
> Hanya di terima krn keikhlasan....
> dgn rahsia lafaz allahu.....

> Aku bjanji bsumpah setia..
> kekadang terlupa krn rahmatmu...
> hakikat muhammad ttp setia...
> hanyalah aku kekal dgnmu.....

* nyawa meninggalkan badan
* roh meninggalkan jasad...

> Betapa sakit dan pedihnya perpisahan itu.....

> wallahualam.....
:roll:
Amadrizal
Ahli Junior
 
Posts: 42
Joined: Sat Sep 08, 2007 4:22 pm
Location: Johor

Postby sacred angel » Sun Mar 29, 2009 5:23 pm

mati memang satu kepastian,mati akan menjelma tanpa pemberitahuan tapi di sebalik mati ada kehidupan yang kehidupan itu sangat berbeza dengan kehidupan dunia sekarang ini.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan matiâ€
sacred angel
Ahli Junior
 
Posts: 1124
Joined: Mon Feb 13, 2006 10:42 am

Postby dragon_putra » Mon Mar 30, 2009 9:23 pm

ahli sufi tidak pernah tunggu mati, sebaliknya ia telah mati...
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1271
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Postby debym » Tue Mar 31, 2009 7:52 am

Assalamualaikum, :) :) :)

doraemon wrote:aku kadang2 time ada masalah teruk smpi tension tahap gila dengan pelbagai kerenah manusia n kerja.... kadang2 terpikir rasa kalau aku mati habissla problem aku..


hehehe :twisted: . saya tak nafikan, kematian memang lah menghabiskan masalah, tapi masalah dunia je la, masalah hakiki, iaitu amalan baik dan buruk kita yg akan dikira esok, itulah masalah..., kalau banyak dosa ke neraka atau kalau banyak pahala ke syurga.

Mati memang boleh menyelesaikan masalah 'duniawi'. Tetap kita sebagai muslim tidak boleh memilih mati sebagai penyelesaian, kerana masalah itulah 'ujian ALLAH' buat kita. Ingin saya berbicara satu perspektif yg agak berlainan sedikit. Memang benar kita tidak boleh memilih untuk mati, tetapi kita boleh menyelesaikan masalah dengan konsep 'mati'/ kematian.

Cuba fikirkan, selagi kita hidup, selagi itulah harapan untuk penyelesaian ada, jika tidak ada penyelesaian maka InsyaALLAH, Tuhan akan mematikan kita. Berpantang maut sebelum ajal. Dari sini, apabila menghadapi masalah, bertenanglah seketika, dan beristighfar dan berselawat, jgn tensen2 dan takut2, ingat jika kita ditakdirkan untuk hidup lagi, InsyaALLAH tuhan akan turun pertolongan dan penyelesaian, jika tidak pun jgn risau, mungkin kita akan 'dijemput'. Maka tak perlulah risau sangat. :lol:

dan satu lagi lihatlah dunia, segala permasalahan duniawi akan selesai apabila kita mati, mudahkan. :wink: . Tetapi masalah ukhrawi, tidak akan selesai selepas kita mati, kerana 'PENGADILAN ALLAH' akan tiba, dimana ALLAH akan kira satu persatu, seteliti-telitinya, hatta dosa atau pahala seberat biji sawi pun ALLAH akan adili. Sebab itulah kita sebagai org2 yg beriman harus mengutamakan kehidupan ukhrawi dari kehidupan duniawi dengan berwasadtiah, iaitu 'jalan tengah' mengimbangi 'duniawi' dan 'ukhrawi'. Bukan 50-50 atau sama berat, tapi berpatutan.

Hmm, bila menghadapi masalah atau tekanan, selain berikhtiar, kita kena belajar untuk bersabar. Bersabar dengan mengingati ALLAH itu Maha Adil, Maha Pemaaf, dan Maha Penyayang, dan sentiasa sudi memberi pertolongan kepada hambaNya (walaupun kita sering tidak mengaku Hamba kepadaNya :lol: ), dan ALLAH sentiasa sudi mendengar DOA dan rintihan kita. InsyaALLAH, tuhan akan meringankan beban kita.
:)
Menangislah semasa merintih di depan ALLAH selepas solat, atau berdoa. InsyaALLAH, tenang sedikit. Wallahualam.

