Parang Tradisional Melayu

perbincangan ilmiah

Parang Tradisional Melayu

Postby Ndet » Sun Oct 11, 2009 11:13 am

1. Parang Puting.

Sebenarnya saya tidak pasti di mana saya harus buka thread mengenai Parang Puting ini. Maka saya buka thread ini dalam Sembang Diskusi atas maksud mendapat perhatian ramai dan mendapatkan maklumbalas yang diharapkan.

Apa yang terjadi adalah begini. Saya telah lama mendengar perkataan Parang Puting. Sejak kecil. Mungkin sejak sekolah. Ada buku-buku sastra lama yang menyebut mengenai Parang Puting. Sayangnya saya sendiri tidak pernah melihat rupa bentuk atau mengetahui dengan tepat specifications Parang Puting. Lama-lama perkataan berkenaan tenggelam diseabkan tiadanya keperluan yang mendesak untuk memiliki, menggunakan atau mengetahui keterangan yang jelas mengenai parang tersebut.

Baru-baru ini saya melihat-lihat gambar melalui google dan terfikir untuk melihat gambar-gambar parang tradisional Melayu. Ingat, saya maksudkan parang tradisional Melayu. Bukan parang tradisional Jawa atau Aceh atau Banjar atau Minang atau Bugis! Bimbang dikatakan saya mencuri satu item budaya yang dimiliki oleh Indonesia :mrgreen: Saya berketurunan Jawa tetapi saya pun rasa tidak senang dengan gambaran bahawa orang Malaysia mencuri budaya Indonesia. Biarlah Jawa saya itu menjadi suatu sejarah sahaja. Sekarag ini lebih wajar saya bersikap "di mana bumi di pijak, di sana langit dijunjung". Lagi pun disamping saya anak Malaysia (i.e. pinjam istilah dR. Sam) maka saya pun anak Dunia (i.e. pinjam istilah Mawi), manakala asal muasal hakikat diri saya pula adalah anak kampong akhirat atau anak Jannah (i.e. pinjam istilah Islam). Okay, berbalik kepada tajuk, saya dapat lihat banyak gambar parang tetapi saya tidak menemui walau pun satu apa yang dipanggil sebagai Parang Puting!

Bagaimana rupa Parang Puting?

Dalam carian saya, saya dapati ada sebuah kampong yang bernama Kampong Parang Puting yang terletak di Pangkalan Cepa, Kelantan. Jika ada nama kampong tentu ada alat yang menjadi asal muasal nama kampong tersebut. Saya beranggapan Parang Puting adalah satu dari parang tradisional Melayu. Alagkah baiknya sekiranya dalam internet ada tersimpan di mana-mana gambar Parang Puting. Kata orang sekeping gambar lebih dapat bercerita dari seribu perkataan!

Oleh itu jika sesiapa di kalangan ahli KMC yang memiliki gambar Parang Puting maka saya mohon untuk memaparkannya dalam thread ini untuk kita lihat bersama. Atau, jika ada di kalangan ahli KMC yang memang memiliki Parang Puting, minta diusahakan untuk ambil gambar dan memaparkannya di sini.

Di samping adanya nama kampong yang bernama Kampong Parang Puting, ada beberapa catatan budaya dan sastra yang dapat dijadikan bukti bahawa Parang Puting adalah Parang Tradisional Melayu, antaranya:

a. Terdapat nama kampong di Kelantan iaitu Kampong Parang Puting
b. Nama Prang Puting ada tersebut dalam satu warisan naskhah Melayu bertajuk Hikayat Parang Puting.
c. Nama Parang Puting tersebut dalam cerita Badang: Orang Gagah Dari Seluang.
d. Terdapat peribahasa Melayu "Suruh kerja Golok Keling, suruh makan Golok Puting" atau "Hendak kerja Golok Keling, hendak makan Parang Puting" iaitu perumpamaan kepada orang yang malas kerja tetapi banyak makan, kerana Golok Keling lazimnya bermata majal tetapi Parang Puting lazimnya bermata tajam.
e. Terdapat perkataan Parang Puting dalam pantun lama Melayu:

Parang puting jatuh ke lubuk,
Sudah ke lubuk ke lubang pula;
Awak miskin terlalu buruk,
Sudah buruk berhutang pula.

f. Parang Puting adalah salah satu diantara alat yang digunakan dalam adat Istiadat Naik Buai di Negeri Perak.

Ada banyak lagi naskhah lama yang menyebut Parang Puting dalam teks naskhah tersebut tetapi apa yang saya senaraikan di atas itu saya rasa sudah cukup memadai.

Sekali lagi, jika sesiapa di kalangan ahli KMC yang memiliki gambar Parang Puting maka saya mohon untuk memaparkannya dalam thread ini untuk kita lihat bersama. Atau, jika ada di kalangan ahli KMC yang memang memiliki Parang Puting, minta diusahakan untuk ambil gambar dan memaparkannya di sini. Mungkin ada anak kampong dari Kampong Parang Puting, Pegkalan Cepa yang ada gambar atau ada item tersebut, di harap dapat diusahakan untuk mengeposkan gambar Parang Puting dalam thread ini, silakan :)

Ndet.
Ndet
Ahli Junior
 
Posts: 292
Joined: Fri Nov 16, 2007 12:00 am

Return to Sembang Diskusi

Who is online

Users browsing this forum: Google [Bot] and 2 guests