Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

perbincangan ilmiah

Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby ARANI » Mon Apr 12, 2010 11:23 pm

Saya adalah seorang ibu kepada seorang anak cemerlang yang mendapat 9A dalam PMR, namun takdir menentukan beliau tidak mendapat tempat ke MRSM dan juga SBP (sekolah berasrama penuh)..Rayuan juga telah dibuat namun tetap gagal..Sebagai ibu saya kasihan melihat kekecewaan beliau setelah bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan bagi membolehkan beliau masuk ke MRSM..tetapi bagaikan sia-sia sahaja.....

Sekarang beliau tidak kemana-mana, masih bersekolah di sekolah lama beliau.Namun saya tetap memberi kata-kata perangsang agar beliau terus berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan SPM nanti..Kelihatannya beliau sudah tidak bersemangat seperti dahulu..keputusan peperiksaan beliau sekarang jatuh menjunam. Saya kehilangan kata-kata untuk menyuntik kembali semangat beliau namun saya sentiasa berdoa agar beliau kembali seperti dulu.

Saya pernah menawarkan agar beliau masuk ke sekolah-sekolah cemerlang di sekitar Kuala Lumpur dan tinggal di asrama namun beliau menolak dengan alasan tidak berminat..Saya buntu memikirkan..mana mugkin boleh merayu terus ke MRSM kerana pengambilan pelajarnya telah pun ditetapkan. Mohon pandangan/cadangan saudara/saudari yang pernah mengalami situasi ini.. :cry:
ARANI
Ahli Baru
 
Posts: 5
Joined: Mon Apr 12, 2010 5:05 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby ina_azs » Tue Apr 13, 2010 1:12 pm

saya merupakan bekas pelajar MRSM dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di sebuah IPTA di Penang. bagi pendapat saya MRSM bukan lah segala-galanya. memang betul, banyak kelebihan yang diberikan kepada pelajar MRSM seperti peluang belajar ke luar negara, masuk Universiti secara express dll...tapi, tak bermakna bila tak dapat masuk, segala2nya tamat.

Saya sangat gembira bila ditawarkan ke MRSM,tapi saya sangat sedih bila saya berada pada tahun pertama degree saya. Selepas SPM saya ditawarkan Ijazah Sarjana muda Kejuruteraan Elektrik di Johor. sedangkan cita cita saya adalah doktor. saya ketika itu tidak dapat melupakan cita2 saya sehingga hampir keciciran. saya tertinggal jauh dengan pelajar2 yang datang dari Sekolah Men Teknik (yang sebelum ini saya rasakan tak setanding dengan MRSM :oops: -sungguh cetek pemikiran saya ketika itu!)...hanya selepas saya sedar saya makin tercicir, barulah saya dapat terima kenyataan yang saya harus ambil apa sahaja peluang di depan mata.

puan, apa yang saya nak katakan ialah, puan tanyakan kepada anak puan, apakah cita2nya..apakah minatnya? Jika Engineer..puan perlu masukkan anak puan ke Sek Men Teknik. Sekarang banyak sek teknik yang untuk pelajar cemerlang. ini kerana asas untuk ke bidang kejuruteraan dan teknikal banyak ditekankan di sek men teknik.

jika bidang kedoktoran, bolehlah masuk Sek Men Sains dan juga Kolej Yayasan Saad (melaka kalu tak silap)
Sekolah harian biasa pun tidak ada masalahnya. sekolah sama sahaja. tapi jika dia mula tunjukkan kemerosotan, puan perlu segera cari jalan untuk dia sedar semula kesilapannya (hilang semangat). kalau perlu sangat tukar sekolah, carilah yang sesuai dengan minatnya.

bagi saya PMR bukanlah penamat, tapi pemula untuk kita masuk ke bidang yang diminati. Kalaulah boleh diundur masa, saya ingin masuk ke sekolah teknik.