...dan kekadang 'mati' dapat menamatkan nikmat dunia :roll: . (Pilihlah nikmat dunia atau syurga.)

p/s tapi saya sering hilang sabar :( :oops: , susah nyer nak bersabar lebih2 lagi kalau tak bersandar kepada ALLAH. Wallahualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Postby Amadrizal » Tue Mar 31, 2009 12:27 pm

Salam............

> Wahai rakan semua.....
> Hamba nak bertanya..........
> Setelah kita meninggal dunia.....siapa yg kita nak ikut ?????
> Nak ikut nabi..hamba x kenal....nak ikut bunian...x penah jmp......
> Tolonglah hamba beri jawapannya...........

wsalam..................
:roll:
Amadrizal
Ahli Junior
 
Posts: 42
Joined: Sat Sep 08, 2007 4:22 pm
Location: Johor

Postby debym » Sat May 16, 2009 3:05 pm

Assalamualaikum, :) :) :)

hmm...alamak takder org jawab la..takpe saya nak berkongsi sedikit idea supaya org lain dapat ilham nak bagi jawapan yg lebih tepat dari saya. :wink:

Persoalan ini perlu diubah kenyataannya kerana mcm tak berapa sesuai jer :roll: (tak berapa sesuai atau aku yg tak tau nak jawab hehehe :oops: )

Selepas kita meninggal , kita tidak boleh mengikuti sesiapa lagi, malah pada ketika itu si arwah tidak boleh dan tidak berhak membuat keputusan lagi. Masanya sudah tamat. Pernah diceritakan di dalam Quran, dimana penghuni neraka berdoa, merayu untuk dihidupkan semula, tetapi ALLAH tidak mengendahkannya. Peluang untuk hidup cuma sekali. Sedarlah tidak ada istilah 'U turn' dalam kamus ALLAH.

Kita tidak mengikut, tetapi kita yg akan diletakkan ditempat yg adil buat kita oleh ALLAH dengan sifatnya yg Maha Adil dan Teliti. Yang baik akan berada dalam kelompok baik, dan yg buruk akan berada dalam kelompok yg buruk. Semuanya bergantung kepada keputusan kita nak ikut siapa(?) semasa kita hidup di dunia. Lagipun setiap pengikut(?) di dunia akan dikenali oleh ALLAH dan Rasulullah s.a.w dan diletakkan di bawah panji tertentu di Padang Mashyar nanti. dan pengikut Rasulullah s.a.w akan mendapat syafaat semasa ditimbang di neraca AL MIZAN. Semua manusia yg ada kad keahlian pengikut Rasulullah s.a.w atau UMAT RASULULLAH S.A.W akan mendapat hak eksklusif di sana nanti. Dan untuk pengetahuan semua, tarikh tamat untuk permohonan kad tersebut hanya semasa hidup di dunia sahaja. Selepas itu semua bergantung kepada diri sendiri sahaja, takder lagi pertolongan dari mak bapa, adik beradik, Big Brothers, Setan2 yg disembah atau sesiapa sahaja..you are on your own :lol:

Hmm pada pendapat saya jgn persoalkan siapa yg kita hendak ikut nanti di alam barzakh atau akhirat nanti, tetapi sapa yg kita SANGGUP nak ikut pada masa ini, AGAMA atau DUNIA. Dua pilihan sahaja, mudahkan? Kenapa mudah? Sebab kita sudah tahu dimana akhirnya atau kesudahannya bagi setiap plihan itu. "Sudah Gaharu, Cendana pula, Sudah Tahu, Bertanya Pula". Siang lagi hendak bersuluh. :lol:

Mungkin sebab itu, Tuhan tak endahkan rayuan para AHLI NERAKA. Wallahualam.

p/s hmm saya pun tengah pohon ni :oops: , tapi permohonan saya banyak tak lengkap ler... :( :( :( .
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Gi la mati kalau nak sgt...