MRSM terbaik, namun tak sesuai dengan jiwa saya. ketika itu saya tidak mampu bersaing dengan kawan2 saya dalam banyak segi. saya tidak dapat mewakili MRSM dalam apa2 bidang sekalipun kerana kawan2 saya seramai 300 orang itu (baru tingkatan 4 sahaja) semuanya terbaik dari seluruh malaysia. saya berasa sedih kerana situasi tersebut berbeza dengan sek lama saya yang mana saya adalah harapan sek. memang saya down sangat ketika itu. jadi akhirnya saya just belajar untuk masuk U. nasib baik jugalah akhirnya dengan susah payahnya saya disini sebagai pensyarah.

ketika itu juga ada juga kawan2 saya yang tidak tahan dengan tekanan yang saya sebutkan diatas mengambil keputusan utk kembali ke sek lama.puan, ceritakanlah kisah saya ini pada anak puan. ada hikmahnya Allah tak beri dia tempat di MRSM ketika ini.Allah lebih tahu dari kita. cuma jangan berputus asa dari rahmatnya.

sebagai pensyarah teknikal, saya melihat bahawa kebolehpasaran pekerjaan kini banyak bergantung kepada skill / kemahiran dan minat yang mendalam dalam sesuatu bidang, bukan kepandaian semata2. mungkin selepas ini puan boleh ajak dia sama sama cari maklumat bidang2 pekerjaan yang dia suka di internet dan boleh ambil jurusan tersebut masa tingkatan 4 ini, kemudian teruskan jurusan yang sama di universiti kelak.(seperti bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal, awam, perakaunan,dll)
ina_azs
Ahli Junior
 
Posts: 190
Joined: Wed Apr 19, 2006 4:13 pm
Location: malaysia

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby usoPkuChai » Wed Apr 14, 2010 12:34 pm

arani,
tanya dia kenapa dia nak sangat masuk mrsm? cari apa yg sebenarnya dia nak dengan masuk mrsm?
'nak masuk mrsm' nih konteks jer.. lihat dalam fikiran dia, apa yg dia fikir bila dia bayangkan mrsm?
dan untuk beri dia semangat semula, isikan apa yg dia cari dalam mrsm tuh dengan database baru..


ps: ina,
yup, its not an easy task to strive to be the best among the best.. its need tougher mental.. ;)
mrsm bukan setakat ajar pandai dari segi akademik.. that only part of the education..
aku percaya nilai2 yg ko dapat masa kat maktab bentuk ko jadi seperti yg sekarang..
apa yg berlaku bukan takdir semata2, semuanya mmg dijadikan yg terbaik buat kita..
usoPkuChai
Ahli Junior
 
Posts: 1869
Joined: Tue Feb 07, 2006 12:55 pm
Location: Isketambola

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby anakjowo » Wed Apr 14, 2010 12:41 pm

saya suka saranan ina :)
anakjowo
Ahli Veteran
 
Posts: 12312
Joined: Sun Oct 15, 2006 11:01 am
Location: atas bumi laaa

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby susu » Wed Apr 14, 2010 6:15 pm

mungkin sebab kita selalu pk yg MRSM tu la yg terbaik dikalangan sekolah2 yg ada....
dan anak2 kita pun selalu diberitahu benda yg sama.....sbb tu mereka rasa hanya MRSM je yg paling baik....
susu
Ikan Emas KMC
 
Posts: 1515
Joined: Mon Feb 06, 2006 10:29 am

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby Iwan1867 » Wed Apr 21, 2010 6:02 am

Aha… Puan Arani… kenapa ank puan berfikir MRSM adalh yg terbaik? Dan lg satu, gagal sekali x bermakna akn gagal sentiasa… Every misfortune is an opportunity…. Sy harap pn Arani dapat ambil saranan Ina… Dan sy suka sgt apa yg Ina tulis… ‘ada hikmahnya Allah tak beri dia tempat di MRSM ketika ini.Allah lebih tahu dari kita. cuma jangan berputus asa dari rahmatnya’.
Kata-kata itu mmg saya percaya sgt... Allah dh ada Qada’ dan Qadar, tetapi dgn izinnya kita masih boleh mengubahnya kecuali mati... dan Allah mmg lebih mengetahui dr kita... dan yg penting bagi diri kita adalah cara kita menerima pemberian Allah... Kita kena yakin bahwa Allah ada plan yg lebih baik buat kita Cuma kita x mengetahui nya.....
Iwan1867
Ahli Junior
 
Posts: 645
Joined: Sun Apr 16, 2006 5:05 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby usoPkuChai » Wed Apr 21, 2010 9:10 pm

Iwan1867 wrote:Aha… Puan Arani… kenapa ank puan berfikir MRSM adalh yg terbaik? Dan lg satu, gagal sekali x bermakna akn gagal sentiasa… Every misfortune is an opportunity…. Sy harap pn Arani dapat ambil saranan Ina… Dan sy suka sgt apa yg Ina tulis… ‘ada hikmahnya Allah tak beri dia tempat di MRSM ketika ini.Allah lebih tahu dari kita. cuma jangan berputus asa dari rahmatnya’.
Kata-kata itu mmg saya percaya sgt... Allah dh ada Qada’ dan Qadar, tetapi dgn izinnya kita masih boleh mengubahnya kecuali mati... dan Allah mmg lebih mengetahui dr kita... dan yg penting bagi diri kita adalah cara kita menerima pemberian Allah... Kita kena yakin bahwa Allah ada plan yg lebih baik buat kita Cuma kita x mengetahui nya.....


setuju sangat.. setiap yang berlaku itu ada sebab dan fungsinya kepada kita.. tidak ada kata 'gagal', yg ada hanya hasil dan maklumbalas.. tak dpt masuk mrsm adalah hasil dan maklumbalas.. 'gagal' hanya terjadi ketika kita berhenti berusaha.. mengapa sedih tak dapat masuk mrsm? anak pn arani tak gagal, yg gagal ialah mrsm kerna tak ambil anak pn arani.. anak pn arani kena buktikan itu.. betapa mrsm rugi tak dapat alumni macam anak pn arani.. itu yang dia kena buktikan.. tunjuk kat diorg semua sekolah biasa pun boleh jadi lebih berjaya dari mrsm..

bukan nasib atau kebetulan
http://boonchert.blogspot.com/2010/04/bukan-nasib-dan-kebetulan.html
usoPkuChai
Ahli Junior
 
Posts: 1869
Joined: Tue Feb 07, 2006 12:55 pm
Location: Isketambola

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby debym » Mon Apr 26, 2010 4:46 pm

Assalamualaikum, :) :) :)
Benih baik, buang ke laut jadi pulau, buang ke darat jadi gunung. Ia tetap hebat walaupun berada dimana. Umpama permata di perlimbahan, keindahan permata tetap terserlah, walaupun berada di tempat yg buruk. Tidak kira dimana kita bermula, yg penting di mana kita akan berakhir. Tak kira mana kita "sekolah" , yg penting dapat "segulung ijazah".

p/s walaupun muda, harap perbetoi niat, dan niat yg terbaik, ialah belajar kerana ALLAH. Kerana dari situ datangnya Ikhlas, dan bantuan dari ALLAH, serta ketenangan dari ALLAH. Tidak ada pemberian yg lebih baik dari pemberian ALLAH sendiri. :) Wallahualam.
debym
Ahli Junior
 
Posts: 737
Joined: Tue Apr 01, 2008 9:19 am
Location: taiping

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby asap » Mon May 03, 2010 4:26 pm

Setuju dengan ina..