Postby MRSK » Sat May 16, 2009 4:28 pm

xdok mood nok taip...copy paste je la...

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
"Bertuah jadi manusia"
MRSK
Ahli Junior
 
Posts: 55
Joined: Tue Mar 04, 2008 3:00 pm
Location: Mesej : 88000

Postby dragon_putra » Tue May 19, 2009 8:37 am

Amadrizal wrote:Salam............

> Wahai rakan semua.....
> Hamba nak bertanya..........
> Setelah kita meninggal dunia.....siapa yg kita nak ikut ?????
> Nak ikut nabi..hamba x kenal....nak ikut bunian...x penah jmp......
> Tolonglah hamba beri jawapannya...........

wsalam..................
:roll:


bila dah arwah iaitu dah jadi roh...dah jadi urusan tuhan
bargantung pada amalan ko masa idup
jika masa idup asyik duk muja bunian.....ikut bunian ler agaknya....
begitu ler sebaliknya.....

hurm.....
dragon_putra
Ahli Junior
 
Posts: 1271
Joined: Fri Apr 28, 2006 2:53 pm
Location: Putrajaya,Paka,Besut

Re: mengingati mati

Postby A.Q.I » Mon Jun 01, 2009 11:38 am

aku teringat masa arwah ayah aku nk meninggal dunia....kakinya sejuk-sesejuk salji padahal kt hospital tu panas yg amat....skang ni aku ble nampak bagaimana aku mati kelak...alfatihah pada ayahanda ku.....
A.Q.I
Ahli Junior
 
Posts: 121
Joined: Thu Feb 16, 2006 8:59 am
Location: MELAKA

Re: mengingati mati

Postby moshi » Mon Jun 01, 2009 1:25 pm

doraemon wrote:aku kadang2 time ada masalah teruk smpi tension tahap gila dengan pelbagai kerenah manusia n kerja.... kadang2 terpikir rasa kalau aku mati habissla problem aku..

aku tau, kita memang digalakkan memikirkan ttg kematian.. mati mati mati.. itu la yang ada dlm pikiran aku lani...kerja tetap aku buat, tapi kematian jugak yg aku pikir... tapi takla sampai tepikir nak bunuh diri... tapi kan,, kdg2 setan sempat gak kacau aku,, "drive la laju2 smpai eksiden....mati"... astaghfirullah al'azim...

takpe ke cara aku berfikir ttg kmmatian? cara pemikiran yg mcm mana digalakkan, dan cara pikiran mcmana yg diharamkan???

solat n alquran salah satu usaha mengurangkan beban masalah, tapi disebebkan tembok keimanan yg amat nipis dan dah belubang2,, syaitan kadangkala datang menghasut...

problem mesti dihadapi, hidup mesti diteruskan jika diizinkan allah..

YA ALLAH BANTULAH HAMBA-MU INI DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP....... BERIKAN AKU KEKUATAN....


REZKI yang bermaksud apa yang kita makan-minum dan yang kita pakai ( pakaian - rumah & keperluan lain )
JODOH yang bermaksud ketetapan siapa kah suami-isteri dan pertemuan-pertemuan selain itu
MAUT yang bermaksud kedatangan 'ajal' kita;
adalah TIGA perkara yang jangan sangat-sangat difikirkan,
kerana KETIGA-TIGA perkara berkenaan menurut maksud Sunnah SAW, kita akan digulungkan dikalangan 'orang yang bodoh' apabila bermati-matian memikirkan sesuatu yang memang telah ditetapkan 'qada' dan qadarnya oleh Allah SWT.
Apa yang dikehendaki ialah kita harus mengikuti perintahNya menjalankan amanah setiap pekerjaan dalam tiga perkara berkenaan mengikuti apa yang Baginda SAW tunjukan kepada Para Sahabat RA lalu kita ikuti. Tegasnya : setiap pekerjaan kearah mendapatkan tiga perkara berkenaan perlulah kepada yang dihalalkanNya. Hasil daripada pekerjaan (amalan) yang halal itu, terserah kepada Allah SWT menetapkan.