tidak dinafikan MRSM adalah antara seolah yang terbaik bagi melahirkan pelajar cemelang SPM, tapi (dari salah seorang rakan yang bertugas sebagai guru si MRSM) mereka akan cemerlang (bukan semua pelajar MRSM) hanya setakat SPM sahaja. Adakah kita tahu keputusan mereka semasa di universiti? berapa banyak yang gagal walaupun tidak dinafikan ada yang cemerlang. Seperti kata Ina, Puan Arani tanya kepada anak apa yang dia nak jadi apabila besar nanti? Jurutera, Arkitek, Doktor..? Kata rakan saya yang mengajar di MRSM tersebut, antara kelemahan pelajar-pelajar lepasan SPM MRSM ini adalah semasa sesi temuduga (bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri). Ex-MRSM ini tidak boleh bersaing dengan pelajar-pelajar contohnya dari Kolej Islam Kelang, SMAP Kajang, SMAP Labu, kerana ex-MRSM tidak di ajar cara berinteraksi terutama dihadapan audien berbanding pelajar KIK, SMAP:mereka diajar cara-cara berinteraksi melalui PIDATO, Debat dan bla bla bla...Kesimpulannya, bukan saya yang cakap tapi rakan MRSM saya yang cakap: MRSM memang tempat yang excelent untuk bakal SPM tapi sebenarnya MRSM ini adalah 'kilang' melahirkan pelajar cemerlang SPM, hanya pada SPM sahaja bukan cemerlang selepas SPM. Penerapan terhadap kendiri, cara berinteraksi, berdikari bukan tak ada tapi kurang diterapkan apabila berada di MRSM, padahal ini yang amat diperlukan semasa kita berada di UNiversiti, di MRSM guru-guru akan 'suap' semua nota-nota, latihan, cara-cara menjawab yang boleh dapat full mark, tetapi, di UNiversiti, semua ini perlu di cari sendiri....

Puan,kesimpulannya:
cuba surveykan ke sekolah-sekolah yang saya sebutkan di atas tadi (KIK, SMAP Kajang, Labu)...itu pun sekolah yang melahirkan pelajar spm cemerlang..walaupun berasaskan agama, tetapi aliran sains seperti bio, fizik, kimia, add math tetap ada...pesanan kepada anak-anak mereka yang cemerlang dan berminat masuk MRSM: jikalau anak anda darjah enam dan nak masuk tingkatan satu di MRSM, ajarlah dia cara-cara menjawab soklan math tingkatan satu, jika anak anda tingkatan 3 dan ingin masuk tingkatan 4 di MRSM; ajarlah dia soklan-soklan math untuk tingkatan 4: sekadar berkongsi maklumat dan pendapat
asap
Ahli Junior
 
Posts: 331
Joined: Wed Oct 18, 2006 2:19 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby usoPkuChai » Mon May 03, 2010 9:32 pm

debym wrote:...Tak kira mana kita "sekolah" , yg penting dapat "segulung ijazah"...


yg penting bukan 'segulung ijazah' dan juga bukan 'dapat kerja bagus lepas habis belajar', tapi bagaimana kita dapat manfaatkan ilmu yang kita fahami untuk kebaikan seluruh jemaah dan membawa kita lebih dekat pada-Nya.. andai saja mungkin, aku mahu saja mencadangkan agar semua ibu-bapa untuk mengubah mentaliti 'sekolah pandai2 nanti dapat kerja bagus' dengan menunjukkan kepada mereka bagaimana ilmu2 itu digunakan dalam hidup mereka.. sijil dan ijazah itu hanya sekeping kertas, nilai ilmu lebih dari itu.. dan jangan 'cari kerja' selepas habis belajar tapi 'cipta pekerjaan' untuk orang lain.. namun aku tau akan ramai yang tak terima.. aku bersedia bersetuju untuk tidak bersetuju.. :wink:
usoPkuChai
Ahli Junior
 
Posts: 1869
Joined: Tue Feb 07, 2006 12:55 pm
Location: Isketambola

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby NAR » Mon May 10, 2010 11:03 pm

sekolah mana pon, tak per, yg pastinya kejayaan adalah berpunca dari diri sendiri... dan juga mak bapa.... so andai2 lah manipulate perkara yg ada tu..
pastu lagi, kalau masok uni pon, pass tinggi tapi survival skill tarak.. keje makan gaji, jadi hamba org sampai bila2.....

yg pentingnya kejayaan dunia dan akhirat... kejayaan bagi daku dlm dunia ni mampu goyang kaki lepak kat rumah tapi duit masyuk tiap masa.... :mrgreen: :mrgreen:
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby Iwan1867 » Tue May 11, 2010 12:53 am

hhhmmmm... tak pe lah....
aku rela je makan gaji sampai bila2....

tak pe la kalu x dapat keje sediri jd tokey besau cam cik NAR..... :mrgreen:
Iwan1867
Ahli Junior
 
Posts: 645
Joined: Sun Apr 16, 2006 5:05 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby NAR » Tue May 11, 2010 1:29 am

bukan itu maksud daku iwan... maksud daku, makan gaji tu tak fikir lain dah....
makan gaji yg dkau maksudkan cuma belajar cukup makan, pastu apply keje makan gaji ala kadar...
tak der nak lakukan sebagai excellent semua perkara....

iwan, cam dlm kes dikau tu, gaji dikau yg dikau usahakan dgn mengunakan segala peluang yg ada, gaji dikau lebih besar dari menteri.... dan lebih tinggi income dikau dari tokey balak.. tu lain....

kalau laa ramai yg boleh fikir cam dikau.. maju melayu tau!!
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby Iwan1867 » Tue May 11, 2010 11:44 pm

Pandai la engkau nak flatter aku ye NAR?

Tapi berbalik pada topik tuan umah... mana la tuan umah ni NAR? Tak nampak batang idung dah ni?
Anak cemerlang PMR kalau x masuk MRSM pun tak semestinya x akan berjaya... juga, anak yg x cemerlang PMR pun tak semestinya tidak akan berjaya....
Contoh yg aku boleh kata adalah aku sendiri.... sewaktu di bangku sekolah aku tahu aku ada otak tapi belajar ala kadar sj... tak adalh bersungguh2 macam org lain... bila timbul minat nak belajar masa tu dh tktn 5... pstu dpt Ok saja lah... waktu sekolah ramai geng2 yg terer dr aku... aku di kelas ke2 dlm tingkatan... dn ramai jugak previously kawan2 sekolah rendah yg masuk sek sains and MRSM....

Skg dah lps belajar bila compare balik, ramai pelajar2 yg cemerlang tak boleh gapai apa yg aku lalui... tak ramai yg masuk graduate school... pas tu pulak masuk grad school guna duit dari titik peluh kerja sendiri dgn universiti (biasiswa sikit dr pihak university campur gaji kerja untuk universiti secara ala kadar...) tanpa apa2 biasiswa ataupun pinjaman.... aku idakla pulak dr mana2 sekolah asrama penuh.... tapi boleh je berjaya... bukanla niat aku nk bangga diri tapi sekadar memberikan contoh utk tuan umah dan anak dia... lagi pun korang tak tahu siapa aku lah... :wink: aku tak nak lah masuk bakul angkat sendiri... aku nk beri contoh lain aku tak tahu siapa...

Spt yg aku dah kata... aku sentiasa yakin... bila Allah x berikan aku sesuatu dia ada yg lebih baik utk aku.... kalau yg ni aku banyak contoh nya.... banyak perkara yg aku impikan aku x dapat tetapi aku sentiasa dapat ganti yg lebih baik.... Alhamdulillah....
Iwan1867
Ahli Junior
 
Posts: 645
Joined: Sun Apr 16, 2006 5:05 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby NAR » Wed May 12, 2010 12:37 am

tuan rumah ke mana? hmm dah dapat lubang mintak tolong sesapa masukkan anak dia laa tu... 2nd intake bebudak MRSM baru start kan?

hmmm bukan apa iwan.. kasik semangat sket.. kasik motibasi sket...
daku pon camtu jugak... nak citer bab perjalanan kehidupan, org kata buleh buat buku atau biografi.. tapi nanti laa someday daku nak buat gak biografi daku..... utk kasik semangat sama bebudak melayu kita yg rata2 cam tak ada pedoman sgt dlm hidup ni selain dari pass sekolah, dgn exam bagus, masuk uni, pastu keje....

tapi iwan, kalau kita buat kem motibasi bleh tak? cam summer camp utk bebudak pmr yg kurang memberangsangkan.... camna?
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby Iwan1867 » Fri May 14, 2010 4:37 am

Aku x de masalah kot... tapi aku takut org salah construed pulak...
maklum sajalah org kita ni banyak yg negative thoughts nya....
silap cakap org kata kita mengada pulak... or kata kita nk menunjuk2 pulak...
tak ke gitu?