MANAKALA amalan 'INGAT AKAN MAUT' itu adalah suatu yang baik dan benar,
kerana ingat tentang kejadian 'alam kubur' yang pasti dilalui oleh setiap yang bernyawa (manusia) adalah bergantung apakah amalan ketika masih hidup bagi Muslim, adalah janji Allah SWT yang 'benar', itulah keyakinan individu Muslim Mukmin.
Mudah-mudahan apabila kita tahu sebagai Muslim Mukmin tentang 'nekmat dan/atau azab kubur', maka ia akan menjadikan diri kita lebih berhati-hati dalam 'taat yang benar' menjalani kehidupan seorang Muslim ke arah Mukmin sebenar.
Sebaliknya;
HARUS, TIDAKLAH ada kesan apa-apa kepada manusia sekadar mengakui Islam agamanya tanpa 'mengimani imanNya' dalam hal tidak yakin tentang perkara-perkara yang akan berlaku dalam alam HIIDUP SETELAH MATI, ia sekadar hidup sebagaimana kepercayaan orang menyukai 'ATHIES' dan sewaktu dengannya. WA.

ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
moshi
Ahli Junior
 
Posts: 1567
Joined: Mon Feb 13, 2006 4:10 pm
Location: Malaysia

Re: mengingati mati

Postby debym » Mon Jun 15, 2009 10:35 am

Assalamualaikum, :) :) :)

hmm, bila difikirkan balik, keputusan untuk mati kerana tekanan hidup atau kesengsaraan hidup ini agak mengerikan juga. Saya percaya kita perlu lakukan sesuatu yg serius atau sesuatu yg besar di dalam hidup kita. Cara kita berfkir, menilai, menghargai kehidupan perlu dikaji dan dinilai semula, tepat atau tidak tepat. Kerana kematian juga merupakan satu opsyen yg agak baik juga, terutamanya bagi yg kurang imannya. Nauzubillah....
Kita sering digemparkan dengan kematian para pemuda dan pemudi yg sanggup membunuh diri kerana putus cinta dan sebagainya. Dimanakah nilai kehidupan mereka? Apakah nilai 'nyawa' mereka.
Sering juga kita terdengar, pesakit2 yg sudah tidak mempunyai harapan untuk sembuh, dan terpaksa menangung kesakitan sehingga ke akhir hayat, berjuang habis2an untuk meneruskan hidup, walaupun pesakit2 ini sedar mereka sudah dijatuhkan 'hukuman mati'. Dari mana semangat ini datang? Malah ada yg memperoleh semangat luar biasa sehingggakan penyakit tersebut sembuh atau hilang sama sekali. Walaupun bilangan yg sembuh dikalangan mereka sangat sedikit, tetapi semangat 'survival' mereka perlu dipuji.
Malah golongan kanak2 istimewa pun, tetap bersemangat untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan mereka sedemikan rupa. Walaupun sesetengah dari mereka terpaksa bergantung hidup sepenuhnya atas bantuan org lain. Dimanakah silapnya sehingga ada sesetengah manusia sanggup memilih unyk mati.
'Berpantang maut sebelum ajal' itu adalah salah satu prinsip hidup yg patut diamalkan. Selain dari pengisian rohani, sokongan org terdekat atau keluarga juga sangat penting.

p/s Hmm tetapi kalau kadang2 niat nak 'mati' terlintas di hati tu biasa la bila tension (saya pun selalu :oops: )tetapi kalau selalu ...itu baru 'masalah'. Wallahualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping


Return to Sembang Agama & Cara Hidup

Who is online

Users browsing this forum: Bing [Bot] and 2 guests