Sbb tu kau lebih suka KMC dr FB... kat sini org pun x berapa kenal kita and really know us... tak ke gitu? my seposen thoughts....
And between friends pulak.... kita dah biasa cakap selang seli kekadang between malay & english... there will be some funny voices behind... he he he .... :evil:
Iwan1867
Ahli Junior
 
Posts: 645
Joined: Sun Apr 16, 2006 5:05 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby NAR » Fri May 14, 2010 5:55 am

hahahha.... iwan.. betul tu....
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby Iwan1867 » Fri May 14, 2010 9:01 pm

Sbb tu kau lebih suka KMC dr FB... kat sini org pun x berapa kenal kita and really know us...

NAR... aku tersilap type la tu... aku nk cakap 'Sbb tu AKU lebih suka KMC dr FB....'. Ko suka ke FB tu? Aku x brapa aktif sgt le...

Tapi suara2 sumbang x kan kau & aku dapat tutup... :wink:
bergantung pd niat kita dan terserah pd Allah utk menentukan hukuman pada yg menghukum....

Surah Al-Humazah
In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful
Woe to every slanderer and backbiter.
Who has gathered wealth and counted it,
He thinks that his wealth will make him last forever!
Nay! Verily, he will be thrown into the crushing Fire.
And what will make you know what the crushing Fire is?
The fire of Allah, kindled,
Which leaps up over the hearts,
Verily, it shall be closed in on them,
In pillars stretched forth (i.e. they will be punished in the Fire with pillars, etc.).
Iwan1867
Ahli Junior
 
Posts: 645
Joined: Sun Apr 16, 2006 5:05 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby NAR » Sat May 15, 2010 12:11 am

iwan. mana-mana daku tetap daku. sama jer.... camni dikau kenal daku, camtu jugak dikau akan dengar org lain bercerita tentang daku.. hehehhe
NAR
Ahli Veteran
 
Posts: 10224
Joined: Thu Apr 27, 2006 12:15 pm
Location: kejap sana, kejap sini, kejap sinun

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby Iwan1867 » Sat May 15, 2010 3:52 am

motivasi utk anak2 adalah penting tapi aku rasa yg paling sesuai utk beri motivasi adalah org lain kot...
kalau parents nak buat tak jadi... tapi tak tau lah... cuma pendapat seposen aku lah yg x berapa banyak ni...

But probably I hav to do it 1st.....
Iwan1867
Ahli Junior
 
Posts: 645
Joined: Sun Apr 16, 2006 5:05 pm

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby penyuradius » Sat May 15, 2010 11:04 pm

mrsm atau sbp bukan lah sekolah terbaik.
nik madihah tu pada mulanya dorang tak nak declare sebagai pelajar terbaik pun wpun resultnyer mmg yg terbaik.
klu tgk result budak2 sek cina, lagi hebat, cuma tak keluar paper jer.
try usha sek maahad tahfiz sains. bukan setakat aliran sains, tapi juga diajar tahfiz. dgr criter budak2 situ hebat2 saje.
penyuradius
Ahli Junior
 
Posts: 19
Joined: Mon Mar 22, 2010 12:34 am
Location: Dungun, MALAYSIA

Re: Apakah pilihan terbaik untuk anak cemerlang PMR selain MRSM.

Postby Mann70 » Wed Aug 18, 2010 12:23 pm

salam kak arani..maybe saya terlambat utk menceritakan pengalaman saya
tapi maybe boleh dijadikan panduan kpd ibu bapa yg lain.

Thn 2009 anak lelaki sulong saya bersekolah di sebuah sekolah kategori sekolah kg di langkawi.
sebelum ini dia bersekolah di sini (sekolah bertaraf bandar di semenyih selangor)
tujuan saya pindahkan sekolah ke kg supaya bila dpt 5A atau 4A mudah nak ke SBP atau mrsm
semasa di sekolah bandar, result anak saya teruk..1A sahaja..sains C

Planning saya menjadi bila anak saya dpt 4A tetapi sayang C dlm BI di mana sekolah tu hanya 1 org yg dpt 4A1B (pompuan) dan 1 org dpt 4A1C (anak saya0
yg lain2 dpt 3A & 2A sahaja..dan macam2 imbuhan anak saya dpt dari bank rakyat, kedah cement & biro tatanegara & cimb langkawi (wang poket)
sekolah tu mmg sekolah dlm ladang estet.
tapi saya hantar tuisyen dgn guru2 yg berkaliber di pekan Kuah.

Saya cuba memohon mrsm langkawi (syarat mesti A dlm Sains & Math) tapi gagal sebab anak saya ada C (kalau 4A1B mmg dah confirm dpt mrsm langkawi)
kawan dia yg pompuan tadi berjaya ditawarkan ke mrsm langkawi walaupun dpt 4A1B (sebab taraf sekolah kg)

bila gagal ke mana2 sekolah berasrama saya frust sebab matlamat saya utk hantar anak sulong ke asrama gagal.
kemudian saya cuba memohon Maahad Hamidiah Sg Ramal Kajang juga gagal sebab anak saya tiada sijil PSRA hanya ada sijil UPKK.
saya frust sekali lagi.

raya haji thn lepas saya balik kelantan terjumpa mak sedara saya..dia kata cuba apply Maahad Tahfiz
saya pun cuba mohon Maahad tahfiz Sains Machang & Sek Men Agama (Arab) Al-Kauthar Peringat

ujian mmg getir berbanding ujian nak masuk mrsm (mesti lancar baca quran & lancar baca / tulis jawi)
dan salah satu ujian tu kena hafal 7 potongan ayat dlm masa sejam dan anak saya berjaya hafal 4 ayat (kira lulus ujian)
tapi maahad tahfiz sains anak saya gagal masuk sebab dia nak 5A
akhir nya anak saya berjaya ditawarkan ke SMU Al-Kauthar aliran Tahfiz
kami semua seronok kerana hajat sudah kesampaian.

sekolah tahfiz di sebelah pagi belajar akedemik sama seperti sekolah lain cuma jam 7.30am - 8.30am & selepas maghrib dia org akan blajar hafazan
alhamdullilah anak saya cepat dpt menghafal byk surah..setiap pagi bangun jam 5am dan tido jam 12am..bayangkan betapa letihnya anak2 kita
tapi cuma bertahan 3 bulan sahaja...dia tak boelh tahan lagi..setiap minggu menangis nak balik..
selepas cuti sekolah bulan mac saya TERPAKSA tukar dia kembali ke sekolah men biasa di rumah kami tetapi dlm Kelas Aliran Agama (KAA)
tak semua sekolah ada kelas nih..yg mana dia tambah 2 subjek iaitu bahasa arab & kemahiran al-quran.
Nak masuk kelas nih ada ujian khas juga..tapi disebabkan anak saya dtg dari sekolah arab so PPD luluskan kemasukkan anak saya.

Selepas ditukarkan ke sini, baru nampak happy dan rajin ke sekolah berbanding masa di SMU dia selalu ponteng kelas.

Apa yg nak saya sampaikan

1) Sekolah agama sekarang adalah yg terbaik dari sekolah berasarama yg lain (tgk result thn lepas diungguli oleh sekolah2 agama) sebab syarat masuk mesti 4A atau 5A
2) masuk sekolah agama anak kita dpt 2 ilmu...ilmu akhirat & ilmu dunia..dia boleh jadik doktor tahfiz, boleh jadi engineer tahfiz
3) tetapi sebelum hantar anak ke mana2 asrama pastikan dia betul2 nak ke asrama supaya jgn jadi macam anak saya yg bertahan 3 bulan sahaja akibat tekanan perasaan.

sepupu saya anak dia masuk form 4 mrsm last2 balik sekolah biasa juga sebab dia kata dah boring dok asrama dari form 1-form 3

sekian wassalam
Mann70
Ahli Junior
 
Posts: 1293
Joined: Thu Feb 16, 2006 2:06 pm
Location: Kajang


Return to Sembang Diskusi

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest